Di Malaysia francais 7-Eleven diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan dan merupakan kedai serbaneka yang menjadi pilihan masyarakat.

Namun, lain pula di Indonesia apabila pada 30 Julai 2017, pengurusan 7-Eleven Indonesia telah mengarahkan penutupan seluruh cawangannya.

Penutupan ini menjadi tanda tanya kerana 7-Eleven merupakan rangkaian francais yang besar dan sering menjadi pilihan anak-anak muda kota Jakarta. Berikut beberapa faktor yang menyumbang kepada penutupan francais 7-Eleven Indonesia.

1. Larangan penjualan alk0h0l

Bermula pada 16 April 2015, seluruh kedai serbaneka telah dilarang menjual minuman beralk0h0l.

Larangan ini termaktub dalam undang-undang di bawah menteri perdagangan Indonesia tentang pengendalian dan pengawasan terhadap pengedaran serta penjualan minuman beralk0h0l.

Peraturan baru ini telah menyebabkan berlakunya penurunan jualan 7-Eleven memandangkan minuman beralk0h0l antara penyumbang terbesar dengan 8% hingga 12% dari jumlah pendapatan.

2. Persaingan ketat antara kedai serbaneka

Ketika 7-Eleven mula memasuki pasaran Indonesia, 7-Eleven hanya perlu bersaing dengan Circle K sahaja. Namun, sejak 2011 saingan 7-Eleven bertambah dengan kehadiran francais Lawson yang berasal daripada Jepun.

Manakala pada tahun 2013 pula Family Mart mula memasuki pasaran Indonesia dan merupakan pesaing yang amat berpontesi. Hal ini kerana harga barangan di Family Mart lebih murah dan mempunyai ruang kedai yang lebih besar dari 7-Eleven.

3. Salah target sasaran

7-Eleven terkenal dengan pelbagai snek, kopi dan makanan berat yang perlu dipanaskan. Walaubagaimanapun anak-anak muda yang datang ke 7-Eleven hanya membeli minuman ringan dan melepak berjam-jam.

Ternyata hal ini menjadi antara sebab 7-Eleven terpaksa berhenti beroperasi kerana kuasa beli dari masyarakat yang rendah.

Pengurusan 7-Eleven Indonesia pada awalnya mengharapkan bahawa pelanggan mereka membeli makanan premium yang dijual.

Namun lain pula yang berlaku apabila pelanggan 7-Eleven Indonesia lebih kerap membeli makanan ringan seperti snek sahaja memandangkan hanya anak muda memasuki premis tersebut.

Oleh itu, keuntungan yang diperolehi tidak seiring dengan kos yang telah dikeluarkan pihak pengurusan 7-Eleven.

4. Kos operasi yang tinggi

Seperti diketahui 7-Eleven menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan antaranya seperti mesin memanaskan makanan.

Ianya adalah kos perkhidmatan yang perlu dikeluarkan memandangkan 7-Eleven mempunyai produk premium keluaran mereka sendiri.

Hal ini ada kaitan dengan konsep penawaran dan permintaan sama sebagai mana perniagaan lain.

Jika ada penawaran, maka akan ada permintaan daripada pelanggan. Namun lain pula yang berlaku di 7-Eleven Indonesia apabila memperoleh pemintaan yang tidak memberangsangkan.

Apabila permintaan berkurang tetapi penawaran yang ditawarkan tinggi maka barangan akan menjadi liabiliti. Apabila barangan yang ditawarkan tidak laku maka syarikat akan mengalami kerugian dan barangan terpaksa dibuang.

Bukan itu sahaja bahkan 7-Eleven juga harus menyewa ruangan luas dan lokasi yang strategik di mana ianya pasti memerlukan kos sangat tinggi.

Namun, pihak pengurusan 7-Eleven tidak mempunyai pilihan kerana ruangan luas dan lokasi yang strategik merupakan kriteria bagi menarik pembeli.

5. Dasar membeli barangan tempatan

Masyarakat Indonesia dikenali dengan semangat membeli serta menyokong peniaga-peniaga tempatan. Dasar membeli barangan tempatan ini secara tidak langsung memberikan impak kepada kedai serbaneka seperti 7-Eleven sendiri yang turut terkesan.

Malahan harga yang ditawarkan di kedai-kedai tempatan juga jauh lebih murah. Hal ini secara tidak langsung membuatkan pelanggan memilih untuk mendapatkan produk tempatan memandangkan ianya lebih murah berbanding harga yang ditawarkan di kedai serbaneka.

Jadi, apa yang boleh kita sebagai rakyat Malaysia rumuskan mengenai isu 7-Eleven di Indonesia ini.

Beberapa faktor ini berjaya membuatkan 7-Eleven terpaksa menamatkan operasi mereka di Indonesia.

Boleh lihat juga agaimana rakyat Indonesia mampu membangkitkan semangat membeli barangan tempatan, hal ini boleh dijadikan contoh bagi rakyat Malaysia dalam membantu ekonomi Malaysia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.