1. Kekurangan Bahan Ilmiah Dalam Bahasa Melayu

“Di ibu kota, banyak buku ilmiah yang dijual dalam bahasa Inggeris sehingga susah untuk melihat karya berkenaan dalam bahasa kebangsaan.

Apatah lagi orang Malaysia tidak suka membaca buku dalam bahasa Melayu, manakala pensyarah universiti pula lebih gemar menggunakan buku rujukan dalam bahasa Inggeris.”

Itu menurut kata Dr Jeniri Amir, pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak semasa Wawancara Sofa Putih Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), yang berlangsung sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2015.

Masih belum cukup banyak bahan ilmiah yang berasal dari negara barat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Ini membuatkan ramai orang yang mencari sesuatu ilmu perlu merujuk bahan-bahan bukan dalam bahasa tempatan.

Lebih-lebih lagi ilmuwan tempatan pun turut menulis kajian mereka dalam bahasa Inggeris disebabkan faktor-faktor yang tertentu. Tidak dinafikan yang masih banyak bahan ilmiah dalam bahasa kebangsaan tetapi tumpuan ramai penuntut ilmu adalah dalam bahasa asing.

2. Plot Novel Menarik Berbanding Filem

Kita dapat lihat banyak filem barat terkenal yang merupakan adaptasi daripada novel seperti Maze Runner dan Hunger Games. Sudah pasti peminatnya tak kurang ramai. Akan tetapi, kepuasannya antara menonton filem dengan membaca novel adalah sangat berbeza.

Ini dinyatakan oleh Joe Meno, seorang novelis dari Chicago. Menurut beliau secara ringkasnya, terdapat pelbagai perbezaan ketara antara novel dan filem seperti gaya bahasa, pengolahan jalan cerita, perjalanan sesebuah plot, perkembangan antara setiap watak dan banyak lagi.

Jadi peminat novel semestinya tahu akan sentiasa ada jalan cerita daripada novel, apabila diadaptasikan ke dalam layar perak pasti akan berlainan. Ini disebabkan beberapa faktor seperti ketidaksesuaian sesebuah plot dalam bentuk lakonan yang terpaksa diubah. Sedikit sebanyak memang akan mengubah mood sesetengah peminat.

3. Memperbaiki Bahasa Inggeris

Untuk mempelajari bahasa Inggeris sememangnya terdapat banyak cara. Antaranya ialah dengan membaca bahan bacaan dalam bahasa Inggeris. Hal ini biasa dilakukan di kalangan pelajar sekolah dalam menghasilkan esei. Kebiasaannya bahan bacaan yang dipilih adalah novel kerana laras bahasanya yang mudah difahami serta kosa katanya tidak terlalu sulit.

Kebanyakan hikayat kisah dongeng mempunyai plot cerita yang mudah dan hanya beberapa watak sahaja. Hal ini membuatkan ia lebih mudah untuk diingati. Oleh kerana hasil kesusasteraan Bahasa Inggeris biasanya berakar-umbi daripada karya-karya dari Jerman dan Denmark, maka, pembacaan cerita ini akan memberikan kita peluang untuk mendapatkan sekilas pandang budaya bahasa Inggeris dalam sudut pandang yang berbeza.

Di samping belajar melalui menonton filem, mendengar lagu, bertutur serta menulis, membaca pun dapat meningkatkan kemahiran seseorang untuk menguasai bahasa Inggeris. Malah, ianya mudah untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa.

RUJUKAN:

What a Novel Can Do That Film and TV Can’t. https://www.writersdigest.com/whats-new/what-a-novel-can-do-that-film-and-tv-cant-plus-win-a-free-copy-of-office-girl

Bermain dengan Bahasa: Tips Mudah dan Cara Nak Pandai Bahasa Inggeris. https://www.fluentu.com/blog/english-mal/cara-nak-pandai-bahasa-inggeris-2/

Artikel dikirimkan oleh Ajmal Mustafa untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.