Selepas tamat P3rang Saudara Rusia (PSR) pada tahun 20-an, orang Rusia yang menolak pemerintahan geng Bolshevik diterajui Vladimir Lenin memilih menetap di luar Rusia seperti Manchuria dan utara China. Ramai menyangka peluang mereka melihat kembali penguasaan kumpulan anti-k0mun1s di Motherland sudah berakhir. Hakikatnya, peluang itu terbuka dengan syarat mereka berkhidmat sebagai t3ntera Jepun dalam P3rang Dunia Kedua (WWII)!

Pihak Jepun mula membina kembali hubungan mereka dengan bekas anggota T3nter Putih di Manchuria pada tahun 20-an. Apabila T3ntera Kwantung menduduki wilayah tersebut pada tahun 1931, sebahagian besar orang Rusia menyokong kempen negara Matahari Terbit itu terhadap t3ntera China.

Selepas Manchuria tumbang, Jepun menyusun semula wilayah itu dan ia merangkumi Manchuria dan kawasan pedalaman Mongolia. Wilayah itu dikenali sebagai Manchukuo dengan Maharaja Pu Yi, maharaja terakhir China ditabalkan sebagai pemerintahnya. Namun begitu, Pu Yi hanyalah boneka Jepun di mana kuasa sebenar pemerintahan terletak di tangan para penasihat dan t3ntera Jepun.

Bagi kedua-dua pihak, Jepun dan Rusia berkongsi kebencian yang sama terhadap k0mun1sme. Justeru, mereka harus bersatu dalam pep3rangan seterusnya iaitu menakluk Kesatuan Soviet dan menghalau terus geng k0munis keluar dari bumi Rusia. Di bawah ideologi rasmi Manchukuo, orang Rusia dianggap setara dengan orang Jepun, Mongol, Cina dan Korea serta dianggap penduduk asal wilayah berkenaan.

Veteran-veteran PSR ini disukai oleh pihak Jepun kerana bersedia berkorban dan melakukan apa saja demi menghapuskan agenda k0mun1sme. Selain ditugaskan untuk tugas perisikan, sesetengah detasmen dihantar sebagai pengawal kemudahan-kemudahan pengangkutan penting dan melawan pejuang-pejuang partisan China dan Korea.

Tetapi jika Tokyo merasakan mereka akan tunduk begitu saja, ‘samurai putih’ ini mempunyai agenda mereka tersendiri. Mereka lebih cenderung kepada positif untuk agenda Lingkungan Kemakmuran Asia Timur Raya (LKATR) walaupun tidak berpuas hati hasrat tuan baru mereka mahu merampas tanah Rusia sehingga ke Pergunungan Ural.

Justeru, sebarang perkara yang dianggap bertentangan dengan nilai Rusia semasa dalam kelas akan ditapis sehabis mungkin oleh rekrut-rekrut baru ini. Seorang rekrut bernama Golubenko pernah bercerita, “Kami tapis apa yang diajar pengajar-pengajar kami dan membuang nilai-nilai palsu, semangat Nippon yang bertentangan dengan semangat Rusia.”

Rajah 1: Detasmen Asano

Satu unit ‘samurai putih’ yang terkenal ialah detasmen Asano yang diterajui Mejar Asano Makoto. Kekuatan unit berbeza-beza dari 400 kepada 3,500 orang. Unit ini ditubuhkan pada hari sama keputeraan Maharaja Hirohito iaitu 29 April 1938 terdiri daripada pasukan infantri, kavalri dan artileri. Walaupun keseluruhan anggotanya ialah orang Rusia, mereka tetap dipantau oleh pegawai-pegawai pemerintah Jepun.

Pendek kata, detasmen Asano boleh dianggap sebagai unit rahsia t3ntera Jepun sekiranya mereka merancang meny3rang Kesatuan Soviet. Antara tugas mereka ialah menawan atau memvsnahkan jambatan, memvsnahkan unit komunikasi, menyusup masuk ke dalam t3ntera Soviet, mer4cun sumber bekalan air dan dapur mereka.

Potensi mereka diuji sebanyak dua kali oleh Jepun di Tasik Khasan (1938) dan Khalkhin Gol (1939). Detasmen Asano dikatakan terlibat dalam dua pert3mpuran tersebut walaupun mereka hanya berperanan sebagai penyoal tahanan p3rang Jepun berbangsa Rusia.

Bagaimanapun, itu tidak menghalang kewujudan khabar angin unit ini mencetuskan huru-hara dalam kalangan t3ntera mvsvh. Misalnya semasa Pert3mpuran Khalkhin Gol, sekumpulan t3ntera kavalri dari T3ntera Republik Rakyat Mongolia terserempak dengan sekumpulan t3ntera berkuda Asano. Mereka diajak menyertai mereka, satu kesilapan besar.

Dalam perjalanan, kumpulan tersebut diserang oleh t3ntera berkuda yang menyertai mereka. Sedarlah pihak Mongolia bahawa ‘t3ntera’ yang menyertai mereka sebenarnya anggota detasmen Asano. Kumpulan tersebut bagaimanapun berjaya melarikan diri tetapi kehilangan ramai anggota unit mereka.

Beberapa hari sebelum Operasi Barbarossa, Jepun dan Kesatuan Soviet memeterai perjanjian damai sekaligus menghentikan konflik bers3njata antara kedua-dua belah pihak. Dengan pemeteraian perjanjian tersebut, ia menamatkan terus rancangan bl1tzkr1eg Jepun di Timur Jauh Rusia yang dikenali sebagai Pelan Kantokuen. Ia juga menamatkan cita-cita penaklukan Jepun ke atas Kesatuan Soviet.

Dengan perubahan ini, detasmen Asano ditukar peranan dari unit rahsia kepada sebahagian daripada Rejimen R4ifal Ke-162. Namun begitu, itu tidak menghalang Jepun menghargai ‘samurai putih’ mereka. Pada Mei 1944, adinda Hirohito, Putera Mikasa Takahito mengadakan lawatan ke Manchukuo dan menyeru agar latihan dan keazaman t3ntera Rusia dan Jepun dipertingkatkan.

Berikutan Operasi Barbarossa dan tentangan sengit Kesatuan Soviet, ia mula mempengaruhi populasi Rusia Manchukuo untuk bangkit melawan Jepun. Kebanyakan pegawai ‘samurai putih’ mula bekerjasama dengan Soviet dengan Gurgen Nagolyan, salah seorang ketua unit merupakan ejen NKVD (agensi polis rahsia Soviet).

Pada 9 Ogos 1945, T3ntera Merah Soviet tiba di Manchuria dan populasi Rusia memberi reaksi berbeza terhadap pihak Jepun. Walaupun ada yang terus setia dengan Jepun, kebanyakan orang Rusia bangkit menentang dengan membentuk kumpulan m1litan dan mengawal petempatan awam sebelum diserahkan kepada t3ntera Soviet.

Berikutan hubungan baik t3ntera Soviet dengan veteran-veteran PSR ini, mereka kadang-kadang dipertanggungjawabkan mengawal keselamatan di sesetengah kemudahan. Tetapi hubungan baik itu tidak bertahan lama apabila Moscow mengutus unit-unit SMERSH (unit risik balas Soviet semasa WWII) ke Manchuria.

Bagi Moscow terutama Joseph Stalin, kewujudan komuniti Rusia di Manchuria dan utara China bukan satu rahsia. Ini kerana komuniti ini sentiasa diawasi mereka selamaa bertahun-tahun termasuk aktiviti-aktiviti ‘samurai putih’.

Semua anggota komuniti Rusia ditahan dan dibawa kembali ke Kesatuan Soviet secara besar-besaran. Veteran-veteran PSR bertaraf pegawai dihukum m4ti oleh anggota SMERSH manakala bakinya dikenakan hukuman p3njara sehingga 15 tahun di kem-kem Gulag. Dengan tindakan tersebut, tamatlah sudah riwayat impian veteran T3ntera Putih Rusia dan isyarat kepada warga Rusia lain untuk tidak mengulangi perkara sama yang dilakukan mereka.

RUJUKAN: 

Egorov, Boris. (2020). How ‘Russian samurai’ f0ught for Japan in World War II. Russia Beyond. https://www.rbth.com/history/332269-russian-samurai-f0ught-for-japan


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.