Persepsi Amerika Syarikat sebagai pemegang sepanduk kemajuan telah runtuh dengan kedatangan koronavirus. Dalam hanya enam bulan, 3.4 juta orang telah disahkan positif dimana 3.7 peratus menjadi m4ngsa k0rb4n.

Dan punca penularan ini sebahagiannya diletakkan terhadap kegagalan dari segi pemusatan kuasa. Maka mulai 15 Julai 2020 semua maklumat hospital mengenai koronavirus akan dihantarkan terus kepada White House, bukan lagi Pusat Kawalan Peny4kit (Stolberg, 2020) iaitu CDC.

Pendekatan ini dikhuatiri akan menyebabkan masalah ini dipolitikkan, ataupun sebarang maklumat disembunyikan daripada pihak awam (Acosta & Cole, 2020).

Dengan Donald Trump merangkul lebihan kuasa untuk mendekati solusi koronavirus, perkara ini dikatakan boleh mengundang masalah.

Salah satu puncanya ialah Trump kerap bercanggahan dengan kenyataannya sendiri. Asalnya cakap lain; kemudian tukar cerita.

Contohnya Trump pernah mengatakan bahawa suntikan pembvnuh kuman (seperti Clorox) boleh membvnuh virus (Higgins, 2020).

Selepas dibidas, Trump memutar kata dengan hujah beliau sekadar berlaku sinis (pada masa kr1s1s).

Banyak lagi telah berlaku yang memendapkan pengaruh kuasa pusat dalam pengendalian koronavirus ini.

Kes meningkat tanpa henti dengan negeri-negeri Amerika Syarikat seolah-olah bersaingan pula. Dalam Texas sahaja, sudah 264,313 disahkan positif yang 10,405 masih di hospital.

Meskipun dengan angka yang besar, banyak sekolah-sekolah Texas sedang bersiap siaga untuk dibuka semula pada Ogos 2020.

Maka para guru dan ibu bapa telah melontarkan pendapat-pendapat mereka, yang rata-ratanya berbaurkan kecewa.

Lebih mengeruhkan lagi, guru-guru di Texas didapati sedang mengemaskinikan wasiat masing-masing andainya perkara buruk berlaku (Martin, 2020).

Malah ada yang mendapatkan kuasa guaman untuk mengukuhkan pampasan perubatan. Insurans nyawa pun bagi mana yang boleh keluarkan telah digeled4h habis.

Ketidakpuasan hati ini berpunca daripada pengumuman Pesuruhjaya Pendidikan Texas.

Mike Morath mengatakan bahawa untuk terus menerima dana negeri, persekolahan awam perlu dibuka semula dengan program pendidikan fizikal (bukan lagi secara maya).

Tertakluk kepada situasi jika Gabenor Greg Abbott (GOP) meluluskan penutupan baru angkara koronavirus.

Maka demi duit kerajaan, kesihatan para pelajar boleh saja diperkotak-katikkan.

Seorang guru bernama Tania Andrews membuat ciapan di Twitter terhadap Mike Morath dan Gabenor Abbott:

Kenapa kamu semua boleh bekerja dari rumah tetapi kamu sanggup memb4hayakan nyawa para guru, pentadbir, kerani, kaunselor, penjaga dan pekerja kafeteria? Jika kelas fizikal MESTI dibuat, kamu berdua patut menyertai kami di dalam bangunan.”

Dalam situasi dimana anc4man masih lagi belum diselesaikan, guru-guru mustahil boleh melancarkan m0gok.

Himpunan keramaian saja boleh mengundang j4ngkitan secara berleluasa. Dan ia bercanggahan dengan lumrah semulajadi dalam usaha pemutusan rantaian koronavirus.

Terdapat juga guru yang rela meletakkan jawatan seperti Michelle Shah dan Meghan Hokom.

Kedua-dua contoh ini bekerja di Daerah Persekolahan Swasta Houston, tetapi sanggup menghentikan karier mereka atas masalah kesihatan diri dan demi keselamatan keluarga.

Shah dan Hokom mempunyai asma teruk, yang mana Hokom pernah menjalani pemindahan jantung.

Koronavirus telah menjadi medan dimana Trump sepatutnya berprestasi dengan megah. CDC bekerja 24 jam sehari setiap minggu dengan bajet AS$6.594 bilion.

Pengalaman dan pengstrukturan organisasi ini cukup ampuh untuk membendung koronavirus. Namun Trump telah memintas aliran ke arah CDC dengan haluan baharu ke White House.

Dan sekarang ini koronavirus juga menjadi medan membuktikan jurang pemahaman antara Democrat dan Republican berkaitan isu kesihatan.

RUJUKAN:

Acosta, J., & Cole, D. (2020, Julai 15). Coronavirus hospital data will now be sent to Trump administration instead of CDC. CNN Politics. Retrieved from https://edition.cnn.com/2020/07/14/politics/trump-administration-coronavirus-hospital-data-cdc/index.html

Higgins, T. (2020, April 24). Trump tries to walk back speculation about injecting disinfectants to fight coronavirus, claims he was being sarcastic. CNBC. Retrieved from https://www.cnbc.com/2020/04/24/coronavirus-trump-tries-to-walk-back-disinfectant-suggestion-claims-sarcasm.html

Martin, J. (2020, Julai 13). Texas teachers writing their wills as state promises to open schools in Fall. Newsweek. Retrieved from https://www.newsweek.com/texas-teachers-writing-their-wills-state-promises-open-schools-fall-1517493?

Stolberg, S.G. (2020, Julai 14). Trump administration strips C.D.C. of control of coronavirus data. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2020/07/14/us/politics/trump-cdc-coronavirus.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.