Kita kenal apa itu sperma. Seluruh hidupan di dunia ini mempunyai sel pensenyawaan untuk melahirkan generasi seterusnya. Untuk melengkapkan kelahiran ini, sel lelaki bernama sperma harus berenang begitu jauh untuk menemui dan bercantum dengan sel telur yang hadir dalam rahim wanita.

Ekor sperma perlu berayun untuk menggerakkan cecair semen yang meliputi sperma ke hadapan. Lebih 50 juta sperma berenang, hanya satu saja berjaya tiba dan bercantum dengan sel telur. seterusnya melahirkan manusia.

Sperma pertama kali ditemui pada tahun 1677 namun para saintis mengambil masa selama 200 tahun untuk memahami sepenuhnya pembentukan manusia hasil gabungan sel sperma dan telur.

Dahulu, kumpulan pengkaji bernama ‘prefromationists’ percaya bahawa sperma adalah versi manusia lebih kecil. Pendek kata, homunculus. Telur pula dipercayai adalah tempat khas untuk sperma membesar.

Namun begitu, kepercayaan ini terbatal saat penemuan terbaru mengenai pembentukan manusia pada 1700-an. Saintis temui bahawa sperma memainkan peranan sebagai pembawa gen lelaki untuk satukan dengan telur yang membawa gen wanita.

BAGAIMANA SPERMA BERENANG?

Pada abad ke-17 Masihi, saintis teknologi bernama Antonie van Leeuwenhoek telah mencipta mikroskop pertama dunia. Beliau menggunakan gelas kaca yang lebur dan menggiling serta gilapkan kaca tersebut untuk menghasilkan lensa yang mampu membesarkan objek. Hasilnya, lensa tersebut boleh membesarkan objek sebanyak 270 kali pembesaran.

Maka, Leeuwenhoek berjaya menembusi dunia mikroskopik, mampu melihat bakteria menggunakan lensanya, termasuklah sperma. Apabila beliau mengkaji sperma, beliau menerangkan sperma itu adalah ‘hidupan haiwan mikroskopik’ yang menggerakkan ekornya apabila berenang, seperti belut berenang di dalam air.

Dari penerangan beliau-lah kita percaya bahawa sperma berenang seperti belut atau berudu sehingga sekarang. Apabila menggunakan mikroskop moden untuk mengkaji sperma, pemerhatian tetap sama: sperma berenang dengan ekornya berayun sebelah-menyebelah.

Sehinggalah kini, kajian terbaru mengenai sperma menentang kepercayaan kita membayangkan cara gerakan sperma.

SPERMA BERPUTAR SEPERTI GERUDI

Pengkaji dari Mexico dan United Kingdom (UK) menghasilkan secara kiraan matematik akan pergerakan ekor sperma dalam bentuk 3D, menggunakan teknologi mikroskop 3D.

Namun begitu ekor sperma seperti tali yang begitu halus bergerak sebanyak 20 kali kurang sesaat. Maka, mereka perlukan kamera yang mampu menangkap gambar ekor sperma itu. Hasilnya, sebanyak 55,000 keping gambar ekor sperma ditangkap dalam sesaat. Kemudian gambar tersebut diimbas untuk membentuk gerakan sperma 3D.

Setalah terhasilnya sperma 3D, mereka menemui gerakan ekor sperma bukanlah seperti apa mereka bayangkan. Ekornya berputar dan membentuk sebuah gerakan berpusing. Ini menunjukkan sperma begitu beradaptasi dalam keadaan yang memerlukan kepantasan: berenang dengan berpusing seperti gerudi.

Berikut adalah video gerakan sperma dalam bentuk 3D: https://youtu.be/FsVUT3rfwMY

Kepala sperma juga turut berputar saat ekor berenang sebegitu. Sperma ‘menggerudi’ dalam cecair semen dengan memutarkan seluruh ekor dan kepala, sehinggalah tiba ke sel telur.

Dengan keputusan kajian inilah, kita mengetahui bahawa kepercayaan sperma berenang seperti belut adalah salah. Pengiraan matematik dan penggunaan teknologi 3D telah membuktikan bahawa kita mampu mengenali lebih dekat akan ciri-ciri sperma yang belum kita ketahui lagi.

Kini, saintis mampu membongkar kerahsiaan pembentukan manusia dengan hanya menggunakan teknologi mikroskopik 3D. Dalam masa yang sama, mereka mudah mengkajim tentang sperma yang tidak sihat dan mencari cara meningkatkan kesuburan lelaki.

RUJUKAN:

Gadelha. H (5 August 2020). We Thought We Knew How Sperm Swam, But It Was Just an Optical Illusion. The Conversation. Published by Science Alert.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.