Pertama sekali, penulis ingin menegaskan bahawa artikel ini tidak bertujuan untuk memburukkan mana-mana pihak, tetapi sekadar diimbas kembali sejarah ini agar ia boleh dijadikan pengajaran supaya kita tidak terlalu membenci berdasarkan emosi terhadap sesuatu kepercayaan, terutamanya di sebuah negara yang berbilang kaum dan agama.
Kaum Yahudi pernah dikaitkan dengan tuduhan yang melibatkan ritual keagamaan mereka sepanjang sejarah mereka. The Bl*od Libel atau Fitnah D*rah dikaitkan dengan salah satu dakwaan yang paling terkenal, boleh dipertikaikan dan palsu yang dikemukakan oleh orang Kristian.
Tuduhan itu didasarkan kepada kepercayaan tentang dakwaan bahawa orang Yahudi menculik dan membun*h anak-anak orang Kristian demi mendapatkan d*rah mereka untuk kegunaan dalam upacara ritual yang diamalkan mereka, kebanyakannya semasa perayaan Paskah Yahudi.
Negara Empayar Uthmaniyyah yang dihuni rakyat dari pelbagai etnik dan berbilang agama lazimnya mengawal konflik agama antara penduduk Yahudi dan Kristian melalui kajian terperinci mengenai isu yang berkaitan. Sultan Suleyman I telah mengesahkan pada tahun 1553 dan 1554 bahawa orang-orang Yahudi tidak bersalah dan tuduhan-tuduhan yang bertujuan untuk memfitnah orang-orang Yahudi itu adalah tidak benar.
Namun, dakwaan tersebut berterusan menambah minyak ke dalam api konflik dan terus dinormalisasikan bahkan sehingga pada abad kesembilan belas. Seorang pendeta Katolik dilaporkan hilang di Damsyik pada tahun 1840. Pada tahun yang sama, seorang budak lelaki Kristian tersesat di Rhodes. Kedua-dua peristiwa yang dramatik ini diselewengkan dengan dikaitkan secara pukul rata oleh masyarakat Kristian Uthmaniyyah sebagai kesan akibat dari amalan ritual Yahudi.
Oleh itu, terdapat banyak sekatan dan diskriminasi dilaksanakan oleh orang-orang Kristian Uthmaniyyah terhadap penduduk Yahudi Uthmaniyyah. Tuduhan ini akhirnya sampai ke pengetahuan pemerintah Kesultanan Uthmaniyyah di Istanbul. Akibatnya, Sultan Abdulmecid I menitahkan Ferman (titah kerajaan) dikeluarkan mengenai isu itu bagi melindungi kaum Yahudi daripada tuduhan palsu yang prejudis.
Bahkan selepas perintah Ferman ini ditetapkan, Sultan Abdulaziz, yang mewarisi pemerintahan selepas era Sultan Abdulmecid I, memerintahkan Ferman yang serupa diisytiharkan, sama seperti yang dititahkan Abdulmecid I.
Ferman Sultan Abdulmecid I
“Prasangka kuno yang prejudis berlaku terhadap orang Yahudi. Orang-orang yang jahil percaya bahawa kaum Yahudi membiasakan amalan ritual korb*n manusia, untuk menggunakan d*rahnya pada hari perayaan Paskah. Akibat dari pandangan sebegini, orang-orang Yahudi di Damsyik dan Rhodes (yang merupakan subjek Empayar kami) telah dianiaya oleh bangsa lain. Fitnah yang telah dilemparkan terhadap orang-orang Yahudi, dan rasa kegelisahan yang mereka alami setidaknya telah tiba jua akhirnya ke Takhta Empayar kami.
Tetapi waktu yang singkat telah berlalu sejak orang Yahudi yang tinggal di Kepulauan Rhodes dibawa dari sana ke Istanbul, di mana mereka telah diadili dan dihakimi sesuai dengan peraturan baru, dan tuduhan yang dibuat terhadap mereka terbukti salah dan mereka didapati tidak bersalah sepenuhnya. Oleh itu, keadilan dan kesaksamaan yang diperlukan telah terlaksana bagi pihak mereka.
Selain dari buku-buku agama berbahasa Ibrani yang telah diperiksa oleh golongan terpelajar, yang berpengalaman dalam literatur teologi mereka, hasil pemeriksaan, mendapati bahawa orang-orang Yahudi amat dilarang tegas, bukan hanya sekadar menggunakan d*rah manusia, tetapi d*rah haiwan adalah dilarang. Oleh itu, tuduhan yang dikenakan terhadap mereka dan agama mereka tidak lain hanyalah fitnah semata-mata.
Atas sebab ini, dan atas dasar kasih sayang yang kita miliki, kami tidak boleh membiarkan kaum Yahudi merasa terganggu dan terseksa atas tuduhan-tuduhan yang tidak memiliki asas kebenaran sedikit pun, tetapi sesuai dengan Hatti-I Sherif (dokumen atau nota tulisan tangan bersifat rasmi yang ditulis oleh Sultan Uthmaniyyah) yang telah dinyatakan di Gülhane, bangsa Yahudi akan memiliki kelebihan yang sama, dan menikmati keistimewaan yang sama seperti yang diberikan kepada ramai bangsa lain yang patuh dan taat kepada kekuasaan kami.
Bangsa Yahudi wajar dilindungi dan dibela.
Untuk mencapai tujuan ini, kami telah memberikan perintah yang paling positif bahawa bangsa Yahudi yang tinggal di semua bahagian empayar kami harus dilindungi dengan sempurna sama seperti halnya seperti subjek Sublime Porte yang lain (istilah metonim untuk pemerintahan pusat Empayar Uthmaniyyah), dan tidak ada sesiapa yang boleh menganiaya mereka dalam sebarang cara sekali pun, apa saja (kecuali untuk tujuan yang adil) baik dalam pelaksanaan agama mereka secara bebas, dan juga yang berkaitan dengan keselamatan dan ketenangan mereka. Sebagai hasilnya, Ferman sekarang, yang dihiasi dengan ‘Hoomaioon’ (tanda tangan manual) di kepala surat kami dan dikeluarkan dari canselori Imperial kami, telah disampaikan kepada Bangsa Israel.
Oleh itu, anda, Hakim yang disebutkan di atas, apabila anda memahami isi kandungan Ferman ini, akan berusaha untuk bertindak dengan berhati-hati dengan cara yang telah ditetapkan. Agar tidak ada sebarang perkara bertentangan dengan Ferman ini berlaku, pada bila-bila masa selepas ini, anda harus mendaftar di Arkib Tribunal; selepas itu anda akan menyerahkannya kepada bangsa Isreal dan anda akan teliti dalam melaksanakan perintah kami dan sesungguhnya ini adalah kehendak kami yang berdaulat.”
Diserahkan di Istanbul pada 6 November 1840.
Fitnah D*rah berasal dari Zaman Pertengahan dan berlanjutan walaupun kaum Yahudi menafikan secara konsisten serta terdapat penolakan rasmi oleh Gereja Katolik dan pelbagai pihak berkuasa dari era Khilafah hingga ke zaman Republikan sekular.
Fitnah d*rah sering menyebabkan keganasan besar-besaran dan rusuhan ganas yang menyasarkan agenda pembantaian etnik dan kadang-kala hingga ke tahap menyebabkan kejatuhan populasi hampir seluruh masyarakat Yahudi.
Fitnah d*rah sangat mengejutkan memandangkan fakta bahawa orang Yahudi mengikut hukum Alkitab Ibrani yang melarang penganutnya memakan atau meminum d*rah apa jenis makhluk sekali pun, sebagaimana yang terkandung di dalam kitab Imamat (Leviticus). Demi memastikan haiwan yang menjadi makanan dijamin status kosher (halal), setiap titis d*rah haiwan mesti dikeringkan dan dibuang sebelum dimasak.
Tuduhan berkaitan ritual pembun*han yang pertama berlaku di Norwich, England, pada abad kedua belas. Seorang kanak-kanak lelaki bernama William ditemui m*ti di dalam hutan di luar kota, dan seorang pendeta, Thomas of Monmouth, menuduh penduduk Yahudi tempatan bertanggungjawab menyeksa mangsa dan membun*hnya sebagai simbol menghina peristiwa Jesus disalib.
