Beberapa hari lepas, Indonesia menyambut Hari Merdeka ke-75 yang menandakan permulaan Perang Kemerdekaan Indonesia 1945-1949.
Pernah tanya tak dari mana datangnya nama Indonesia?
Sebelum merdeka, Indonesia dikenali sebagai “Hindia Belanda” atau “Dutch Indies”, atau dalam Bahasa Belanda, “Nederlandsch-Indië”. Maksudnya kawasan “Indies” yang dijajah oleh Belanda.
Indies ini tak ada kaitan dengan muzik indie. Ia adalah nama yang diberikan oleh penjajah Eropah kepada gugusan kepulauan yang meliputi Filipina, Borneo dan Indonesia hari ini.
Kadang istilah “East Indies” (Oost Indië) dipakai untuk membezakan ia daripada “West Indies” iaitu gugusan kepulauan di Laut Caribbean yang meliputi Cuba, Jamaica, Dominica dan lain-lain.
Sebab tu dalam buku sejarah kita boleh baca tentang British East India Company dan Dutch East India Company. Syarikat-syarikat ini diasaskan oleh British dan Belanda untuk memonopoli perdagangan (dan menjajah) “East India” yang merujuk kepada East Indies.
Penjajah Eropah dulu semua benda dia panggil India. Even pribumi Amerika pun diorang panggil “Indian”. Macam orang kita juga, asal orang putih je Belanda. Ayam Belanda. Air Belanda. Durian Belanda.
Tapi untuk elakkan kekeliruan, penjajah mula mencipta istilah “Indian Archipelago” (Kepulauan Hindia) bagi menggantikan Indies. Gila Panjang. Maka seorang bernama George Windsor Earl mencipta istilah “Indunesia” pada tahun 1850.
“Indu-” singkatan awalan bagi India manakala “nesia” dari istilah Bahasa Yunani “nesos” yang bermaksud pulau. Macam nama-nama “Melanesia”, “Micronesia” dan “Polynesia”.
Namun Earl lebih suka istilah “Malayunesia” iaitu singkatan kepada “Malay Archipelago” (Kepulauan Melayu) sebab waktu itu ahli akademik Eropah merujuk pribumi Indies sebagai “Malay Race”.
Anak murid Earl iaitu James Richardson Logan pula rasa bunyi Indunesia macam kureng sikit. Dia tukar “u” jadi “o”, maka jadilah “Indonesia”.
Antara “Indonesia” & “Malayunesia”, istilah Malayunesia lebih popular, terutama dalam bentuk “Malaysia”.
Dalam peta2 atau buku2 hujung abad ke-19 & awal abad ke-20 boleh jumpa nama Malaysia walaupun negara bernama Malaysia hanya wujud bermula tahun 1963.
Ini peta tahun 1914.
Ada juga istilah “Insulinde” yang merupakan gabungan “insul” (perkataan pulau dalam Bahasa Latin) dan “inde” (Hindia). Lagi rare dan jarang dipakai.
Memasuki abad ke-20, pribumi Hindia Belanda mula ada kesedaran nasionalisme dan mahu mendirikan negara yang merdeka daripada Belanda. Nama Indonesia mula dipakai secara meluas bagi melambangkan negara-bangsa baharu.
Bermula dengan penubuhan Indonesische Pers-bureau (Indonesian Press Bureau) pada tahun 1913, diikuti oleh mahasiswa asal Hindia Belanda yang belajar di Belanda yang menukar nama persatuan diorang dari Indische Vereeniging kepada Indonesische Vereeniging pada tahun 1922.
Nasionalis ini anggap nama Indonesia lebih sesuai sebab nama Malayunesia/Malaysia macam merujuk kepada suku Melayu sahaja, sedangkan Hindia Belanda berbilang suku malah suku terbesar ialah Jawa dan Sunda, bukan Melayu.
Tambahan pula ramai pejuang kemerdekaan berasal dari golongan bangsawan Jawa atau “priyayi” yang mengangkat identiti Jawa (Kejawen) yang bertunjangkan budaya Hindu warisan Singasari-Majapahit. Jadi nama negara “Indo-” dianggap cocok dengan citra bangsa.
Maka pada tahun 1928, golongan nasionalis dalam Sumpah Pemuda menetapkan nama tanah air sebagai Indonesia. Bahasa Melayu yang dipilih sebagai bahasa kebangsaan juga dinamakan sebagai Bahasa Indonesia.
Tapi tak semua suka nama Indonesia sebab diorang anggap nama itu adalah ciptaan penjajah. Tokoh seperti Soewardi Soerjaningrat (Ki Hajar Dewantara) lebih suka istilah “Nusantara” yang diguna pada zaman Majapahit (1293-1517).
Pramoedya Ananta Toer penulis Bumi Manusia (1980) pula lebih suka “Dipantara”, nama zaman Singasari (1222-1292). Even penerbit bukunya pun bernama Lentera Dipantara.
Cuma nama-nama ini pun macam tak berapa sesuai bagi negara-bangsa yang lahir daripada pengalaman penjajahan. Pemakaian nama kerajaan Jawa kuno ini boleh menimbulkan salah faham negara sebagai Jawa-centric dan merosakkan perpaduan antara suku.
Nama negara bukan sekadar nama, tapi ia melambangkan identiti negara. Begitu juga dengan nama Malaysia.
Sayangnya hari ini dah tak ramai yang dapat menghayati makna dan simbolisme disebalik nama yang dipilih oleh Founding Fathers kita.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih