Semua maklum perihal pandemik Covid-19 sedang melanda dunia ketika ini. Sebagai pencegahan, pihak berkuasa kesihatan menggesa orang ramai mematuhi panduan kesihatan iaitu sentiasa membasuh tangan, memakai topeng muka dan melakukan penjarakan fizikal.
Mungkin ada beranggapan perkara ini baru dalam konteks dunia moden tetapi penjarakan fizikal dianggap cara efektif mengekang penularan w4bak dalam sejarah Islam.
Teras prinsip perubatan Islam yang menjadi pegangan para pengamal perubatan ialah menekankan aspek pencegahan peny4kit. Panduan pencegahan peny4kit dianggap boleh dilakukan oleh semua ahli masyarakat lapisan umur sebagai cara menjaga kesihatan yang baik.
Antara aspek yang ditekankan ialah bersukan/beriadah, penjagaan aspek pemakanan, kebersihan diri dan menjaga tidur. Perkara ini banyak ditekankan oleh cendekiawan Islam terdahulu seperti al-Qanun fi al-Tibb yang dikarang Ibnu Sina.
Tetapi dari segi aspek mengekang penularan wabak, penjarakan fizikal merupakan antara s3njata utama para pengamal kesihatan dan pemerintah ketika itu. Misalnya bagi mengekang penularan peny4kit kusta, para tabib menasihati orang ramai agar menjauhi individu yang dijangkiti peny4kit berkenaan.
Ini bersesuaian dengan saranan Rasulullah s.a.w seperti disebut dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Baginda bersabda, “Dan larilah kamu dari pesakit kusta sebagaimana kamu melarikan diri dari singa.” (Riwayat Bukhari)
Semasa era pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab r.a, pada satu ketika beliau diberitahu bahawa seorang lelaki bernama Mu’aiqib (nama sebenar Ibnu Abi Fathimah Al-Dausi) dijangkiti peny4kit kusta. Lantas, Umar berkata, “Duduklah dengan kadar panjang galah jaraknya dari aku.”
Selain penjarakan fizikal, para pemerintah tamadun Islam tidak teragak-agak menguatkuasakan perintah kuarantin atau pengasingan buat pes4kit peny4kit berjangkit. Ini dilakukan oleh pemerintah Bani Umayyah, Khalifah Walid bin Abdul Malik menerusi pembinaan hospital pertama dalam tamadun Islam di Damsyik pada tahun 707 Masihi. Hospital tersebut turut menempatkan unit pes4kit kusta di mana mereka diasingkan dan mendapat bekalan secukupnya agar tidak menjangkiti pes4kit lain.
Di samping itu, mengehadkan pergerakan seperti yang dibuat dalam mem3rangi Covid-19 turut dilakukan semasa era tamadun Islam. Perkara ini bukan perkara baru kerana sudah disebut dengan jelas dalam satu hadis yang diriwayatkan Imam Muslim mafhumnya, “Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.”
Semasa Andalusia masih di bawah pemerintahan kerajaan-kerajaan Islam pada abad ke-14, wilayah tersebut turut dilanda penularan w4bak bubonik. Ini termasuklah bandar Almeria yang menjadi kediaman pakar perubatan Islam ketika itu, Abu Jaʿfar Amad ibn ʿAli ibn Khatima al-Ansari. Apabila perkara tersebut berlaku, beliau memilih tinggal di Almeria kerana mengikut saranan hadis Rasulullah s.a.w itu.
Namun begitu, itu tidak bermakna Abu Ja’far memilih berdiam diri saja. Semasa berada dalam bandar yang dikuarantin itu, beliau memanfaatkan peluang bukan saja merawat pes4kit tetapi mengkaji asal-usul peny4kit itu dan cara ia berjangkit. Semua hasil penyelidikannya berkenaan w4bak bubonik direkodkan dalam kitab Tahsil Gharad al-Qasd fi Tafsil al-Marad al-Wafid.
Salah satu dapatan Abu Ja’far ialah faktor diet dan kekuatan imuniti badan mempengaruhi tindakan balas seseorang pes4kit terhadap jangkitan w4bak. Beliau mendapati sekiranya seseorang itu mengamalkan gaya pemakanan yang sihat, ia sekaligus dapat meningkatkan kekuatan imuniti badan dalam mel4wan jangkitan peny4kit.
RUJUKAN:
Muslim Heritage. (2020). Keep your distance – health lessons from the history of pandemics. https://muslimheritage.com/history-of-pandemics/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih