Pertama, mari kita teliti sedikit pemahaman mengenai penakl*kan Dinasti Jin. Hampir berabad yang lalu ada seorang Khan yang bernama Ambgai khan yang hampir menyatukan seluruh suku-suku Mongol. Tetapi pemerintah Jin mengarahkan (mungkin secara ugutan) penduduk Mongolia Dalam untuk menangkap Ambgai khan bagi pihak Jin.
Dan ketika Ambgai khan tiba ke Mongolia Dalam untuk mencari isteri, mereka segera menangkap Ambgai khan dan menyerahkan dia kepada Dinasti Jin. Oleh itu, pihak berkuasa Jin telah membun*hnya dengan memaku dirinya pada keldai kayu.
Penakl*kan terhadap Dinasti Jin adalah satu reaksi membalas dendam untuk Ambgai khan. Jin dilihat sebagai melaksanakan plot secara pengecut hanya untuk membun*h seorang pemimpin masyarakat, perkara ini telah membakar api kemarahan Temudjin (Genghis Khan).
Hasilnya, pihak Jin berusaha menghentikan pencerobohan Mongol dengan memulangkan kembali pedang milik Ambgai Khan kepada Genghis. Malangnya, tindakan yang disangka berupaya menghentikan pencerobohan oleh Genghis Khan, sebaliknya menjadikan penakl*k itu semakin naik marah. Dari situlah mulanya pengakhiran riwayat Dinasti Jin.
Antara kemungkinan sebab lain Genghis menceroboh Dinasti Jin adalah kerana campur tangan pemerintah Jin dalam konflik pertemp*ran dan politik padang rumput memandangkan pengasas Dinasti Jin Agung (1115 – 1234) sendiri berasal dari keturunan nomad padang rumput, mereka adalah etnik Jurchen (Manchu), tetapi pemerintah mereka telah menyerap budaya Cina Han dengan mudah. Mereka memerintah sebuah wilayah yang meliputi wilayah timur laut China, Manchuria, hingga ke Siberia.
Baiklah, tetapi, mengapa dia tetap menyer*ng Rusia, Hungary, dan banyak lagi kerajaan? Baik, pencerobohan terhadap Rusia memang tidak mempunyai sebarang alasan konkrit. Apatah lagi, Genghis tidak pernah memerintahkan sebarang pencerobohan ke atas Rusia.
Hanya dua orang jeneralnya berambisi tinggi dan berkempen menakl*k Rusia, dalam proses itu mereka telah menghanc*rkan tentera Rusia dalam Pertemp*ran Sungai Kalka. Manakala penakl*kan terhadap Hungary, Korea, Dinasti Song dan semua pencerobohan yang lain hanya berlaku setelah kem*tian Genghis Khan.
Agak mustahil untuk membedah dan menentukan apakah punca paling utama kebangkitan Genghis Khan yang membawa kepada penakl*kan yang besar itu. Genghis tidak menakl*ki dunia. Dan dari apa yang kita ketahui mengenai pencerobohannya, dia tidak pernah berusaha dengan serius untuk menakl*k dunia. Dia hanya akan meny*rang, menj*rah, dan pulang.
Peluasan sempadan kuasa Mongol di Dunia Islam, China Selatan dan Eropah Timur hanya dilaksanakan oleh para putera dan cucunya, iaitu sedekad setelah kem*tiannya. Tetapi wajar untuk diakui kenyataan bahawa seandainya Genghis tidak memulakan kebangkitan Mongol, tidak mungkin anak cucunya mewarisi pengaruh dan semangat beliau dan sudah tentu Mongol akan terus tinggal di dalam khemah padang rumput. Namun Genghis Khan yang memulakan daya emparan ini lalu menyebabkan penyebaran kuasa Mongol meliputi dua pertiga dunia ini.
FASA AWAL
Kini kita kembali membedah sebab-sebab di sebalik pencerobohan yang dilakukan Genghis. Bermula dengan fasa pertama. Genghis mula keluar dari padang rumput bersama rumpun nomadiknya untuk mem*snahkan kerajaan Xia Barat atau lebih dikenali oleh Mongol sebagai kerajaan Tangut. Terdapat dua teori di sebalik pencerobohan terhadap Xia Barat.
Bagaimanapun, Genghis menundukkan Xia Barat dan memaksa mereka menjadi negeri bawahan Mongol. Dari sinilah dia membuka pusat pertemp*ran bagi melancarkan ser*ngan ke atas Dinasti Jin. Jadi, jelas di situ bahawa Dinasti Jin sentiasa menjadi sasaran sebenar Genghis. Lebih-lebih lagi, tidak seperti Xia Barat, Empayar Jin juga diasaskan oleh suku-suku nomad, dan mereka tetap terlibat dalam politik padang rumput walaupun setelah menakl*k China Utara.
Genghis sudah cukup pintar untuk melihat ancaman dari Jin terhadap pergolakan yang baru. Penj*rahan juga merupakan motif di sebalik serbuan ini. Penulis menggunakan istilah ‘serbuan’ kerana Genghis sebenarnya tidak menduduki tanah Jin.
Peristiwa paling terkenal dengan penglibatan kempennya di sini adalah Pengepungan Beijing. Di sini juga dia terus pulang berlalu pergi setelah puas menj*rah kota itu.
KEANGKUHAN PEMERINTAH KHWAREZM
Baiklah, kita tinggalkan dahulu China, sekarang kita teliti peristiwa yang berkemungkinan merupakan pencerobohan Genghis Khan yang paling penting, iaitu pencerobohan Khwarzem.
Sekarang mari kita teliti pula mengenai pencerobohan terhadap Dinasti Khwarezm Setelah penakl*kannya yang berjaya terhadap Dinasti Jin, Genghis memutuskan untuk menumpukan seluruh kekuatannya terhadap tanah besar China.
Dari situ, dia menjalinkan hubungan dagang dengan kerajaan-kerajaan di Asia Tengah termasuklah Dinasti Khwarezm, Mongol menjual kepada mereka pelbagai jenis barangan yang dirampas dari China.
Genghis Khan mengirim utusan untuk memeterai perjanjian perdagangan antara kerajaan Mongol dengan Khwarezm. Pada peringkat awal, Shah Dinasti Khwarezm menerima usul tersebut. Oleh itu, Genghis mengirim rombongan sejumlah 500 pedagang dan karavan penuh dengan barang-barang yang dij*rah oleh tentera Mongol dari Jin.
Tetapi, setelah rombongan tiba di kota Otrar, gabenor Otrar, Inalchuq bertindak menangkap 500 pedagang dan menuduh mereka berniat melakukan pengintipan bagi pihak Genghis.
Setelah mendengar khabar berita ini, Genghis mengirim utusan kepada Shah Khwarezm bagi menuntut Shah untuk menangkap dan menyerahkan Inalchuq kepada Mongol, dan membebaskan kembali kesemua 500 pedagang bersama-sama semua barangan mereka.
Tetapi Shah menolak tuntutan itu, bahkan dia mengarahkan hukuman bun*h terhadap dua daripada tiga utusan yang dikirim Genghis dan membakar janggut utusan yang masih hidup, mereka juga turut membun*h kesemua 500 pedagang Mongol.
Tindakan itu benar-benar mencabar kesabaran Genghis yang berpegang kepada kepercayaan tradisi Mongol bahawa seorang utusan adalah suci dan amat berdosa jika utusan diapa-apakan.
Tindakan Dinasti Khwarezm tidak ubah seperti meludah ke muka Genghis Khan. Dan bagi seorang panglima per*ng yang telah melihat terlibat dalam berpuluh-puluh pertemp*ran, Genghis Khan menganggap ini adalah pengisytiharan per*ng terhadap Mongol.
Dikatakan bahawa Genghis sebenarnya ada juga sedikit rasa gentar terhadap kekuatan tentera Khwarezm sehingga dalam persiapannya untuk menyer*ng, dia berdoa untuk Tuhan Langit dan Tuhan Bumi selama 3 hari dan 3 malam tanpa berehat.
Malahan, dia benar-benar hanya melaksanakan tujuan itu sahaja. Khwarezm ketika itu adalah antara kuasa besar Islam yang kuat, tetapi Mongol telah mengh*ncurkan mereka sepenuhnya. Genghis mem*snahkan banyak kota, menyemb*lih ramai warga penduduk. Sejak saat itu tidak ada mana-mana kerajaan yang berani menyentuh seorang utusan terutamanya jika utusan itu adalah seorang Mongol.
Dalam tragedi yang melanda kerajaan Muslim itu, ternyata ia akibat dari kesalahan Shah, pemerintah Khwarzem sendiri, dia dengan angkuhnya memandang remeh akan kekuatan dan tekad Genghis dengan menghina dan membun*h rombongan pedagang dan para utusannya.
Seperti yang dicatatkan dalam sejarah, gabenor Ortar yang memulakan konflik ini, tetapi Genghis menganggapnya sebagai penghinaan dari Shah Khwarzem berikutan keengganan Shah untuk menangkap dan menyerahkan gabenor Ortar kepada Mongol sebagai tindakbalas terhadap pembun*han 500 rombongan pedagang Mongol dan para utusan.
Setelah meruntuhkan Khwarezm, Genghis memerintahkan dua Jeneral terbaiknya, Subutai dan Jebe untuk pergi ke barat bagi meneliti sejauh mana lagi mereka mampu melakukan serbuan dan pej*rahan. Laluan yang mereka lalui itu kini sudah terkenal dengan gelaran ‘Great Raid’. Sementara itu, sejumlah besar pasukan Mongol berkeliaran di sekitar Asia Tengah, dari Iran ke Afghanistan, untuk menjejak Shah Khwarzem dan anak-anaknya.
Manakala, pencerobohan Mongol terhadap Empayar Karakhanid pula mempunyai alasan yang sangat mudah. Putera sebuah empayar pesaing dari suku Naiman (suku Mongol yang ditakl*k oleh Genghis khan untuk menyatukan bangsa Mongol) yang berkuasa di sana telah bertindak menyer*ng dan mensabotaj Mongol bagi membalas dendam sehingga Genghis khan menghantar Jeneral Jebe untuk menyelesaikan masalah ini.
KEBANGKITAN MONGOL DILUAR KONTEKS GENGHIS KHAN
Hari ini terdapat juga teori tidak popular bahawa pertumbuhan rumput yang luar biasa di padang rumput menyebabkan peningkatan pesat populasi manusia dan kuda, dan dengan demikian secara tidak langsung bertindak sebagai faktor pendesak.
Yang menariknya, ada pihak lain yang berpendapat bertentangan bahawa kerana kekurangan rumput telah memaksa orang-orang nomad untuk menyer*ng kerajaan jiran. Semakin tak masuk akal nampaknya, jadi, apakah sebab sebenarnya? Apa jua punca kebangkitan Mongol, semuanya telah lama dikuburkan bersama-sama Genghis Khan.
Apa kata kita tukar persoalan “mengapa Genghis Khan menceroboh kerajaan lain” kerana ia secara khusus cuba mencari jawapan yang tidak mungkin diperoleh, iaitu samada Genghis Khan pernah memiliki mentaliti dan niat meluaskan kuasanya atau tidak.
Jadi, kita tukar persoalan itu kepada “mengapa hampir semua gerombolan suku-suku nomad eurasia sering mahu mendominasi kuasa dan agresif secara ketenteraan?
Satu perkara yang perlu anda fahami mengenai orang-orang nomadik ini ialah mereka bukan berjiwa nasionalis; konsep negara bangsa Mongol dan Turkik hanyalah fenomena yang baru popular pada zaman moden. Mereka adalah suku yang berpuak-puak, maka oleh itu kesetiaan setiap pejuang adalah tegas dan eksklusif hanya terhadap puak masing-masing.
Jadi, Khan-khan pada waktu itu selalu teruja untuk memulakan kempen ketenteraan bagi ‘membuktikan’ kemampuan mereka, dan jika gagal melakukannya bererti kesetiaan suku akan goyah, dan bahkan akan ada risiko pemberontakan dan per*ng saudara.Suku ini secara umumnya pula hanya akan setia kepada mana-mana Khan (ketua negara dari konfederasi berbilang suku, gerombolan), yang bermaksud bahawa suku-suku itu hanya setia kepada Khan jika mereka yakin dengan kemampuannya. Khususnya berkaitan kecekapan ketenteraan.
