Seperti yang kita ketahui, merkantilisme adalah satu sistem ekonomi yang sudah lupus dan digantikan dengan sistem kapitalisme. China ialah sebuah negara yang suatu ketika dahulu mempunyai tamadun yang sangat terkenal dengan merkantilisme di mana modal perdagangan lebih tertumpu kepada sumber yang terdapat dalam negara dengan meningkatkan jumlah eksport berbanding import.
Tamadun China telah berjaya menjadi kuasa dan pusat perdagangan dunia. Tamadun China telah berjaya berkembang dengan hasil penciptaan barangan yang mampu menjana sistem ekonomi mereka. Antara barang yang dicipta oleh Tamadun China ialah kertas, serbuk letupan, kereta sorong, sutera, tembikar dan seramik.
Kewujudan pembuatan sutera juga telah menaikkan nama laluan perdagangan terkenal iatu jalan sutera. Jalan Sutera akhirnya menembusi wilayah Mediterranean, Afrika,Timur Tengah dan juga Eropah. Antara Dinasti China yang masyhur dengan perdagangan ialah Dinasti Han, Dinasti Tang, Dinasti Liang, Dinasti Yuan dan Dinasti Ming.
Lazimnya, Tamadun China sangat terkenal dengan sikap diplomasi melalui perdagangan dan tidak terlalu menfokuskan sebarang bentuk penjahahan seperti kebanyakan Tamadun Barat. Pada era globalisasi ini, semangat Neo-Merkantilisme cuba diterapkan kembali oleh pemimpin negara China lebih-lebih lagi bermula pada era Deng Xiaoping.
Walaupun China sebuah negara yang berideolgikan komunis, namun Deng Xiaoping telah mentransformasikan ekonomi China ke arah lebih terbuka dan kapitalisme. Polisi Neo-Merkantilimse kini diteruskan oleh Presiden Xi Jinping.Memetik ucapan Deng Xiaoping mengenai transformasi ekonomi yang telah dilakukan oleh China.
“Tidak menjadi masalah samada kucing itu hitam atau putih selagi kucing itu mampu menangkap tikus”. Ia jelas bermaksud China lebih mementingkan keuntungan untuk Negara China berbanding mempertahankan sistem komunisme di dalam ekonomi. Maka tidak hairanlah ekonomi telah berkembang pesat dari berpaksikan sektor pertanian ketika era Presiden Mao Zedong kepada sektor yang berlandaskan perindustrian dan juga teknologi.
Antara stratergi Neo-Merkantilisme oleh Negara China di era globalisasi ini adalah dengan memupuk semangat nationalisme, patriotisme, menfokuskan bidang teknologi, meningkatkan sumber emas, meningkatkan pelaburan asing, dan China juga ingin memastikan penguasaan matawang Yuan melalui tariff eksport dan import kepada produk buatan China.
China amat menekankan polisi protektionisme. Protektionisme adalah satu elemen yang sangat penting di dalam teori merkantilisme. China sekarang amat melindungi hasil pengeluaran dan produk yang dihasilkan dari negara mereka sendiri. Jika dahulu banyak syarikat dari negara-negara asing seperti Amerika Syarikat dan Jerman membuka kilang-kilang pembuatan mereka di China kerana upah kerja manusia yang murah serta jumlah sumber manusia yang besar, kini China mampu berdiri sendiri tanpa terlalu mengharapkan kemasukan syarikat asing di dalam negara mereka.
Malahan syarikat China kini mampu menebusi pasaran luar dan juga membuka kilang mereka di negara luar terutama di Asia dan Afrika. Lebih mengejutkan terdapat beberapa syarikat dari Negara China yang mampu membuka rangkaian kilang milik mereka di Amerika Syarikat. Anda boleh menonton realiti yang berlaku ini di siri Netflix yang bertajuk “American Factory”.
Siri tersebut mengisahkan bagaimana syarikat China yang bernama Fuyao Glass Int. berjaya membuka kilang mereka di Moraine, USA mengantikan kilang milik Amerika iatu General Motors Plant. Syarikat tersebut telah mengambil para pekerja mereka dari kalangan warga Amerika Syarikat untuk memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Amerika lebih-lebih lagi kepada mereka yang pernah bekerja dengan syarikat milik Amerika Syarikat yang telah ditutup sebelum ini.
Ini menunjukkan satu senario yang jarang berlaku tatkala kebiasaanya warga China yang berkerja di kilang milik Amerika Syarikat di bumi China. Maka berlakulah bertembungan budaya antara sikap pekerja dan budaya kerja yang berbeza di antara pekerja China dan pekerja Amerika Syarikat di Fuyao Glass Int. Siri Netflix tersebut telah merangkul “Academy Award” sebagai dokumentari terbaik di Anugerah Oscar 2020.
KEBANGKITAN PATRIOTISME DAN NASIONALISME
Menarik untuk dibincangkan mengenai semangat patriotisme mahupun nationalisme yang cuba diterapkan oleh kerajaan China kepada rakyat mereka di dalam era globalisasi ini. Identiti nasionalisme ini menjadi akar kepada keagungan Tamadun China suatu ketika dahulu.
Sememangnya semangat nasionalisme ini telah berjaya dieksploitasi oleh pemimpin -pemimpin China untuk mempengaruhi pemikiran rakyat China. Lihat sahaja bagaimana Mao Zedong menggunakan nationalisme untuk menjayakan Revolusi Budaya dan Kemaraan Raksasa (Great Leap Foward) ketika masa pemerintahan beliau walaupun kesan Revolusi itu memberi kesan yang buruk kepada rakyat mereka.
Seterusnya kita juga dapat melihat kesan nationalisme ketika era Deng Xiaoping yang telah memperkenalkan “Dasar Buka Pintu” ketika tahun 1979. Dasar tersebut telah berjaya menyatukan rakyat China untuk sama-sama memajukan hasrat pemimpin mereka menjadikan China sebagai kuasa ekonomi yang baru. Akhirnya rakyat China lebih terdedah kepada sistem ekonomi Barat dan demokrasi.
Walaupun transformasi yang dibawa oleh Deng Xiaoping telah membawa kepada masalah yang lain seperti korupsi dan jurang kemiskinan yang tinggi antara penduduk di bandar dan penduduk di kawasan luar bandar, namun beliau berjaya menutup kelemahan domestik negara tersebut dengan propaganda bahawa Parti Komunis adalah pelindung kepada masalah rakyat serta kedaulatan China.
China telah menutup kelemahan negara mereka dengan semangat nasionalisme yang dinaungi oleh parti komunis mereka. Pemimpin mereka menyatakan sistem satu parti mereka adalah yang terbaik untuk menyatukan rakyat berbanding demokrasi yang diamalkan oleh negara Barat. Pemimpin mereka menyatakan budaya barat mampu memecahkan sistem dan identiti China sebagai sebuah tamadun yang hebat.
Maka, China harus membentuk sistem ekonomi mengikut acuan mereka dan hasil kemodenan mereka adalah daripada semangat identiti mereka sendiri. Presiden Xi Jinping terus komited menjayakan usaha Neo-Merkantilisme melalui semangat nasionalisme dengan melancarkan polisi “Dream China” pada tahun 2012.
Polisi tersebut menyasarkan penyatuan rakyat China melalui identi di bawah naungan parti komunis China di dalam memperjuangkan semangat kebangsaan, bebas dari cengkaman negara asing serta penguasaan ekonomi. Tindakan agresif China terhadap tuntutan Laut China Selatan dan campur tangan China di dalam undang-undang Hong Kong mungkin boleh difahami dengan semangat ini dimana di dalam kedua-dua isu negara Barat terutama Amerika Syarikat sangat menentang penguasaan China.
Negara China sekarang, juga, lebih menekankan semangat protektionisme. China telah berusaha untuk mengimbangi keuntungan mereka di dalam perdagangan dunia. Situasi inilah yang menyebabkan Presiden Amerika, Donald J.Trump gusar lantas mengelar China sebagai pakar memanipulasi matawang. Ini disebabkan sekarang China telah mengubah polisi mereka terhadap syarikat asing.
Mereka telah memberi banyak kelebihan kepada syarikat China berbanding syarikat asing yang mempunyai kilang di China. Syarikat China diberikan geran tanah dan subsidi untuk sewaan. Syarikat China diberikan kelonggoran untuk pinjaman bank dan syarikat China hanya dikenakan cukai khas yang belainan berbanding syarikat asing. Situasi tersebut amat berkait rapat dengan usaha China untuk mengurangkan memindahan teknologi kepada syarikat asing dan cuba menandingi teknologi negara-negara maju yang lain.
Pencapaian China di dalam bidang teknologi pada era globalisasi ini amat menakjubkan dengan pengusaan China di dalam pasaran telekomunikasi. Syarikat telekomunikasi China telah menguasai pasaran dunia seperti Huawei, Oppo, Xioami dan Vivo. Malah jualan Huawei mampu mencabar jenama Apple milik Amerika Syarikat.
Kemampuan China untuk membangunkan teknologi 5G juga turut membimbangkan Amerika Syarikat sehingga Amerika Syarikat turut membawa Huawei yang merupakan syarikat gergasi telekomunikasi China ke kancah “Perang Dagang” antara China dan Amerika Syarikat yang masih berlangsung sehingga kini.
JALAN SUTERA BARU (ONE BELT ONE ROAD)
China juga membagunkan impian Neo-Merkantilisme mereka melalui cita-cita “One Belt, One Road Policy”. China masih berbangga dengan kejayaan Tamadun China mereka untuk menwujudkan satu jalur penguasaan pengaruh China terutama dari segi ekonomi. Pembukaan jalan sutera ketika dahulu telah berjaya memacu kegemilangan Tamadun China.
Presiden Xi Jinping memfokuskan pembukaan laluan pengaruh China yang baru melalui penguasaan mereka samada di laluan laut mahupun darat. China mempunyai impian untuk menguasai laluan di Laut China Selatan dan juga lautan Hindi. China giat menawarkan projek insfrastruktur di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia melalui Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), di Indonesia dengan Projek Keretapi Laju Jakarta-Bandung.
China juga menawarkan kerjasama teknologi pertanian dengan negara Thailand untuk menghadapi Revolusi Industri 4.0. China juga telah membina banyak infrastruktur di negara-negara Afrika seperti Djibouti, Ethopia, Nigeria, Zambia dan Angola. China sekarang telah berusaha untuk menguasai lautan Hindi dengan pengusaan mereka di Pelabuhan Gwadar, Pakistan bagi memudahkan China mengesport sumber tenaga dari negara-negara Timur Tengah.
RUJUKAN
Anja Manuel (2016) This Brave New World: India, China and The United States. Simon Schuster.
Diana S.Kwan, Fu-Lai Tony Yu (2019) Contemporary Issues in International Political Economy. Palgrave Macmillan.
Artikel dikirimkan oleh Ashraf Hadi untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih