Hari Tarwiyyah merupakan hari ke 8 dari bulan Dzulhijjah yang kebiasaannya orang-orang yang berhaji akan bersiap-siap untuk acara kemuncak haji,iaitu wuquf di ‘Arafah pada keesokan harinya.

Kebiasaannya mereka yang berhaji Tamattu’ akan mulai berihram, sedangkan yang berhaji Qiran dan Ifrad masih lagi kekal dalam Ihram mereka.

Kemudiannya para hujjaj akan bergerak dan mabit (bermalam) di Mina,sebagai melaksanakan sunnah Rasulullah ﷺ sebelum ke ‘Arafah keesokan harinya.

Pada hari ini juga, kebiasaannya para hujjaj akan mencari bekalan air untuk dibawa ke Mina dan Arafah,perbuatan disebut sebagai يَرْوُونَ (‘Yarwun’ )yang menjadi sebab penamaan hari ini sebagai ‘Tarwiyyah’,sebagaimana yang dinukilkan oleh ‘Allamah Al Babariti رحمة الله عليه di dalam Al-‘Inayah Syarh Al Hidayah.

Dan dikatakan juga, sebagaimana dinukilkan oleh ‘Allamah Al-‘Aini رحمة الله عليه di dalam Al Binayah Syarh Al Hidayah, Tarwiyyah merupakan hari dimana Sayyiduna Nabi Ibrahim Al Khalil على نبينا و عليه السلام merenungi mimpinya yang merupakan perintah untuk menyembelih putera Baginda,sebelum perintah ini disempurnakan pada 10 Dzulhijjah,yang menjadi titik mula pensyariatan Qurban sehinggalah ke zaman Sayyiduna Nabi Muhammad ﷺ.

Puasa pada hari Tarwiyyah disunatkan menurut sebahagian ulama’ berdasarkan hadith;

صوم يَوْمِ التَّرْوِيَةِ كَفَّارَةُ سَنَةٍ، وَصَوْمُ يَوْمِ عَرفَةَ كَفَّارَةُ سَنَتَيْنِ

Puasa pada hari Tarwiyyah menghapuskan dosa setahun,manakala puasa ‘Arafah menghapuskan dosa 2 tahun.

Meskipun ada perselisihan ulama’ tentang status hadith di atas, ia dikuatkan dengan dalil umum iaitu hadith berikut;
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْء

“Tidaklah ada hari yang mana amal soleh dilakukan padanya lebih dicintai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (awal Zulhijjah).” Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Tidak juga berjihad di jalan Allah? Baginda ﷺ bersabda: “Tidak juga (sama pahalanya dengan seseorang yang) berjihad di jalan Allah melainkan seseorang itu keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak kembali (syahid) dengan membawa sesuatu pun.”

و الله أعلم.

Rujukan: Dar Ifta’ Mesir


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Orang Pekan atau nama sebenarnya Mohammad Faeez Harith bin Khairil Anuar merupakan seorang pendakwah bebas yang memegang Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor. Beliau juga merupakan jurulatih kecergasan sepenuh masa di Clark Hatch Fitness, One World Hotel, Bandar Utama Petaling Jaya. Follow Twitter beliau di: https://twitter.com/H_Bakkaniy

Comments are closed.