Ketika artikel ini sedang ditulis, ramai rakyat mengecam seorang calon Pilihan Raya Negeri Sabah menghina pertahanan negara dengan menggelarkan perjuangan mereka mempertahankan tanah air ketika mempertahankan Sabah ibarat seperti Anjing Dan Ayam.

Mungkin beliau terlupa barisan pertahanan ini lah yang menjadi benteng negara apabila negara ditimpa bencana. Dan mungkin beliau lupa, semangat darah kepahlawanan perajurit ini diwarisi oleh salah seorang tokoh pembebasan Sabah, Mat Salleh.

Datu Paduka Mohammad Salleh bin Datu Balu dilahirkan di Inanam, Sabah dan berketurunan Bajau-Suluk. Beliau memang terkenal dengan sifat kep*hlawanan dan keberanian berp*rang.

Beliau dikatakan pernah dilantik menjadi Wakil Kesultanan Sulu di Sungai Sugut.5 Sebelum
kedatangan penj*jah, beliau adalah seorang pemimpin tempatan yang berpengaruh. Kepimpinan beliau meliputi kekuasaan terhadap sistem perdagangan dan ekonomi penduduk tempatan. Beliau menggunakan kuasanya untuk melindungi penduduk-penduduk tempatan daripada diekploitasi oleh pedagang-pedagang asing.

Perjuangan Mat Salleh banyak diinspirasikan daripada perjuangan peribumi di negara jiran menentang penj*jah Sepanyol. Mat Salleh mewarisi sifat kepahlawanan dan keberanian daripada datuk nenek beliau yang berketurunan Sulu.

Menurut sebuah artikel di dalam akhbar The Borneo Herald Post

“Kubu Mat Salleh adalah luar biasa dan utuh dan pihak t*ntera Kompeni tidak
dapat berbuat apa-apa tanpa menggunakan m*riam dan s*njata api.
Bangunannya sebesar 20 ela persegi. Dindingnya diperbuat daripada batu
besar yang setebal 8 kaki, dan celah-celahnya disumbat dengan buluh besar.
Walaupun 200 kali b*dilan m*riam telah dibuat ke atas kubu, namun Mat
Salleh dan pengikut-pengikutnya yang berada di dalam kubu itu masih tidak
diapa-apakan.”

Perjuangan Mat Salleh mendapat sokongan daripada masyarakat tempatan. Etnik KadazanDusun merupakan etnik terbesar yang menjadi tulang belakang perjuangan Mat Salleh. Kaum Bajau juga turut memberi bantuan kepada Mat Salleh, bukan sahaja atas dasar keturunan, tetapi kerana pihak penj*jah telah mencabar ketuanan mereka.

Antara punca pen#tangan Mat Salleh ialah disebabkan faktor cukai. Mat Salleh bangkit men#tang perubahan yang dibawa oleh Syarikat  ke atas penduduk tempatan di Sabah kerana sistem cukai yang tinggi.

Sebelum kedatangan pemerintah asing, wakil kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu juga mengutip cukai penduduk tempatan di Sabah. Apabila kedatangan pihak asing, pemimpin tempatan kehilangan kuasa untuk mengutip cukai.

Pihak syarikat  mengenakan cukai tinggi bagi menampung perbelanjaan mereka
membina laluan keretapi dari Teluk Brunei hingga ke Pelabuhan Cowie, dan juga talian telegraf dari Labuan hingga ke Sandakan yang bertujuan bagi memudahkan perhubungan mereka dan juga penduduk tempatan,

Pihak syarikat juga turut menggunakan warga pribumi sebagai buruh paksa untuk membina projek membina jalan keretapi tersebut. Ianya tertanya mengundang kemarahan penduduk pribumi yang lain.

Pada asalnya Mat Salleh tidak mahu bertindak secara agresif. Oleh itu, Mat Salleh telah mengetuai satu rombongan untuk bertemu dengan Gabenor Beaufort, C.V Creagh untuk berunding mengenai masalah cukai. Malangnya, permintaan mereka tidak dilayan.

Pada 29 Ogos 1895, pihak syarikat menghantar satu pasukan ke Jambongan untuk menangkap Mat Salleh dan empat pengikutnya yang disyaki terlibat dalam
pembvnuhan dua orang dari kaum Iban.

Mat Salleh enggan menurut arahan, lalu pihak syarikat telah meny##r*ng perkampungan Mat Salleh di Jambongan. Mat Salleh berjaya melepaskan diri dan pihak syarikat mengumumkan Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya sebagai buruan yang dikehendaki.

Kawasan Penentangan Mat Salleh

Mat Salleh kemudian membalas tindakan syarikat dengan memulakan kempen di kawasan Lingkabau, Ulu Sugut, Labuk dan Paitan. Namun, k**u Mat Salleh satu-satu dit$w$n semula.

Namun begitu, Mat Salleh berjaya melepaskan diri kerana sokongan padu dari penduduk-penduduk tempatan. Mereka menerima Mat Salleh sebagai pemimpin mereka dan bersedia untuk turut serta berjuang bersama beliau.

Mat Salleh sekali lagi terlepas drpd ditangkap semasa mereka bertembung di Limbawan. Mereka berundur ke Padang di Ulu Sugut, dimana Mat Salleh mengatur strategi untuk
meny&rng Pulau Gaya pada 9 Julai 1897.

Mat Salleh kemudian bertindak utk men$rang Ambong. Pihak syarikat sedar dan berasa ter 4nc4m lalu bersetuju untuk berunding. Mewakili pihak syarikat, William Cowie telah memujuk Sultan Sulu untuk menulis surat kepada Mat Salleh bagi menawarkan perdamaian dan pengampunan kepada beliau. Pihak syarikat juga berjanji untuk memberikan kawasan Tambunan sbg pusat pemerintahan Mat Salleh. Perundingan berlangsung di antara kedua pihak pada 19 April 1898 di Palatan, Ulu Menggatal

Namun, janji hanya sekadar manis di mulut, Mat Salleh menyedari beliau ditipu dan tidak mendapat apa-apa yang dijanjikan. Syarikat telah memungkiri janji dengan mengambil alih pemerintahan Tambunan.

Oleh itu, Mat Salleh terus menerus meny3$4ng koloni syarikat. Walaupun wakil syarikat cuba memujuk beliau untuk berdamai, namun Mat Salleh tidak mengendahkan permintaan syarikat itu. Akibat tiada persetujuan yang dicapai kedua-dua belah pihak, maka pert3mp0ran terus berlaku.

Pada 1 Februari 1900, Mat Salleh akhirnya gugur sebagai bunga bangsa semasa mempertahankan kedudukannya di Tambunan.  Perjuangan Mat Salleh telah mengispirasikan para pejuang di Sabah yang lain bagi menghalau pihak syarikat seperti Pak Musa di Membakut, pemb3r0ntakan Rundum yang diketuai oleh Ontoros Antanom daripada kaum Murut pada bulan Februari 1915 dan perjuangan Emboh Ali di Kota Belud.

Perjuangan Mat Salleh telah mendapat pengiktirafan, bukan sahaja daripada penduduk penduduk tempatan, bahkan juga Kerajaan Great Britain sendiri. Memorial Mat Salleh juga turut didirikan di Kampong Tibabar, Tambunan, di lokasi di mana Mat Salleh gvgvr sbg bunga bangsa.

Kepada calon tersebut, jika berkepalangan, ziarahilah memorial Mat Salleh ini. Semoga kamu dapat mengambil iktibar daripada kisah mereka. Tanpa mereka ini, kamu tak lahir di dalam bumi yang merdeka ini.

Oh pejuang ni bukan binatang yang kamu sebutkan. Haiwan pun tahu menghargai manusia. Jadi adakah kamu (CALON TERSEBUT)  lagi teruk dari haiwan yang kamu sebutkan tu?

RUJUKAN:

https://www.researchgate.net/publication/314477988_Pember9ntakan_Datu_Mat_Salleh_di_Borneo_Utara_British_-_Suatu_Tinjauan

Adil, B. B. (1981). Sejarah Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran, Malaysia.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.