Gunung Nemrut yang bertapak di Turki ini merupakan antara salah satu tempat bersejarah yang perlu dikunjungi bagi para pecinta sejarah dan keindahan alam. Gunung yang indah ini pernah didiami oleh sebuah tamadun purba iaitu tamadun Mesopotamia. Puncak gunung ini yang berada pada 2206 meter di atas paras laut, merupakan antara puncak tertinggi yang pernah dijadikan sebagai kawasan penempatan oleh tamadun tersebut.

Disebalik ketinggian kawasan penempatan ini, tersembunyinya makam Raja Antiochus 1, pemerintah kerajaan Commagene. Secara amnya, kerajaan Commagene  telah diasaskan di kawasan utara Syria dan Sungai Euphrates setelah berpecahnya empayar Alexander The Great. Menurut kajian susur galur leluhur raja-raja kerajaan ini, didapati bahawa adanya campuran darah antara warga Yunani dan Parsi yang membawa kepada berlakunya percampuran kebudayaan dalam kerajaan ini.

Raja Berd4rah Penguasa Timur Dan Barat

Kerajaan Commagene yang kecil ini memainkan peranan yang  besar semasa tempoh perluasan kuasa oleh Empayar Rom di timur hingga ke kawasan yang di bawah pengaruh negara-negara  Hellenistik. Mana tidaknya, kerajaan yang tersepit di antara Empayar Seleucid di barat dan Empayar Parthia di timur ini, telah menjadi negara pengantara bagi kedua-dua empayar tersebut.

Raja Antiochus 1, yang memerintah antara 70 hingga 38 Sebelum Masihi, merupakan pemerintah yang terulung dan amat berkuasa dalam lipatan sejarah kerajaan Commagene. Selama lebih 30 tahun , baginda telah menghadapi pelbagai perubahan politik di sepanjang  tempoh pergolakan tersebut. Sebagai satu-satunya anak kepada pasangan, Raja Mithridates 1 Callinicus dari Dinasti Armenia Orontid dan Puteri Laodice VII Thea, seorang puteri Yunani-Syria dari Empayar Seleucid, Antiochus mewarisi kemegahan dari kedua-dua belah keluarga ibu dan bapanya kerana berd4rahkan campuran penguasa timur dan barat.

Ketaksuban Terhadap Kuasa

Percampuran keturunan ini telah membawa kepada penggubahan polisi kebudayaan Antiochus dalam pentadbirannya, dengan mengekalkan keseimbangan antara timur dan barat. Secara tidak langsung, mempengaruhi keputusan baginda untuk mewujudkan sebuah agama baru yang mencampuri budaya keagamaan barat dan timur.

Keberadaan monumen Antiochus di Gunung Nemrut, puncak tertinggi di wilayah kerajaan Commagene, merupakan bukti yang kukuh bahawa raja ini sangat taksub dengan kekuasaannya sehingga beranggapan bahawa dirinya sama seperti para dewa yang lain. Di tapak puncak ini juga terdapat arca-arca yang tingginya sekitar 8 hingga 9 meter yang didirikan sebaris dengan monumen raja ini untuk memberi gambaran bahawa raja ini dikelilingi dan setanding dengan para dewa yang lain.

Penemuan Semula Sejarah Yang Kelam

Pada tahun 1881, Karl Sester, seorang jurutera dari Jerman telah membentangkan sebuah plan laluan-laluan pengangkutan yang terdapat di Empayar Ottoman. Beliau melaporkan bahawa beliau menemui struktur yang luar biasa di Nemrut. Sester telah merancang untuk menanda laluan-laluan ini menerusi timur Anatolia berdasarkan laluan perhubungan purba yang sedia ada. Kawasan penempatan sekitar yang  usang dan terbiar, yang membantunya menemui tugu-tugu yang luar kebiasaan tersebut di Gunung Nemrut, tidak memberi sebarang petunjukpun kepadanya mengenai jejak-jejak laluan purba. Namun begitu, beliau tetap gembira kerana telah menemui sebuah tapak bersejarah di puncak Gunung Nemrut.

Sejurus penemuan tersebut, sebuah kajian saintifik telah dilaksanakan pada tahun berikutnya, yang diketuai oleh Otto Puchstein. Pada tahun 1883, Sester dan Puchstein telah menemui sebuah prasasti yang panjang dalam tulisan Yunani. Prasasti tersebut menerangkan tentang tujuan mendirikan tugu dan niat-niat Antiochus.

Terbitnya Matahari Yang Memukau

Antara salah satu tarikan utama berkunjung ke Gunung Nemrut juga adalah keindahan alam yang dipersembahkan kepada para pengunjung. Keunikan dan keindahan alam yang disaksikan  oleh para pengunjung ini dapat dinikmati terutamanya semasa terbitnya matahari. Sinar yang terpancar turut menyinari tugu-tugu yang berada di atas gunung tersebut. Seolah-olah memberi gambaran bagaimana masyarakat terdahulu memenuhi tuntutan agama mereka di tapaktersebut semenjak 2000 tahun yang lalu.

RUJUKAN:

Nemrut.Retrieved September 15, 2020, from https://www.goturkey.com/destinations/nemrut

Centre, U.Nemrut Dağ. Retrieved September 15, 2020, from https://whc.unesco.org/en/list/448/

Mount Nemrut. Retrieved September 15, 2020, from https://turkisharchaeonews.net/site/mount-nemrut


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pena, wadah intelek agama, bangsa dan watan.

Comments are closed.