Aeroangkasa merupakan sebuah kegemilangan kejuruteraan yang menghubungkan langit dan Bumi. Malangnya, sekitar pertengahan abad ke-20, berlaku pula sebuah persaingan sengit antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet yang secara asasnya memberikan laluan kepada teori-teori konspirasi. Pendaratan di Bulan yang begitu sahih pun dinafikan segelintir masyarakat yang ketandusan hujah. Di sebalik segala penafian dan kemusykilan, teknologi aeroangkasa kian berkembang daripada satu kemustahilan kepada realiti yang tidak boleh diketepikan.
Hampir 60 tahun selepas kejayaan Vostok, manusia sudahpun mendirikan makmal di ruangan angkasa. Tetapi sehingga hari ini, segala kejayaan ini masih lagi dipersoalkan. Terkini tular pula satu video yang menunjukkan gelagat angkasawan di dalam sebuah makmal angkasa. Tetapi sedikit sebanyak perbuatan mereka dijadikan sumber kepada hujah penipuan.
Lebih keji sekali apabila Sheikh Muszaphar Shukor diandaikan menerima rasuah pula.
Inilah sebab kenapa segelintir masyarakat Barat menggelarkan umat Islam bodoh. Sama seperti dakwaan tanda kiamat akibat perubahan paksi yang mengalihkan kedudukan Matahari, perkara ini tidak mempunyai asas fakta. Kita harus faham bagaimana graviti berfungsi: sebuah daya yang menguncikan segala perkara ke permukaan. Bulan pula terikat kepada graviti Bumi. Tetapi objek ini tidak akan menghentam planet kita oleh kerana kelajuan orbitnya yang mencecah 3,600 km/j.
Ramai juga yang menyangka bahawa ruangan angkasa tidak mempunyai sebarang graviti. Sebenarnya “ruangan angkasa” tidak sama sekali boleh difahamkan dengan konteks jarak penduduk Bumi. Jarak antara dua titik di Bumi dan angkasa mempunyai perbezaan yang ketara. Ruangan angkasa antara Bumi dan Bulan sahaja sudah mencecah 384,400 kilometer. Jadi harus dibetulkan dahulu pemahaman tentang ruangan angkasa agar graviti dapat difahami.
Ruangan angkasa yang ditekankan antara Bumi dan Stesen Angkasa Antarabangsa adalah 300-400 kilometer. Jarak antara dua titik ini ibaratkan Kulim dan Kuala Lumpur sahaja. Jadi segala perkara di dalam Stesen Angkasa Antarabangsa sebenarnya terikat kepada keagungan graviti Bumi. Pada ketinggian ini, tiada apa yang sebenarnya sedang berapungan. Para angkasawan di dalam stesen ini pun tidak terapung. Hakikatnya mereka sedang jatuh ke Bumi. Tetapi oleh kerana kelajuan Stesen Angkasa Antarabangsa yang bergerak melebihi 30,000 km/j, tiada apa yang akan terhempas ke permukaan Bumi.
Jika stesen ini berhenti – ataupun perlahan – barulah impaknya akan jelas kelihatan. Sama seperti Bulan, stesen ini menafikan graviti dengan kelajuan. Atas jarak yang lebih besar, Bulan tidak perlu bergerak selaju Stesen Angkasa Antarabangsa untuk “terapung”. Maka individu dan objek di dalam Stesen Angkasa Antarabangsa sangatlah terikat dengan graviti Bumi serta kelajuan kapal mereka. Disebabkan itulah gelagat mereka agak berkonspirasi.
Namun sebenarnya, NASA sudah berzaman menjawab perihal ini: gelagat angkasawan yang berkelihatan terjatuh adalah tindakbalas hukum graviti. Selagi mana kapal mereka bergerak dengan laju, selagi itulah mereka akan terus “terjatuh” ke Bumi tanpa menghentam permukaan. Tidak pelik jika perkara ini terlalu mengelirukan: ini kerana, pembaca sedang cuba berlari sebelum mampu merangkak.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih