Sebagai peminat dunia animasi Fate, artikel ini adalah suatu keperluan untuk memberikan pengenalan kepada pembaca akan dunia animasi ini yang sentiasa mendapat sambutan hangat dari peminatnya sendiri.

TYPE-MOON adalah sebuah syarikat permainan video yang terkenal dengan penghasilan visual novel dewasa yang popular di seluruh Jepun dan dunia, iaitu Fate/Stay Night. Sebenarnya, novel Fate/Stay Night ini bukanlah projek pembikinan pertama syarikat ini. Ada dua buah visual novel yang pernah dibikin dan mendapat sambutan baik dari kalangan peminat sebelum popularnya novel Fate ini.

Sebelum TYPE-MOON lahir, seorang penulis novel dan artis bernama Nasu Kinoko dan Takeuchi Takashi menerbitkan novel pertama hasil karya mereka berdua iaitu Kara no Kyoukai (The Garden of Sinners) pada bulan Oktober 1998, kemudian mereka menubuhkan sebuah organisasi pembikinan doujin (karya terbitan sendiri) yang bernama Notes pada 1999 sempena karya Nasu terdahulu, juga bernama Notes, novel yang mengisahkan Bumi pada fasa pasca-apokalips. Organisasi Notes kemudian bertukar nama kepada TYPE-MOON untuk tujuan pembaharuan nama atau branding.

Pada Disember 2000, TYPE-MOON menghasilkan visual novel dewasa pertama iaitu Tsukihime, kisah mengenai lelaki protagonis bernama Shiki Tohno yang mampu melihat ajal seseorang. Jualan visual novel ini amat memberangsangkan sehingga ramai peminatnya kerana keunikan Nasu dalam membina penceritaan tentang wanita Pontianak bernama Arcueid.

Dari visual novel inilah, jualan barang berkenaan Tsukihime amat laku dan seramai berjuta-juta peminat bertaburan di seluruh dunia. Kemudian, Tsukihime diadaptasi dalam bentuk anime pada 2003 dan manga pada 2004.

Pada Disember 2002, TYPE-MOON berkolaborasi dengan syarikat pembikinan permainan vdeo French-Bread dan menghasilkan permainan video dalam bentuk fighting mode iaitu Melty Blood. Permainan video ini sebenarnya visual novel Tsukihime tapi ada unsur fighting mode. Melty Blood mendapat sambutan hangat dan antara doujin 2D terbaik yang menerapkan unusr fighting mode. Seterusnya Melty Blood berkembang dengan penghasilan permainan video arcade.

TYPE-MOON kemudian berubah dari doujin organisasi kepada syarikat kormesial pembikinan permainan video dan pada 30 Januari 2004, mereka keluarkan visual novel dewasa seterusnya, Fate/Stay Night yang tidak terjangka mendapat jualan tertinggi setelah hari pertama pengeluaran. Fate/Stay Night adalah visual novel dewasa mengenai seorang remaja lelaki protagonis bernama Emiya Shirou terlibat dalam Holy Grail War apabila secara tak sengaja menyeru roh bernama Saber sebagai penjaganya.

Atas kepopulariti visual novel ini, ia mendapat adaptasi ke dalam bentuk anime di mana 24 episod telah disiarkan pada 6 Januari 2006. Fate/Stay Night juga diadaptasi dalam bentuk manga dan disiarkan pada 26 Disember 2005 oleh majalah Shonen Ace. Visual novel ini kemudian mempunyai sekuel bernama Fate/Hollow Ataraxia yang dikeluarkan pada 28 Oktober 2005 dan juga dikeluarkan dalam betuk PS2 pada bulan Mei 2007.

Bertahun-tahun sejak kewujudan Fate/Stay Night, selepas anime Fate/Stay Night disiarkan pada 7 Januari 2006, Fate bersiri menjadi popular dan peminat Fate bertaburan di seluruh dunia. Maka, TYPE-MOON menghasilkan lagi pelbagai permainan video, visual novel, dan anime seperti Fate/Unlimited Blade Works, Fate/Zero, dan Fate/Apocrypha bagi popularkan lagi dunia animasi Fate.

Pada 2015, permainan video mobile bernama Fate/Grand Order dihasilkan oleh syarikat Delightworks, diterbitkan oleh syarikat Aniplex dan dilesenkan penghasilannya oleh TYPE-MOON. Fate/Grand Order adalah permainan video mobile berunsur RPG (Role-Playing Game) dan ada konsep ‘gacha’ iaitu pemain membuat ‘putaran’ secara rambang untuk memiliki beberapa item yang permain mahukan. Tapi permainan video mobile ini memerlukan wang jika pemain ingin memiliki item yang jarang dimiliki.

Fate/Grand Order mempunyai penceritaan yang kukuh pengisiannya: seorang protagonis bernama Fujimura Ritsuka menjadi ‘Master’ terakhir dalam organisasi keselamatan bernama Chaldea, menyelamatkan dunia dengan mengekalkan sejarah dari diancam musuh, dibantu bersama watak wanita bernama Mash Kyrielight dan Servant’ yang sentiasa bersama Fujimura.

Seramai 240+ karakter ‘Servant’ boleh dimainkan dalam perlawanan sepanjang permainan berlangsung. Selepas Jepun keluarkan permainan video ini, pelayan China dihasilkan pada 2016, pelayan USA dan Korea pada 2017. Dari mula pengeluaran game mobile ini, ia mendapat sambutan hangat sehingga keluarnya anime Fate/Grand Order seperti First Order dan Absolute Demonic Front – Babylonia.

Pada 26 Julai 2018, Fate/Grand Order arcade dikeluarkan oleh SEGA, hanya terdapat di pasaran Jepun. Tahun 2017, Fate/Grand Order memperoleh pendapatan kasar sebanyak $982 juta di seluruh dunia, menjadikan ia permainan video mobile keenam yang mempunyai pendapatan kasar tertinggi dunia.

Sekarang selain Fate/Grand Order, filem bernama Fate/Heaven’s Feel diterbit oleh syarikat Ufotable mendapat sambutan hangat dari kalangan peminat dunia Fate. Fate/Heaven’s Feel adalah filem berpaksikan dari Fate/Stay Night tapi penceritaan berubah dan fokus kepada watak wanita bernama Sakura, walaupun watak protagonis masih Emiya Shirou. Filem ini mempunyai 3 bahagian dan bahagian ketiga filem bakal ditayangkan pada 15 Ogos 2020.

RUJUKAN:
TYPE-MOON Wiki. Retrieved from 13 July 2020. https://typemoon.fandom.com/wiki/TYPE-MOON


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.