Kita pasti saja pernah mendengar syarahan atau membaca karangan yang menghimpunkan 40 hadith di dalam sesebuah kitab. Yang paling masyhur di telinga kita sudah tentulah Hadith 40 karangan Imam Yahya bin Syaraf al-Nawawi atau masyhur dengan gelaran Imam al-Nawawi rahimahullah.

Tetapi adakah hanya kitab Hadith 40 Imam al-Nawawi sahaja yang wujud atau sebenarnya ada juga karangan yang dihasilkan oleh para ulama yang lain? Bagaimanakah tercetusnya idea para ulama untuk menghasilkan kitab yang menghimpunkan 40 Hadith? Kenapa 40?

Usaha penghasilan mengumpulkan 40 hadith Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam di dalam sebuah kitab telah bermula sejak sekian lama. Hal ini Kerana terdapat sebuah hadith tentang galakan perkara tersebut.

Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa beliau telah meriwayatkan hadith galakan tersebut dari ramai Sahabat Nabi sallallãhu ‘alaihi wasallam dengan susur sanad periwayatan yang pelbagai, dan matan yang berbagai. Antara mereka ialah Sayyiduna Ali bin Abi Tholib, Sayyiduna Abdullah ibnu Mas’ud, Sayyiduna Abu Hurairah, Sayyiduna Mu’az ibnu Jabal, Sayyiduna Abu Darda’, Sayyiduna Abdullah ibnu Umar, Sayyiduna Abdullah ibnu Abbas dan beberapa lagi dari kalangan Sahabat radiallãhu ‘anhum.

Walaupun sanad periwayatan dan lafaz matan hadith tersebut berbagai, namun intipatinya tetap satu iaitu menggalakkan penyebaran 40 hadith kepada umat. Antara lafaz hadith tersebut adalah seperti berikut:

(من حفظَ على أُمَّتِي أربعينَ حديثا من أَمرِ دِينِها بعثهُ اللهُ يومَ القيامةِ من زمرةِ الفقَهاءِ والعلماء)

“Barangsiapa yang menjaga (menyebarkan) ke atas umatku 40 hadith daripada urusan agamanya, maka Allah subhãnahu wa ta’ãla akan membangkitkannya di hari kiamat bersama golongan fuqaha’ dan ulama”

Menurut guru mulia Ustaz Hairul Nizam Mat Husain (Timbalan Syeikhul Ruwaq Jawi), perkataan hafizho (menjaga) yang disebutkan hadith membawa maksud nasyara (menyebarkan). Dan penyebaran di sini membawa maksud yang umum. Apa saja bentuk penyebaran adalah termasuk dalam erti kata yang disebutkan hadith.

Tak kisah sama ada kita share di media social atau membacakannya pada orang lain walaupun kita sama sekali tidak menghafalnya, kita tetap akan tergolong dalam golongan yang disebutkan hadith. Ganjaran yang besar boleh diraih dengan usaha yang mudah. Ini adalah rahmat buat kita. Maka dengan sebab itu usaha penyebaran ini berterusan dari zaman ke zaman.

Ada yang menghimpunkan 40 hadith tentang suatu tema yang khusus seperti 40 hadith tentang aqidah, jihad, sifat Nabi, kelebihan ilmu, wanita dan sejuta macam lagi. Di Alam Melayu juga telah wujud usaha mulia ini. Antara yang dihasilkan termasuk “Hadith 40 Tentang Amalan yang Mudah Namun Pahalanya Melimpah Ruah” karangan Ustaz Hairul Nizam Mat Husain, “al-Arba’un al-Jawiyyah” karangan Syeikhul Ruwaq Jawi Ustaz Nazrul Nasir al-Azhari, al-Arba’un al-Banjariyyah (Syeikh Ibrahim Masran al-Banjari dan banyak lagi.

Imam Nawawi pula mengambil tanggungjawab besar untuk menghimpunkan 40 hadith yang paling penting mencakupi semua tapak pembinaan agama Islam. Usaha ini sudah pasti sangatlah sukar. Ini kerana ia melibatkan keahlian ilmu yang jitu dan penelitian yang komprehensif terhadap perihal agama sebelum boleh memetik 42 hadith yang paling penting untuk dijadikan pokok panduan.  Namun beliau dengan keilmuannya adalah orang yang sangat layak.

Dan bukti keberhasilannya, kitab yang menghimpunkan sejumlah 42 hadith karangan beliau menjadi antara yang termasyhur di dunia sejak lebih kurang 700 tahun lalu dan kekal hingga ke hari ini, sehingga ada yang menyangka bahawa kitab hadith 40 karangan beliau adalah satu-satunya kitab hadith 40 yang wujud.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Muhammad Fateh bin Abdul Shukor. Pelajar Usuluddin di Universiti Al-Azhar. Mempercayai ilmu sebagai teras tamadun, bahasa dan penulisan sebagai penghubung.

Comments are closed.