Inilah sebabnya mengapa semua Khan Turkik dan Mongol berusaha meluaskan pengaruh kuasa; jika mereka tidak menentukan sasaran kapasiti ketenteraan suku-suku ini terhadap musuh asing, yang menjadi peluang untuk Khan-khan meraih penghormatan melalui kemenangan mereka, jika gagal, maka kapasiti ketenteraan itu akan disasarkan untuk menyer*ng suku lain, atau lebih buruk lagi, pada Khan itu sendiri.
SUDUT PANDANG BERBEZA STRUKTUR KEBANGKITAN MONGOL
Dari sudut ketenteraan, kejayaan Genghis Khan disebabkan oleh penyusunan semula angkatan besar tentera Mongol menjadi unit tentera pertemp*ran yang kejam dan berdisiplin.
Empayar Rom dan Dinasti Qin adalah antara negara kuno lain yang mencapai tahap disiplin yang serupa, tiada lagi mana-mana kuasa yang mampu menandingi disiplin mereka selepas itu.
- ,Tindakan pengecut (melarikan diri dari pertemp*ran, tidak berani membun*h musuh) yang dilakukan oleh seorang askar akan turut mengheret seluruh 10 orang anggota unitnya yang lain untuk dihukum m*ti bersama-sama. (Dinasti Qin memiliki dasar yang serupa)
- Taktikal temp*r Mongol yang popular adalah berpura-pura berundur, untuk menarik tentera musuh ke dalam perangkap.
- Penj*rahan adalah dilarang jika tanpa keizinan, yang bermaksud tentera Mongol berjuang sehingga titisan d*rah terakhir selagi musuh tidak dihabisi atau tidak diarahkan berhenti oleh jeneral mereka, berbeza dengan tentera lain yang biasanya keluar dari barisan sebelum waktu yang tepat hanya untuk menj*rah harta benda.
- Harta rampasan per*ng hanya dibahagikan kepada para pejuang, bukan kepada golongan bangsawan.
- Menyediakan laluan melarikan diri yang palsu, sangat berguna kerana tentera musuh ketika melarikan diri biasanya akan menanggalkan perisai dan membuang senj*ta mereka supaya boleh menambahkan kelajuan, ternyata itu satu kesilapan besar.
- Setiap seorang tentera musuh akan dih*puskan. Pertemp*ran tidak akan berakhir sehingga mereka selesai sepenuhnya. Kita boleh katakan tentera Mongol tidak pernah menghadapi pasukan tentera musuh yang sama sebanyak dua kali.
- Penyerahan kalah terhadap kekuasaan Mongol tanpa sebarang tentangan amat dihargai. Penentangan yang sia-sia hanya akan menyebabkan pembun*han yang dahsyat. Itulah senj*ta propaganda Mongol yang sangat berkesan.
Dari sudut pandangan sosial dan masyarakat, pemerintahan Mongol adalah agak ringan. Kebebasan beragama dilaksanakan oleh Dinasti Yuan di China, dan amat mementingkan keadilan undang-undang dan ketertiban. Walaupun sistem percukaian agak membebankan rakyat. Mereka turut memiliki sistem pos penunggang kuda yang sangat berkesan.
Apa yang lebih masuk akal adalah dia dan sukunya hanya berjuang untuk terus bertahan hidup. Apabila perg*lutan kuasa dalaman Mongol ditamatkan, dia mendapati dirinya telah memiliki aset ketenteraan yang hebat, kuat dan kejam. Tentera yang sentiasa bermoral dan gelisah akan menimbulkan masalah. Jadi, apa yang boleh dia dan pewarisnya lakukan selain terus berkembang ke luar?
Semua perkara yang kita baca dalam sejarah terutamanya yang menggelarkan Genghis Khan sebagai “hukuman dan mandat teragung yang dikirim oleh Tuhan untuk menguasai dunia” lebih kelihatan seperti bahan propaganda negara yang mudah, dengan lebih dari sekadar rasionalisasi pasca-hoc (sesuatu yang akhirnya dilakukan setelah mereka sedar akan manfaatnya).
RUJUKAN:
- Schneider, Julia. “The Jin Revisited: New Assessment of Jurchen Emperors.” Journal of Song-Yuan Studies.41 (2011)
- Szczepanski, Kallie. (2020, August 28). What Motivated the Mongol Conqu*sts of Genghis Khan?
- Aigle, Denise. “The Mongol Empire between Myth and Reality: Studies in Anthropological History.” Leiden: Brill, 2014.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih