Saya teringat satu kata-kata daripada seorang pengkaji yang berasal dari Perancis kepada saya.
.
Dia mengatakan bahawa orang melayu tak suka simpan barang-barang lama. Berbeza pula dengan orang perancis yang suka menyimpan barang-barang lama. Begitu lah lebih kurang mafhumnya.
.
Pada awalnya saya sukar untuk mempercayai kata-kata ini kerana saya sendiri sangat suka pada barang lama yang ada sejarahnya. Ada kawan-kawan yang saya kenal juga suka menyimpan dan menjaga barang-barang lama yang bersejarah.
.
Lama kelamaan apabila melihat, berfikir dan menanggapi permasalahan identiti Bangsa Melayu ini, saya lihat ada betulnya juga kata-kata pengkaji Perancis tersebut.
.
.
Buktinya:
.
1. Kapal lama di Sungai Batu masih belum terangkat.
.
2. Pembinaan replika Mendam Berahi dah bertahun-tahun tak kelihatan.
.
3. Model replika Istana Kesultanan Melayu Melaka yang kecil macam rumah orang kampung saja.
.
4. Replika Flor De Lamar masih terpacak besar di Melaka.
.
5. Tiada usaha pemeliharaan yang berterusan untuk mengekalkan tradisi pembuatan Perahu Tradisional Terengganu.
.
6. Tiada pembinaan model sebenar Jong, Lancang dan perahu-perahu melayu yang lain.
.
7. Keris, badik dan senjata tradisi melayu yang lain hanya menjadi simpanan sebilangan kecil kolektor sahaja.
.
8. Tulisan jawi yang semakin dilupakan dan tidak digunakan.
.
9. Busana melayu yang hanya digayakan oleh beberapa aktivis tertentu sahaja dan kelihatan pelik di mata masarakat.
.
10. Beberapa tapak bersejarah yang terbengkalai dan tidak dijaga dengan baik.
.
11. Rumah tradisional melayu sudah tiada tempat di hati masyarakat.
.
12. Budaya dan adat melayu (bersendikan syarak) yang sepatutnya diasuh di dalam institusi kekeluargaan semakin terhakis.
.
13. Tanah rezab Melayu banyak yang sudah tergadai.
.
14. Kerajaan tidak bersungguh-sungguh menjaga semua perkara di atas.
.
.
Ingat asal usul diri bukan hanya pada pena dan lembaran kertas tetapi juga pada hati dan seluruh deria rasa.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih