Sempena bulan kemerdekaan ni, aku teringat kepada iklan kasut Gombak pada lewat 90an atau awal 2000an, lakonan arwah Ashraff Sinclair dan Vanidah Imran. Pada masa itu timbul satu nilai patriotisme dalam diri aku untuk menahan diri tidak membeli kasut Fila,sebaliknya membeli kasut jenama Radioactive, jenama kasut Malaysia yang popular satu ketika dulu.
Tetapi lama kelamaan, nilai patriotisme itu luntur bila tengok Perdana Menteri dan anak beranak, yang dok sibuk lecture orang untuk gunakan barangan buatan Malaysia, tapi dia dok tayang pakai Ferrari, atau beg Chanel. Semasa kempen Buy Bumiputera Products yang saudara Mohamad Jamalee selalu cakap dulu, aku mengambil perkara itu secara serius.
Aku akan beli produk Bumiputera dulu, kedua buatan Malaysia, dan kalau benda tu memang perlu dari pembuatan negara luar, barulah aku beli produk luar. Barangan dalam rumah aku hampir semuanya buatan tempatan, kecuali mungkin TV atau kereta Volvo lama abah aku yang dah rosak.
Kalau dulu aku beli peanut butter cap Ladies Choice, sekarang aku beli Cap Tani. Kalau dulu beli Chipsmore, sekarang beli je dengan sorang akak ni kalau nak makan biskut. Bahkan kalau teringin makan ayam goreng, beli sahaja ayam goreng yang dijual di gerai tepi jalan atau pasar malam berbanding KFC atau McD. Memberi nilai kepada barangan tempatan lebih daripada import.
Sudah pasti ada yang berbunyi, “mana sedap peanut butter Cap Tani kalau nak lawan jenama Ladies Choice, atau ayam goreng Kluang Fried Chicken jika nak lawan Kentucky Fried Chicken”.
Tapi pada aku lah, kesedapan itu hanya muncul bila kau ada nilai patriotisme dan nasionalisme dalam diri kau. Kau tak peduli rasa apa, asalkan kau rasa bangga dalam diri kau yang ini produk yang datang dari negara kau, atau daerah kau.
Semalam, ada satu brader ni tweet tentang kopi Starbucks ni bukan benda mewah, tapi benda common. Kelakar pulak pada aku kau kata Starbucks ni benda common, sedangkan segelas venti pun lagi mahal dari 10 uncang Kopi Cap Televisyen.
Apa? Kopi Starbucks dari kopi Arabica yang ditanam di celah-celah bukit di Colombia? Pergi mampos. Sebab kopi yang ditanam di Kahang dan diproses di Mengkibol macam Cap Televisyen ni pun mantap, dengan harga yang berpatutan.
Dan dengan tindakan aku membeli barangan tempatan, aku membayar kepada syarikat tempatan, dan seterusnya memberi peluang pekerjaan kepada anak tempatan. Nothing’s more patriotic than that. Bersama membantu membangunkan ekonomi negara selepas hancur teruk masa PKP Covid dulu.
Bukanlah kita nak tolak langsung semua benda import. Handphone kita ni made in China, Korea, atau Amerika, sebab mereka ada kepakaran untuk buat benda tu, dan kita takde, dan kita kena terima. Ada je benda dari luar yang kita beli, sebab dah kalau warga tempatan tak boleh nak hasilkan benda tu, terpaksa la beli kat luar.
Macam contoh, kalau dah kita tak mampu nak hasilkan rosemary atau thyme atau apa-apa herba mat salleh tu, terpaksalah kita import. Tapi kalau kebun rosemary dan thyme rumah aku menjadi, dan dah tau macam mana nak hasilkan ia dengan lebih banyak, kenapa aku nak beli import lagi, baik aku pakai produk sendiri je.
Tapi ada yang komplen, barangan tempatan tak cukup bagus kualitinya. Alah membeli menang memakai katanya. Kat sini cabaran pengusaha industri negara kita perlu atasi.
Masalah dengan negara kita, ialah kita jarang melihat R&D sebagai benda yang penting untuk meningkatkan kualiti produk. Selalu kalau makcik jual kerepek ubi, dalam plastik bising tu, kalau dari 90an, sampai ke 2020 macam tu je lah design dia tak berubah.
Kita sering mengabaikan soal tarikan atau kreativiti sebab dalam Mahathir’s Malaysia, kreativiti selalu tidak dipandang penting. Sebab tu penyokong dia butthurt ada orang troll logo parti pejuwang dia tu. Selain itu, kita juga jarang memberi perhatian dalam memberi nilai tambah kepada produk kita.
Contohnya, aku pernah pergi Bandung, Indonesia. Ada satu gerai tepi jalan, jual nasi kepal. Nasi tu dikepal tapi lepas tu ada la inti dia macam kau nak sambal ke, rendang ke. Tapi dia kepal tu punyalah cantik, macam onigiri, sampai daripada aku tak lapar, sampai aku rasa aku nak makan benda tu sebelum aku balik Kuala Lumpur. Dan kebetulan, flight aku balik Malaysia adalah pada hari tu.
Dan aku makan, rasanya mungkin biasa dan untuk makanan tepi jalan, harga Rp 15.000 (RM4.20) adalah agak mahal, tapi dengan packaging dia, dengan style dia, aku tak kisah untuk membayarnya. Itulah dia nilai tambah. Pada aku kos nak membuat tu dalam dua ringgit je, tapi dia berjaya buat produk tu bernilai dua kali dari harga asal, dan orang beli tanpa mempertikaikan berapa dia membayarnya. Dan kalau ekonomi kita mampu tingkatkan, kita mampu berbangga dengan produk negara sendiri, negeri sendiri, daerah sendiri dan kampung sendiri.
Itulah civic nationalism dalam bentuk ekonomi.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih