Kit Siang sememangnya seorang figura yang tidak asing lagi di dalam politik Malaysia sejak 60an. Keluarganya berasal dari Wilayah Zhangzhou, China dan berketurunan Yunnan. Beliau dilahirkan pada 20 Februari 1941. Terdapat beberapa percanggahan di mana beliau dilahirkan. Ada yang mengatakan beliau dilahirkan di China manakala sesetengah pendapat lagi mengatakan beliau dilahirkan di Batu pahat, Johor.
Kit Siang mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah cina tempatan di Batu Pahat. Kemudian, Kit Siang mendapat pendidikan formalnya di Sekolah Menegah Inggeris Batu Pahat. Setelah tamat persekolahannya, Kit Siang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah di Senai pada Jun 1959. Kemudian, beliau bekerja di dalam bidang kewartawanan di New Strait Times dan Radio Singapore dari 1961 hingga 1965.
Pada tahun 1966, beliau menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam bidang politik lalu menyertai DAP dan beliau dilantik sebagai Setiausaha Organisasi Kebangsaan dan Editor organ Parti, The Rocket, dari tahun 1966-1969.
Kit Siang kemudian bertanding dan menang sebagai calon di kerusi Parlimen Bandar Melaka semasa Pilihanraya Umum 1969. Ketika rusuh4n 13 Mei melanda, Kit Siang dikatakan berada di Sabah dan berkempen di sana.
Beliau mengecam tindakan kerajaan negeri Sabah yang dipimpin oleh Tun Datu Mustapha sebagai kerajaan autokratik. Sekembalinya beliau ke Semenanjung tanah air, beliau ditahan di bawah ISA kerana dituduh menghasut dan ditahan selama 62 hari. Kit Siang kemudian dibebaskan 17 bulan kemudian dan menyifatkan penahanan beliau bersifat politikal.
Pada tahun 1976, Kit Siang telah mengkritik kerajaan dalam urusan pembelian pesawat buatan Sweden oleh Tentera Darat Diraja Malaysia di dalam dan luar parlimen. Dua tahun kemudian, beliau disabitkan atas lima kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 yang mana ia membawa kepada hukuman 30 tahun penjara jika bersalah.
Pada 1987, Kit Siang sekali lagi ditangkap di bawah Akta ISA ketika Operasi Lalang dilakukan. Beliau telah ditahan tanpa bicara selama 18 bulan di Kamunting.
Pada tahun 1992, Kit Siang digantung dari Parlimen selama lapan bulan kerana memanggil Perdana Menteri Mahathir Mohamad untuk mengemukakan Kertas Putih di Parlimen mengenai hasil pembukaan semula penyiasatan ACA ke dalam Presiden MIC dan Menteri Tenaga, Pos dan Telekomunikasi, Datuk Seri S. Samy Vellu dan skandal rampasan saham MAIKA Telekom.
Pada Pilihanraya Umum 1999, Kit Siang tewas di Parlimen buat pertama kali di Parlimen Bukit Bendera. Ini kerana pada ketika itu, beliau kembali semula ke Parlimen setelah memenangi kerusi Ipoh Timur pada pilihanraya berikutnya.
Sejak daripada itu, Kit Siang terus menjadi ahli parlimen backbenchers bagi pakatan pembangkang sehinggalah pada tahun 2018 di mana gerakan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir berjaya menumbangkan BN buat pertama kali.
Sehingga kini, jika disebut mengenai DAP, pasti akan terpalit dengan Kit Siang. Kit Siang adalah DAP dan begitulah sebaliknya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih