Pertama kali mengetahui perihal kewujudan Nisan Batu Acheh ini adalah sewaktu membeli buku Riwayat Laksamana Melaka Hang Tuah karya Ismail Md Yaacob dan Riduan Ismail. Dalam buku itu, saya terkejut yang mengatakan ada sebuah Nisan Acheh di Kuala Pagoh kepunyaan Seri Bija Diraja Tun Abdul Rahman Al Riauwi yang mangkat pada 1511 ketika serangan Portugis di Melaka. Akan tetapi, masih samar-samar lagi akan kesahihannya kerana belum ada kajian yang tepat akan empunya makam ini.

Sewaktu saya mahu menulis artikel “Pertempuran-pertempuran Yang Berlaku Di Pagoh” ( https://thepatriots.asia/9955-2/), puas saya mencari keberadaan makam ini akan tetapi tidak dijumpai. Syukur Alhamdulillah, minggu lepas aku ditemani oleh otai-otai Abang Sunan dan Abang Azlan Sharif dibantu oleh jurupandu (penjaga makam Kampung Brohol dan cucu kepada Bekas ketua kampung Brohol) Encik Nordin buat pertama kali menjejaki makam ini. Beberapa penduduk kampung dan Ketua kampung sudah mengetahui akan makam ini akan tetapi hanya dibiarkan begitu sahaja . Tidak salah mereka, mungkin mereka tidak mengetahui nilai dan sejarahnya. Makam ini terletak jauh kedalam kebun kelapa sawit dan bederkatan Kuala Pagoh.

Jadi, nisan ini dibersihkan oleh kami dan aku datang semula kesini sebelum pulang ke universiti untuk membersihkan nisan makam dan Kawasan sekitarnya . Secara tidak sengaja juga, tersepak bonggolan tanah dan terjumpa pecahan mangkuk/seramik lama.
Nisan ini adalah tunggal bahagian kepala menurut Sunan, keadaan masih lagi elok cumanya ada sedikit kesan pecah pada sesetengah bahagian. Ia adalah Nisan Acheh Jenis G. Bahagian bawah atau dasarnya segi empat Panjang dan dihiasi beberapa ukiran. Menurut Sistem Typologi (dikelaskan kepada 14 jenis mengikut abjad A hingga N) yang ditulis Dato’ Othman Yatim, ia dari tahun 1500 AD.

Menurut Sir R.O Winstead yang didokumenkan dalam History of Johore pada 1932 :

“One is inscribed Sultan ‘Ala’ u ‘ d-din son of Sultan Mansur son of Sultan Muzaffar and as all four stones are different type they may mark the place of four graves. One unique in having an inscription from the place or four graves”

Maksudnya, jika benar apa yang direkodkan maka jumlah makam di perkarangan Masjid Kampung Raja sekarang adalah 4 buah makam bukannya 2? …. Jumlah lokasi makam Nisan Acheh di sepanjang Sungai Muar (tidak termasuk Segamat) mengikut kajian Kamaruddin Razak dan Dato’ Othman Yatim adalah seperti berikut :

• Bukit Treh (2001 oleh Kamaruddin Razak) – 1 makam
• Kota Buruk, Sungai Terap – 1 makam
• Kampung Brohol, Pagoh – 1 makam
• Kampung Raja, Pagoh – 2 makam

Baiklah, jumlah makam di Kampung Brohol kini adalah 1 akan tetapi sesetengah pandangan nisannya tidak padan antara satu sama lain dan kemungkinan 2 + ditambah pula RO Winstead kata ada 4 buah makam di Bukit Keramat + Nisan Acheh yang baru dijumpai ini . Ini boleh menjadikan ianya berjumlah 9 buah makam. Tetapi, perkara ini hanyalah di peringkat pendapat dan masih memerlukan kajian lagi. Jika ikut jumlah kini yang ditulis adalah 5 buah makam tidak campur yang baru ditemui ini.

Banyak lagi sebenarnya saya hendak menulis akan tetapi biarlah sampai disini sahaja dahulu. Nanti ada yang kata saya memandai-mandai dan menyibuk pula. Saya pun masih di peringkat belajar lagi daripada mereka yang berpengalaman seperti Shah Sunan AL-Bugis dan Azlan Sharif.

Sekadar perkongsian. Ada salah silap fakta harap diperbetulkan. Terima kasih


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang anak jati Muar yang amat mencintai sejarah, warisan dan budaya. Aktif dalam menulis artikel sejarah tempatan walaupun kini sedikit menyepi kerana menumpukan dahulu pada kerjaya hakiki. Telah menubuhkan Persatuan Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (PASEM) pada 16.11.16 sebagai medium memupuk minat terhadap Sejarah terutama sejarah ketenteraan serta minat menulis dalam kalangan ahlinya. Penulis juga merupakan AJK Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Muar dan Penasihat 2 Persatuan Sejarah UPNM (PASEM) . Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Strategi dari UPNM.

Comments are closed.