Walaupun ramai penduduk kota tidak mempercayai dakwaan ini, kultus yang memuliakan kanak-kanak itu akhirnya terbentuk. Pada waktu ini cerita-cerita mitos mula tersebar bahawa pada setiap tahun, para pemimpin Yahudi di seluruh dunia bertemu untuk bermesyuarat dan memilih sebuah negara dan sebuah kota di mana seorang penganut Kristian akan diculik dan dibun*h.
Fitnah d*rah merebak ke seluruh dunia Kristian pada Zaman Pertengahan. Apabila seorang kanak-kanak Kristian hilang, sangat jarang orang Yahudi tempatan tidak dituduh sebagai pelaku. Walaupun tidak ada sebarang bukti bahawa ada orang Yahudi yang mempunyai kaitan dengan kes kanak-kanak yang hilang itu, ada orang Yahudi yang diseksa hingga mereka terpaksa mengaku melakukan jenayah keji itu.
Sebilangan orang Kristian amat percaya bahawa empat cawan anggur yang diminum oleh orang Yahudi pada setiap hari perayaan Paskah Seder sebenarnya adalah d*rah, atau orang Yahudi mencampurkan d*rah ke dalam hamantaschen, sajian pastri manis tradisional yang dimakan pada hari raya Yahudi di Purim. Manakala dakwaan yang lain pula ada yang menuduh bahawa orang Yahudi menggunakan d*rah orang Kristian untuk tujuan perubatan atau bahkan sebagai bahan perangsang tenaga seksual.
Para sejarawan telah mendokumentasikan sekitar 100 lebih kes Fitnah D*rah yang telah berlaku sepanjang dari abad kedua belas hingga abad keenam belas. Kebanyakan dari kes-kes tersebut mengakibatkan pembun*han beramai-ramai terhadap kaum Yahudi.
Fitnah d*rah berterusan hingga ke zaman moden. Pada tahun 1840, anggota komuniti Yahudi Damsyik dituduh menculik dan membun*h seorang pendeta Kristian yang dilaporkan telah hilang. Beberapa orang Yahudi yang terkenal dari Damsyik ditangkap dan diseksa untuk mendapat pengakuan mereka, mengakibatkan orang ramai yang naik marah bertindak memusnahkan rumah ibadat dan kitab-kitab Taurat. Orang-orang Yahudi direkodkan turut dibantai berulang kali di dunia Muslim, sebahagiannya disebabkan oleh fitnah yang disebar oleh masyarakat Kristian.
Memasuki abad ke dua puluh pada tahun1913, seorang Yahudi Ukraine bernama Menahem Mendel Beilis dituduh membun*h seorang kanak-kanak Kristian yang mayatnya ditemui berhampiran sebuah kilang batu bata tempatan di Kiev.
Semasa perbicaraan yang mendapat liputan berita yang sensasi itu, ramai golongan intelektual dan cendekiawan Rusia yang dihormati mengaku bersaksi bahawa orang Yahudi menyer*ng orang Kristian dan menggunakan d*rah mereka dalam ritual yang jijik. Apa yang mengejutkan, Beilis dibebaskan dari tuduhan itu, tetapi hanya sementara sebelum pelbagai tuduhan anti-Semitik yang menakutkan diulang-ulang dan disebarkan ke seluruh Rusia.
Malahan fitnah d*rah turut berlaku di Massena, New York, pada tahun 1928. Ketika seorang gadis berusia empat tahun hilang dari rumahnya, terdapat khabar angin bahawa orang Yahudi tempatan telah menculik dan membun*hnya.
Orang ramai berkumpul di luar balai polis Massena, di mana rabbi Yahudi di kota itu dipanggil. Seorang tentera kerajaan menyoal rabbi tersebut, dan bertanya kepadanya apakah orang Yahudi mempersembahkan korb*n manusia atau menggunakan d*rah dalam ritual mereka, tidak pasti apa hasil soal siasat itu namun gadis itu akhirnya ditemui hidup dan tidak mengalami sebarang keceder*an.
RUJUKAN:
- Ronald Florence. Bl0od Lib3l: The Damascus Affair of 1840. University of Wisconsin Press, 2004
- The Mvrder in Damascus: The Bl0od Lib3l in Modern Times (Video) : https://www.facinghistory.org/resource-library/video/mvrder-damascus-blo0d-lib3l-modern-times
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih