1 Ogos 1944. Warsaw, sebuah kota malang yang tunduk pada kuasa hegemoni fasis selama lima tahun, akhirrnya bangkit dalam satu pemberontakan yang kemudiannya akan dicatatkan sebagai peristiwa pemberontakan yang terbesar pernah berlaku di wilayah-wilayah yang dijajah Jerman. Pemberontakan ini dikenali sebagai Warsaw Uprising (Pemberontakan Warsaw).
Dengan moral semangat Jerman yang sedang lemah, mereka berundur dari Warsaw secara penuh demi kepentingan lain yang lebih besar, dan Tentera Merah Soviet sudah pun berada di tebing timur Wisła, tiada lagi waktu yang kelihatan lebih baik daripada saat itu bagi masyarakat Poland.
Berikutan hubungan rapat dengan pemerintah Poland yang hidup secara pengasingan, dan jaminan bantuan oleh pasukan Sekutu, Home Army (Armii Krajowy atau AK, gerakan ketenteraan Poland) melancarkan ser*ngan ketenteraan dengan impian mahu membebaskan Warsaw dan menubuhkan pemerintahan kerajaan Poland yang merdeka.
Sepanjang peristiwa itu, Tentera Merah Soviet tidak melakukan sebarang usaha bersama untuk membantu rakyat Poland, sementara janji sokongan Sekutu terbukti kosong. Di pihak hierarki N*zi, mereka bertindak balas dengan amarah membabi buta terhadap rakyat Poland yang dianggap ‘tidak bersyukur’ ini, dan apa yang terjadi adalah satu perjuangan selama 63 hari yang sangat epik di mana Home Army menghadapi kemarahan Hitl*r. Inilah babak yang paling hebat dalam sejarah Warsaw pernah ditulis.
CETUSAN PER*NG
Pada jam 4:45 pagi 1 September 1939, tembakan dilancarkan dari senjata Jerman yang ditempatkan di dalam sebuah rumah api di Danzig Neufahrwasser, yang terdapat di kota yang kemudian dikenali sebagai Bandar Bebas Danzig (hari ini Gdańsk).
Objektif pencerobohan itu adalah melumpuhkan pasukan pengawal tentera yang ditempatkan di Semenanjung Westerplatte yang dikuasai Poland, dalam beberapa minit sahaja kapal per*ng Jerman Schleswig Holstein menyertai pengeboman itu, yang secara tidak langsung telah memulakan konflik yang akan berlangsung selama enam tahun dan mengorb*nkan 55 juta nyawa.
Kira-kira sejam selepas Westerplatte dihujani pengeboman dari udara yang dianggap sebagai gelombang pengebom Stuka terhadap kota yang digambarkan sebagai salah satu pengeboman paling dahsyat dan terawal di dunia, hospital, sekolah dan pasar semuanya dianggap sebagai sasaran yang sah, sementara kelompok pelarian yang melarikan diri dibedil dari udara.
Dalam masa seminggu pasukan darat Jerman telah tiba di sempadan kota, walaupun banyak pendapat dan dakwaan melibatkan tentang kemenangan pantas Jerman ini ditolak. Ser*ngan kereta kebal di Ochota ditentang dengan Jerman kehilangan 80 buah kereta kebal dari sejumlah 220 buah yang menyer*ng.
Didorong oleh seruan gabenor Warsaw, Stefan Starzynski, para pejuang nekad menggali lubang untuk melakukan kepungan, mereka bertemp*r di setiap inci jalanan. Tuntutan Jerman untuk Warsaw menyerah pada 14 September ditolak, biarpun Jerman telah mengisytiharkan kemenangan di media mereka, pejuang Poland terus bangkit menentang di bandar itu, orang awam dan tentera Poland bergabung bersama dalam usaha terdesak untuk menghalang penjajah.
Namun takdir Warsaw, dan juga Poland, dimeterai beberapa hari kemudian pada 17 September ketika Soviet menyer*ng dari timur sekaligus memenuhi peranan mereka dalam pakatan N*zi / Soviet Molotov-Ribbentrop.
Meskipun begitu, dengan kemungkinan yang cenderung bahawa pakatan itu akan gagal, orang Poland meneruskan perjuangan di dua medan sekaligus, dengan segmen Chopin ditayangkan setiap 30 saat melalui radio untuk memberitahu dunia luar bahawa Warsaw masih milik Poland.
Walau bagaimanapun jumlah korb*n mula meningkat; pengeboman tanpa perikemanusiaan telah meragut lebih dari 50,000 nyawa orang Varsovians, Istana Diraja hangus terbakar, manakala bekalan makanan, tenaga dan air telah mencapai kekurangan di tahap yang kritikal.
Dengan janji-janji bantuan dari pihak Sekutu yang tidak kunjung tiba, bencana kemanusiaan semakin besar, ibukota itu akhirnya mengibarkan bendera putih pada 28 September. Bagi menunjukkan perspektif kepahlawanan warga Poland, kota Paris, yang dipertahankan oleh angkatan tentera terbesar di dunia, hanya memerlukan sembilan hari sahaja untuk dijatuhkan.
PENDUDUKAN
Hitl*r tiba di Warsaw dalam satu-satunya lawatan dia ke ibu kota Poland pada 5 Oktober, beliau tiba untuk upacara memeriksa perbarisan kemenangan di Al. Ujazdowskie sebelum berangkat ke majlis resepsi di Belvedere Palace.
Sekiranya kata-katanya sebelum per*ng tidak cukup mengerikan lagi, orang awam Poland akan memahami siapa sebenarnya lelaki ini. “Keputusan Fuhrer di Poland sangat memalukan,” tulis Goebbels sejurus selepas lawatan Hitl*r. “Lebih menyerupai haiwan daripada manusia, amat primitif, bodoh dan tidak masuk akal.”
Hitl*r membahagikan Poland, beberapa bahagian dimasukkkan ke wilayah jajahan Reich, kawasan lain, termasuk Warsaw, berada di bawah Pemerintahan Umum Hans Frank, seorang pemain catur yang handal dan fanatik N*zi.
Pemerintahannya adalah kejam dan berd*rah, dia juga mencadangkan agar Ludwig Fischer dilantik sebagai gabenor Warsawa, jawatan yang akan dipegangnya hingga tahun 1945. Walaupun Fischer lebih memiliki ciri-ciri seorang birokrat, namun tidak dinafikan di bawah kekuasaannya Warsaw tetap menjadi kota yang bermandi d*rah.
Politik perkauman Reich diteruskan dengan niat terancang, dengan seluruh wilayah kota dikhaskan untuk orang Jerman sahaja. Ghetto terbesar di dunia yang pernah dilihat dibina di utara, dan Warsaw terpinggir dari sebarang kepentingan dan diperuntukkan sebagai sebuah kota yang dikhaskan untuk menerima pelarian yang diusir dari wilayah Aryan ke barat. Rakyat Poland seumpama pendatang asing di tanah sendiri.
Makanan harian dicatukan kepada 669 kalori (184 untuk orang Yahudi), dan dianggarkan seperempat penduduk hanya selamat dari kebuluran dengan kemunculan dapur sup kecemasan.
Tetapi ada lagi yang lebih teruk; dari tahun 1943, Gestapo diberi hak istimewa untuk menembak sesiapa sahaja hanya kerana disyaki melakukan kesalahan, maka tembak menembak di jalanan dan hukuman m*ti awam menjadi rutin harian. Ini bukan bandar yang diduduki tetapi ini bandar yang dizalimi.
KEBANGKITAN
Dengan Jerman yang memiliki aset ketenteraan yang besar dan canggih, agak mengejutkan apabila Poland melahirkan gerakan penentangan atau pemberontakan yang terbesar di Eropah. Meski begitu, dengan per*ng yang menuju ke tahap penamatnya, jelaslah bahawa pemberontakan akan meninggalkan taktik partisannya dan melancarkan ser*ngan ketenteraan yang mengejutkan terhadap N*zi.
Menjelang Julai 1944, Tentera Merah Soviet yang diketuai oleh Marsekal Rokossovsky telah tiba di Wisła, dan pada 22 Julai, Fischer yang panik memerintahkan orang awam berbangsa Jerman dipindahkan dari Warsaw; segala dokumen yang sensitif dibakar dan dimusnahkan, kereta api bergerak ke arah barat ke Berlin dan semua petanda ini menunjukkan bahawa kemerdekaan hanyalah tinggal beberapa hari lagi.
Perisikan Jerman menyedari bahawa pemberontakan mungkin berlaku, namun tidak ada petanda yang jelas. Rayuan Fischer agar 100,000 orang Poland menghadirkan diri untuk membantu barisan pertahanan anti-kereta kebal tidak diendahkan, seperti juga siaran yang mengingatkan orang Poland tentang pertemp*ran mereka yang berani melawan Bolshevik pada tahun 1919-20.
Ketegangan meningkat dengan penyebaran risalah Tentera Merah yang menyeru warga Varsovian untuk bangkit secara bersenjata, ia semakin meningkat pada 30 Julai dengan pengumuman radio Soviet yang menyeru penuh semangat:
“Bangkitlah penduduk ibukota! Angkat senjata! Ser*ng Jerman! Semoga jutaan populasi pendudukmu yang kuat akan menjadi jutaan tentera yang akan mengusir penjajah Jerman dan memperoleh kemerdekaan!”
Namun, seperti petinju yang bertarung di dalam gelanggang, kedua-dua pihak masing-masing kelihatan terkunci dalam permainan menunggu, sehingga lah tentera Jerman ditempatkan pada 1 Ogos 1944 pada waktu petang dengan slogan “Warschau ist kalm.” (Warsaw akan bertenang)
Atas perintah Jeneral Tadeusz ‘Bor’ Komorowski, jam 5 petang diisyaratkan sebagai W-Hour atau Wybuch Hour (Wybuch untuk wabak), iaitu waktu yang tepat ketika sekitar 40,000 anggota Home Army akan menyer*ng kedudukan penting Jerman.
Warsaw pada masa itu dikawal oleh 15,000 orang pengawal Jerman, walaupun Home Army memiliki kelebihan dari segi angka, pihak Poland diimbangi dengan masalah kekurangan senjata yang kronik, dan kekurangan perisai yang lengkap.
Walaupun begitu, unsur kejutan membuat Jerman panik dan huru-hara, dan di sebalik kerugian besar yang ditanggung, orang Poland berjaya menawan sejumlah sasaran strategik, termasuk bandar lama, Menara Prudential (ketika itu bangunan tertinggi di Poland), dan pejabat pos.
Hari pertama telah mengorb*nkan 2.000 nyawa warga Poland, namun untuk pertama kalinya sejak zaman pendudukan Jerman, bendera Poland akhirnya dikibarkan sekali lagi di ibu kota.
Namun, di sebalik kejayaan awal ini, masih ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian. Kumpulan pejuang Poland tersebar di seluruh kota, dan ramai yang gagal kekal berhubung seperti yang dirancang. Lebih membimbangkan lagi, beberapa objektif telah dilanda bencana – daerah metropolis di sekitar Al. Szucha kekal berada di tangan Jerman, begitu juga dengan lapangan terbang.
Dalam masa beberapa hari, ketibaan pasukan sokongan Jerman mula meningkat, pada 5 dan 6 Ogos tentera N*zi mengamuk di daerah Wola barat, membun*h lebih 40,000 lelaki, wanita dan kanak-kanak dalam apa yang akan dianggap sebagai salah satu episod pemberontakan yang paling dahsyat.
Di kawasan-kawasan yang dibebaskan, kehidupan berbudaya mula berkembang, lebih dari 130 penerbitan surat khabar muncul, amalan keagamaan dirayakan dan unit penghantar mesej keluar dan masuk. Lebih menggembirakan lagi, pasukan udara Sekutu buat pertama kalinya melintas dengan menurunkan pasukan payung terjun sebagai mengisyaratkan sokongan dari barat.
Ternyata, tindakan itu tidak dibiarkan begitu saja oleh Jerman, di bawah arahan komando Erich von dem Bach, mereka membalas dengan tembakan artileri berat, ser*ngan udara, kereta perisai dan kereta kebal. Lebih teruk lagi, amalan menggunakan wanita Poland sebagai perisai manusia diperkenalkan.
Pemberontakan ini terdiri dari pelbagai campuran kaum, yang menampilkan lebih dari 4,000 wanita dalam barisan, satu unit Slovak, sejumlah orang Yahudi yang dibebaskan dari kem konsentrasi Warsaw, satu platun sukarelawan orang pekak dan bisu yang diketuai oleh seorang pegawai bernama Yo Yo, dan seorang tahanan per*ng Inggeris yang melarikan diri bernama John.
Apa yang menariknya, walaupun kelengkapan mereka tidak lengkap, satu perkara menakjubkan iaitu mereka adalah fanatik dengan kepercayaan dan ada yang hampir sanggup membun*h diri. Jumlah korb*n mereka hampir 20 kali lebih tinggi daripada yang dialami oleh orang Jerman, namun orang Poland kekal berjuang dengan berpegang kepada janji kemerdekaan.
Menghantar bekalan dari udara sangat penting jika pemberontakan berjaya, walaupun harapan mereka dihancurkan dengan Stalin yang menolak untuk mengizinkan pesawat Sekutu mendarat di lapangan terbang yang dikuasai Soviet.
Sebaliknya RAF mengatur laluan baru yang bermula dari bandar Brindisi Itali ke Warsaw, walaupun angka korb*n terbukti tinggi dengan lebih dari 16% pesawatnya musnah, dan terjunan sering tidak tepat ke lokasi ditetapkan, namun misi itu berakhir dengan 960 kotak dari 1,000 jatuh ke kawasan Jerman. Semua harapan, nampaknya tinggal untuk bergantung pada pihak Russia sahaja.
Setelah enam minggu tanpa sebarang tindakan, Rokossovsky akhirnya memberikan kebenaran untuk pasukan Poland di bawah Jeneral Berling menyeber*ngi sungai dan menyelesaikan pemberontakan. Operasi itu menjadi bencana, dan dengan korb*n yang besar dan tidak ada kemaraan lagi menyebabkan ser*ngan itu dihentikan.
Bagi pihak Soviet di Russia, satu usaha untuk menyeber*ngi Wisla sudah cukup. Maka Warsaw terpaksa berjuang sendirian. Pada waktu ini, keadaan di Kota Lama Warsaw, yang dipertahankan oleh 8,000 warga Poland, sudah tidak dapat bertahan, dan jalan keluar yang berani digali melalui saluran pembuangan yang melalui jalan bawah tanah kota itu.
Jerman sekarang bebas untuk fokus kepada menghapuskan saki-baki halangan yang tersisa. Enam ratus milimeter peluru mendarat di pusat pertemp*ran setiap lapan minit, dan jumlah korb*n meningkat ke tahap yang membimbangkan.
Rundingan penyerahan diri dimulakan pada awal September, walaupun tidak sampai akhir bulan, di mana pada saat itu semua harapan telah tiada, mereka kekal berdiri dengan tegap tanpa menunjukkan riak wajah yang berduka
Ditinggalkan oleh sekutunya, orang Poland dipaksa untuk menyerah kalah sekali lagi, kira-kira 63 hari setelah mereka bangkit menentang penguasaan Reich. “Dari d*rah yang telah ditumpahkan, dari kerja keras dan penderitaan, dari keperitan tubuh dan jiwa kita, Poland yang baru akan muncul – merdeka.”
KESAN SELEPAS PEMBERONTAKAN
Setelah menyerahkan senjata mereka di lokasi yang telah ditentukan, 11,668 tentera Poland dijadikan tawanan Jerman, mereka dikalahkan tetapi mereka merasa amat berbangga.
Pertemp*ran itu mengorb*nkan sehingga 200,000 nyawa orang awam, sementara korb*n tentera antara Jerman dan Poland bertambah lagi 40,000 orang.
Hitl*r sangat gembira dengan pemberontakan yang gagal, rancangannya untuk menghancurkan Warsaw akhirnya dapat direalisasikan. Penduduk yang tersisa diasingkan (sekitar 2,000 diyakini telah membebaskan diri dengan bersembunyi di celah runtuhan), dan orang-orang Jerman mula menghapuskan apa yang tersisa di dalam kota, dan apa yang berlaku seterusnya hanya dapat digambarkan sebagai kaedah pembun*han sebuah kota yang terancang.
Bangunan dan binaan-binaan dikira berdasarkan kepentingannya terhadap budaya Poland sebelum dimusnahkan oleh pasukan jurutera, sementara kawasan yang kurang bersejarah hanya dibakar hangus. Tidak ada yang terselamat dari penghapusan budaya ini, bahkan pokok.
“Saya telah melihat banyak kota dimusnahkan,” seru Jenderal Eisenhower setelah per*ng, “Tetapi saya tidak pernah melihat mana-mana kota menghadapi kemusnahan seperti itu.”
Kajian moden menganggarkan kos kerosakan sekitar 54 bilion dolar. Dari segi manusia, Poland mengalami lebih banyak kehilangan nyawa. Dengan pemberontakan yang hanya terhenti semasa era generasi emas, satu-satunya asas yang dapat dibangunkan oleh warga Poland baru selepas per*ng.
Golongan veteran yang terselamat pula diperlakukan dengan penuh curiga dan penghinaan oleh pemerintah komunis yang baru dilantik, yang lain dianiaya kerana dianggap bersimpati terhadap barat.
Perbicaraan Soviet pasca per*ng mensabitkan 13 pemimpin pemberontakan kerana tindakan anti-Soviet, dan selepas itu pemberontak dikutuk sebagai bodoh kerana berkhidmat untuk pemerintahan borjuasi Poland yang berakhir dalam pengasingan.
Akhirnya hari ini, peristiwa tersebut yang menggambarkan semangat jatidiri penduduk Warsaw, di mana sebelum ini ia jarang diketengahkan hingga dunia sering tertukar antara Warsaw Uprising dengan Warsaw Ghetto Uprising, buat pertama kalinya telah mendapat pengiktirafan yang sewajarnya melalui pembukaan Warsaw Rising Museum pada tahun 2004.
“Kemerdekaan melawan perhambaan. Api pemberontakan masih menyala dalam hati dan jiwa rakyat. Ia diwariskan dari generasi ke generasi seperti baton. Semangat ini mengatasi keabadikan dan kehancuran. Tentera-tentera yang bangkit ketika pemberontakan, pemergian kalian bukan sia-sia.” — Lech Wałęsa, 1994
RUJUKAN:
- Remembering The Warsaw Uprising: https://www.hoover.org/research/remembering-warsaw-uprising
- Warsaw Uprising: What happened during the WWII insurrection & how is it viewed today?: https://www.google.com/amp/s/www.euronews.com/amp/2019/08/01/warsaw-uprising-what-happened-during-the-wwii-insurrection-how-is-it-viewed-today
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih