Pada 122 Masihi, Maharaja Hadrian telah melawat ke wilayah Britian setelah hampir 8 dekad menakluk wilayah tersebut. Menurut pemerhatian baginda, perlunya empayar Rom untuk membina tembok di kawasan tersebut. Maka, Maharaja Hadrian telah menitahkan agar tembok segera dibangunkan.

Titah perintah ini telah disempurnakan oleh ribuan tentera Rom yang mahir mengenai binaan tembok terutamanya dari kumpulan tentera bantuan yang melapisi barisan kedua ketenteraan Rom. Tembok ini dibangunkan pada tahun yang sama, bermula dari bahagian timur hingga ke barat, dan siap dibina pada enam tahun berikutnya. Tembok ini dinamakan sebagai Tembok Hadrian.

Pembinaan Tembok Hadrian telah menghubungkan dua jenis lautan iaitu Lautan Utara, di bahagian timur dan Lautan Irish, di sebelah barat tembok ini. Tujuan Maharaja Hadrian membina tembok ini bukanlah untuk mengeratkan ukhwah sesama lautan semata tetapi sebagai satu garis sempadan fizikal Empayar Rom yang luas ketika itu.

Tidak lupa juga, kredit perlu diberikan kepada orang-orang barbar kerana secara tidak langsung, merekalah yang telah mendorong dan memaksa maharaja Rom secara bawah sedar agar baginda membuat keputusan untuk membina tembok yang memisahkan antara Empayar Rom dengan mereka. Di samping itu juga, tembok ini merupakan pelindung yang mengukuhkan lagi sistem pertahanan kubu Empayar Rom di bahagian barat laut wilayah Britain pada ketika itu.

Menurut ahli arkeologi yang mengkaji struktur binaan Tembok Hadrian, mereka mendapati awal mula binaan tembok ini menggunakan rumput sebagai asas binaan berbanding menggunakan batu seperti sebahagian besar tembok yang boleh kita lihat pada hari ini. Menurut hujah mereka lagi, rumput dan kayu mudah didapati di sekitar kawasan tersebut manakala sumber batu pula sukar didapati.

Maka jelas, rumput hanyalah sebagai cukup syarat sahaja untuk kelihatan seolah-olah tembok yang megah terbina pada awal binaan tembok tersebut. Namun begitu, tembok ini telah ditambah baik secara berperingkat dengan menambah struktur batu di atas tembok rumput yang sedia ada. Baki lagi jarak 30 batu tembok ini ke barat, tembok ini masih lagi dikekalkan dengan binaan rumput dan sebahagian masih kukuh binaannya hingga hari ini. Menurut dapatan kajian semasa, hampir 91% tembok telah ditimbus tanah dan sukar untuk dikenal pasti, manakala satu peratus dari tembok ini telah musnah pada abad ke-19 dan abad ke-20.

Tembok Hadrian memiliki ketinggian maksimum sehingga 4.6 meter dan ketebalan tembok ini pula ialah selebar 3 meter. Di sepanjang tembok ini juga, telah dibina hampir 14 buah kubu pertahanan. Pada setiap jarak satu batu, tembok ini memiliki sebuah pintu masuk dan dilindungi dan dipantau oleh satu pos kawalan kecil bagi memastikan keselamatan pergerakan keluar masuk dari tembok tersebut di samping mengurangkan kadar ancaman oleh pihak musuh.

Tambahan, di antara setiap dua pos kawalan, bertapaknya dua menara tinggi yang membantu pos kawalan untuk memantau keadaan kawasan yang berdekatan kerana memiliki kelebihan medan penglihatan geografi yang amat baik. Namun begitu, sistem pertahanan tembok ini tidaklah berorientasikan menara semata-mata untuk menewaskan musuh tetapi Empayar Rom lebih gemar untuk bersemuka di tanah datar yang terbentang luas di luar tembok tersebut.

Secara amnya, Tembok Hadrian terletak hampir dengan garis sempadan England dan Scotland pada hari ini. Tembok Hadrian juga merupakan antara salah satu tapak bersejarah kebanggaan bagi warga United Kingdom. Mana tidaknya, Tembok Hadrian ini telah diwarta sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO sejak tahun 1987. Malaysia ni, ada ke tempat yang diiktiraf UNESCO? Macam tak de je. Menurut laman web rasmi UNESCO, sebanyak empat lokasi di Malaysia, telah mendapat status sah sebagai Tapak Warisan Dunia, antaranya ialah Lembah Lenggong, Perak dan Gunung Mulu, Sarawak. Tahniah, Malaysia!

 


 

Umum mengetahui terdapat beberapa jenis rumput karpet yang popular di Malaysia seperti cowgrass, japanese, philippine dan pearl.

 


 

RUJUKAN:

Breeze, D. (2019, May 20). Hadrian’s Wall. Retrieved September 10, 2020, from https://www.britannica.com/topic/Hadrians-Wall

A wall made of turf? (2016, April 18). Retrieved September 10, 2020, from https://hadrianswallcountry.co.uk/history/life-hadrians-wall/wall-made-turf

Centre, U.Malaysia. Retrieved September 10, 2020, from http://whc.unesco.org/en/statesparties/MY

History of Hadrian’s Wall. Retrieved September 10, 2020, from https://www.english-heritage.org.uk/visit/places/hadrians-wall/hadrians-wall-history-and-stories/history/

Bishop, M.,(2018, July 14). 74. How much of Hadrian’s Wall is left? Retrieved September 10, 2020, from https://perlineamvalli.wordpress.com/2015/06/12/74-how-much-of-hadrians-wall-is-left/

History.com Editors. (2018, January 19). Hadrian’s Wall. Retrieved September 10, 2020, from https://www.history.com/topics/ancient-rome/hadrians-wall


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pena, wadah intelek agama, bangsa dan watan.

Comments are closed.