Kota Istanbul dan Cappadocia merupakan antara tempat menarik di Turki yang seringkali menjadi destinasi popular buat pelancong Malaysia. Tetapi, tidak ramai yang ketahui bahawa bumi Turki juga mempunyai pelbagai lagi lokasi menarik serta tinggalan sejarah yang terlalu berharga buat umat Islam.

Saya, berserta beberapa orang sahabat saya telah berpeluang untuk mengunjui kota Sanliurfa, iaitu sebuah negeri di Turki yang mempunyai pelbagai sejarah tinggalan Islam dari zaman Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ayyub A.S.

Sewaktu kami menjejakkan kaki kami di Sanliurfa, kami berasa seolah-olah sedang berada di sebuah negeri Arab berbanding Turki. Sanliurfa terletak berhampiran dengan Syria serta Iraq, oleh yang demikian terdapat pelbagai pengaruh Arab di negeri tersebut. Kami juga difahamkan bahawa populasi bangsa Turki yang tinggal di negeri tersebut juga rendah dan sebahagian besar daripada negeri tersebut didiami oleh bangsa Arab dan Kurdi.

Pemandu pelancong kami yang berbangsa Turki juga bercerita rancak mengenai pengalaman beliau berada di negeri tersebut. Kata beliau, sebelum berlakunya pergolakkan di Syria, beliau sering berkunjung ke Syria pada hujung minggu. Sebelum ini, terdapat sistem pengangkutan awam yang menuju terus ke Syria yang sangat memudahkan mereka. Menurut pemandu pelancong kami, beliau hanya perlu menaiki bas yang mengambil masa 2 jam untuk ke Syria. Tetapi, setelah berlakunya pergolakkan yang menyedihkan di negara tersebut, terdapat ramai rakyat Syria yang terpaksa mencari ihsan untuk berlindung di negara lain.

Kami telah berkunjung ke Balıklı Göl yang juga dikenali sebagai tasik Nabi Ibrahim A.S. Menurut riwayat yang ditulis, dikatakan bahawa selepas Nabi Ibrahim A.S dibakar oleh Raja Namrud, baginda telah jatuh ke dalam tasik tersebut. Tasik itu masih bersih dan jernih sehingga hari ini dan terdapat banyak ikan didalamnya. Terdapat beberapa lapisan masyarakat yang mempercayai bahawa tasik itu mempunyai kuasa ajaib yang mampu menyembuhkan penyakit mereka. Malah, terlalu ramai pelancong yang berlumba-lumba untuk meminum air tasik tersebut. Botol-botol kosong juga dijual berhampiran kawasan tersebut untuk mereka yang mahu membawa pulang air tasik tersebut. Harus diingatkan disini bahawa perbuatan ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Sehingga kini, tiada dalil Quran mahupun hadis yang membuktikan kesucian atau keajaiban air tasik tersebut.

Berhampiran ‘Balıklı Göl’, terdapat juga bekas perkuburan ulama terkenal Turki, Badiuzzaman Said Nursi. Pada asalnya beliau telah dikuburkan di situ tetapi perkuburan beliau telah digali semula dan dipindahkan di tempat yang tidak diketahui hingga kini.

Sebuah replika juga telah dibina berhampiran kawasan tersebut, untuk menggambarkan lokasi tempat baginda Nabi Ibrahim A.S dibakar oleh Raja Namrud.

Selepas itu, kami juga melewati telaga dan gua Nabi Ayyub A.S. Nabi Ayyub merupakan salah seorang daripada rasul yang telah diuji secara berat oleh Allah SWT. Nabi Ayyub telah diuji dengan sebuah penyakit kulit yang misteri yang menyebabkan seluruh tubuh badannya menjadi hitam dan biru. Penyakit itu menyebabkan orang ramai takut untuk mendekatinya, oleh yang demikian, dikatakan bahawa isteri baginda Nabi Ayyub yang bernama Rahma telah membawa baginda untuk bersembunyi di dalam sebuah gua. Gua itu juga telah dikenali sebagai ‘Gua kesengsaraan’ untuk menggambarkan kesengsaraan yang Nabi Ayyub A.S terpaksa hadapi oleh kerana penyakitnya.

Saya telah berpeluang masuk ke dalam gua tersebut buat seketika. Saiz gua tersebut adalah sangat kecil, menggambarkan betapa beratnya ujian baginda Nabi Ayyub A.S.

Akhirnya, Allah SWT telah menyembuhkan penyakit baginda dengan mengarahkan baginda untuk menghentak kaki baginda secara kuat ke tanah. Air yang sejuk keluar dari tanah tersebut dan baginda diarahkan untuk meminum serta membersihkan diri baginda dengan air tersebut. Dengan berkat kuasa Allah SWT, Nabi Ayyub A.S telah sembuh daripada penyakitnya. Air dari telaga Nabi Ayyub A.S juga diberikan secara percuma kepada para pelawat yang datang berkunjung ke telaga tersebut.

Di hadapan tasik ‘Balıklı Göl’. Tempat jatuhnya baginda Nabi Ibrahim A.S setelah dibakar oleh Raja Namrud.
Bekas tanah perkuburan Badiuzzaman Said Norsi.
Tulisan mengenai Balıklı Göl. 
Gambar di hadapan Muzium Sansliurfa.
Telaga yang dikatakan mengandungi air yang telah menyembuhkan penyakit kulit Nabi Ayyub A.S.
Gua kecil yang menjadi tempat persembunyian Nabi Ayyub A.S ketika baginda mengidap penyakit kusta.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sakinah Jannati merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di dalam bidang Sains Politik (major) dan Ilmu wahyu(minor). Seorang gadis yang mempunyai minat sangat mendalam dalam sejarah dunia, falsafah politik dan sirah Islam. Antara impiannya yang terbesar adalah untuk menjadi seorang wanita yang dapat memberi manfaat kepada ummah terutamanya melalui penulisannya.

Comments are closed.