Hari ‘Arafah merupakan hari ke 9 dari bulan Dzulhijjah yang disyariatkan padanya ibadah Wuquf di Padang ‘Arafah yang menjadi kemuncak ibadah haji. Bagi mereka yang tidak berhaji, disunatkan berpuasa pada hari ini.

Al Imam Ath-Tha’labi رحمة الله عليه meriwayatkan di dalam tafsirnya;

“Para ulama berkhilaf tentang penamaan hari ‘Arafah yang berwuquf manusia padanya di padang ‘Arafah;

Pendapat Pertama;

Berkata Imam Ad-Dahhak رحمة الله عليه:

Sesungguhnya Sayyiduna Adam على نبينا و عليه السلام apabila diturunkan ke bumi,Baginda terhantar ke benua India, sementara Sayyidah Hawa’ على نبينا و عليها السلام terhantar ke Jeddah maka apabila keduanya saling ingin menemukan satu sama dengan yang lain maka bertemu keduanya di ‘Arafah, pada hari ‘Arafah maka sejak itu kedua tempat dan hari itu dinamakan ‘Arafah.

Pendapat Kedua;

Berkata Imam As-Suddi رحمة الله عليه:

Tempat ini dinamakan ‘Arafah kerana Sayyidah Hajar على نبينا و عليها السلام ketika ia mengandungkan Sayyiduna Isma’il على نبينا و عليه السلام maka Sayyidah Sarah telah mengeluarkan dia dari rumahnya, sedangkan ketika itu Sayyiduna Ibrahim على نبينا و عليه السلام tidak berada di rumah.

Sekembalinya Baginda, Sayyidah Sarah menceritakan tentang perbuatannya maka berangkatlah Sayyiduna Ibrahim على نبينا و عليه السلام mencari keduanya dan ditemukan keduanya di ‘Arafah,maka dinamakan tempat itu ‘Arafah kerana Baginda mendapat tahu akan keberadaan keduanya di sana.

Pendapat Ketiga:

Daripada Imam Ata’ رحمة الله عليه:/

Ia dinamakan ‘Arafah kerana Sayyiduna Jibril على نبينا و عليه السلام mengajarkan manasik Haji kepada Sayyiduna Ibrahim على نبينا و عليه السلام ,lalu ia bertanya; “Sudahkah engkau mengetahuinya sekarang?”

Maka Baginda menjawab: “Ya,aku mengetahuinya sekarang ” Jadi dengan sebab itu dinamakan ‘Arafah

Pendapat Keempat:

Daripada Imam Sa’id Ibn Musayyib/Musayyab رحمة الله عليه :
Allah telah mengutuskan Sayyiduna Jibril على نبينا و عليه السلام kepada Sayyiduna Ibrahim على نبينا و عليه السلام maka berhaji ia bersama Baginda,maka apabila sampai di ‘Arafah maka Baginda mengatakan ;”Aku telah mengetahuinya” kerana Sayyiduna Jibril telahpun datang pada tahun sebelumnya.

Pendapat Kelima:

Telah meriwayatkan Sayyiduna Abu Tufail رضي الله عنه daripada Sayyiduna Ibn ‘Abbas رضي الله عنهما و سلام الله عليهما :
Ia dinamai ‘Arafah kerana Sayyiduna Jibril على نبينا و عليه السلام telah menunjukkan tempat sekian-sekian untuk manasik hajinya maka Baginda menjawab : “Aku mengetahuinya,aku mengetahuinya”

Pendapat Keenam:

Sebahagian pelajar meriwayatkan dari Imam Al-Suddi:

Apabila Sayyiduna Ibrahim على نبينا و عليه السلام menyerukan panggilan haji kepada manusia seluruhnya maka seluruh manusia memenuhi seruan Baginda dengan laungan Talbiyah.Maka Allah mewahyukan kepada Baginda agar keluar ke ‘Arafah.

Lalu sepanjang perjalanan Baginda terserempak dengan Iblis lalu merejamnya dengan 7 biji batu dengan bertakbir pada setiap kali rejaman, sehingga pada pertemuan kali ketiga baharulah Iblis tadi menghilang dari jalanan,maka Baginda pun berhentilah di ‘Arafah seraya berkata ; “Aku mengetahuinya” yakni Baginda mengetahui bahawa di situlah tempat di mana Allah memerintahkan Baginda berdiam padanya.

Juga dikatakan pada hari kesembilan ini jugalah Baginda mengetahui bahawa mimpinya untuk menyembelih puteranya adalah benar,setelah ia merenung-renung mimpinya pada hari Tarwiyyah,maka dengan sebab itu dinamakan ‘Arafah.

Pendapat Ketujuh:

Dan berkata pula sebahagian ulama’ yang lainnya;

Ia dinamakan ‘Arafah kerana pada hari itu manusia sekaliannya mengetahui serta memperakui dosa-dosa mereka maka disitulah dijadikan tempat untuk memperakui dosa-dosa yang pada asalnya disanalah Sayyiduna Adam على نبينا و عليه السلام mengakui kesalahan Baginda dan diterima pula taubat Baginda setelah Baginda lama berdiam diri di sana seraya memohon ampun dengan doanya;

رَبَّنا ظَلَمْنا أَنْفُسَنا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنا وَتَرْحَمْنا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخاسِرِينَ.

Wahai Tuhan kami,telah menzalimi kami akan diri kami dan sekiranya tiada Engkau memberi ampun akan kami dan memberi rahmat atas kami nescaya akan menjadilah kami dari kalangan orang yang merugi.

و الله أعلم.

Diolah dari laman:

https://majles.alukah.net/t121974/

(Nota: Laman ini merupakan laman milik Salafi tetapi mereka agak mu’tadil dalam menaqal pendapat ulama’ mutaqaddimin dan ashab madzahib)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Orang Pekan atau nama sebenarnya Mohammad Faeez Harith bin Khairil Anuar merupakan seorang pendakwah bebas yang memegang Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor. Beliau juga merupakan jurulatih kecergasan sepenuh masa di Clark Hatch Fitness, One World Hotel, Bandar Utama Petaling Jaya. Follow Twitter beliau di: https://twitter.com/H_Bakkaniy

Comments are closed.