Ada beberapa peristiwa yang melibatkan kem4langan kapal, sesetengah orang akan kaitkan dengan peristiwa Titanic. Contohnya peristiwa RMS Empress Of Ireland dipanggil Titanic Canada, Peristiwa MV Sewol dipanggil Titanic Korea dan sebagainya. Negara kita juga ada kisah yang dipanggil Titanic Malaysia.
47 tahun yang lepas, satu peristiwa penenggelaman sebuah kapal di perairan Sarawak masih menjadi igauan buat ahli keluarga hingga ke hari ini.
MV Pulau Kidjang merupakan sebuah kapal yang beroperasi di perairan Sarawak pada pertengahan tahun 1960-an hingga awal tahun 1970-an. Kapal M.V. Pulau Kidjang dibina pada tahun 1963 dan didaftar di pelabuhan Singapura dengan nombor pendaftaran awal ialah 159456.
Sijil pendaftaran yang dikeluarkan oleh kerajaan Singapura dan sah sehingga 10 Mei 1973. Kapal yang diperbuat daripada besi keluli dan kayu ini asalnya dibenarkan membawa seramai 225 orang iaitu 180 penumpang dan 45 anak kapal. Kapal M.V Pulau Kidjang ini berperanan sebagai kapal kargo dan kapal penumpang.
Kapal buatan Taiko Dackard and Engineerig Co. Ltd., Hong Kong ini pernah beroperasi diperairan Singapura dan sebahagian perairan Indonesia sehingga zaman konfrantasi pada tahun 1963. Namun, menjelang tahun 1965, perkhidmatan kapal ini terpaksa diberhentikan atas faktor keselamatan.
Oleh itu, pentadbiran syarikat kapal telah memohon sijil keselamatan kepada pihak kerajaan dan sijil itu dikeluarkan dan sah sehingga tahun 1974. Serentak dengan pengeluaran sijil keselamatan dan penumpang, pemilik kapal juga telah diarahkan supaya meningkatkan beberapa kelengkapan keselamatan pelayaran termasuklah pemasangan alat perhubungan komunikasi radio.
Arahan tersebut yang terkandung di dalam surat bertarikh 10 Januari 1966 dikeluarkan setelah pemeriksaan olah Jabatan Laut Sarawak ke atas M.V Pulau Kidjang mendapati kedudukan stabiliti kapal tidak seimbang.
Pada 27 Disember 1973 di sebalik kemeriahan sebahagian rakyat Sarawak menyambut Hari Natal, tiada siapa menduga akan ada hari hitam di mana mengubah hidup mereka selamanya. MV Pulau Ridjang merupakan kapal pengantara bagi Sarikei-Kuching. Pada hari itu, 140 penumpang dan anak kapal berada di atas kapal.
Kapal mula bergerak dari Kuching sekitar jam 630 petang 26 Disember 1973 . Pada jam 2 pagi, sebaik sahaja memasuki muara Kuala Rejang, cuaca bertukar menjadi buruk disusuli angin kencang dan ombak besar. Keadaan menjadi kelam kabut apabila tali pengikat kenderaan dan kargo di buritan kapal terputus menyebabkan kapal tidak stabil sebelum terbalik dan karam.
Kebanyakan mangsa mavt akibat lemas di balik kegelapan malam ditambah pula cuaca buruk. Penumpang yang terselamat pula terdampar di Pantai Tanjung Gerigat dan diselamatkan oleh kapal pengangkut kayu, MV Hornbill.
Operasi SAR kemudian dilancarkan bagi mencari mangsa-mangsa yang lain. Ia membabitkan kapal peronda, KD Seri Kelantan dan helikopter Nuri. Hasil dari oeprasi pencarian, hanya 40 orang terselamat dan 53 m4yat mangsa termasuk lima m4yat anak kapal berjaya ditemui.
Tenggelamnya M.V Pulau Kidjang merupakan titik hitam di dalam sejarah maritim Sarawak Bumi Kenyalang. Terdapat sebuah tanah perkubvran bagi mangsa-mangsa yang terlibat berhampiran Sarikei bagi memperingati peristiwa ini. Puing-puing kapal ini juga masih dapat dilihat hingga ke hari ini bagi memperingati bahawa tempat tersebut pernah menjadi saksi bagi terk0rbannya anak-anak Sarawak pada tanggal 27 Disember 1973.
RUJUKAN:
Tragedi M.V Pulau Kidjang dan 47 nyawa yang ‘bersemadi’ di muara Tanjung Jerijeh. https://malaysiagazette.com/2018/12/30/tragedi-m-v-pulau-kidjang-dan-47-nyawa-yang-bersemadi-di-muara-tanjung-jerijeh/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih