Baru habis layan filem Jungle (2017). Kisah tentang tiga sekawan, Yoshi, Kevin dan Marcus yang mengikuti seorang lelaki bernama Karl menjelajah Hutan Amazon. Filem ini inspirasi dari kisah benar pengalaman Yossi Ghinsberg pada tahun 1981.

Mereka bertiga mempunyai minat yang sama, menjelajah dan mengembara dunia. Yoshi, seorang pengembara dari Israel singgah ke Bolivia dan merancang untuk menjelajah Amazon. Disitu, dia bertemu Marcus seorang guru dari Switzerland dan Kevin seorang jurugambar kelahiran Amerika.

Karl muncul dan menawarkan diri untuk membawa mereka ke dalam Hutan Amazon. Karl juga memberitahu tentang kewujudan satu puak dari orang asli yang masih lagi terasing jauh dalam hutan sana. Ini menarik minat mereka bertiga untuk mengikuti Karl.

Sampai di pertengahan perjalanan, mereka menghadapi masalah dan mahu keluar dari hutan. Disebabkan Karl mempunyai masalah fobia terhadap air, Karl dan Marcus memilih jalan darat untuk keluar dari hutan yang mengambil masa tiga hari.

Kevin dan Yoshi membina rakit dan mendayung mengikut arus sungai. Sampai disatu jeram, rakit yang mereka naiki terbalik dan mereka berdua terpisah. Kevin hanyut dibawa arus dan Yoshi tersadai ditengah hutan itu.

Yoshi yang bersendirian dalam hutan tebal tanpa bekalan makanan itu mula berusaha untuk meneruskan hidup. Tubuh memerlukan protein dan makanan tinggi protein  ialah telur. Sarang burung yang berada diatas pokok akan menjadi sasaran mudah, cuma perlu memanjat pokok sedikit.

Peta yang dimiliki oleh Yoshi masih lagi boleh digunakan. Peta tu dilipat dan disimpan dalam plastik. Dia juga masih mempunyai peralatan untuk memasak seperti dapur dan mancis.

Perkara paling penting sekiranya berada didalam hutan ialah peralatan kecemasan. Babak dimana seekor cacing parasit memasuki badan Yoshi menarik perhatian saya. Bayangkan sekiranya dia langsung tidak mempunyai peralatan untuk mencuci luka. Luka yang terbuka akan membahayakan kerana jangkitan bakteria lain.

Bagi aku satu kesilapan bila Yoshi kembali dalam hutan dan jauh dari sungai. Semasa helikopter melakukan penerbangan untuk pencarian, dia melambai kain merah tapi tidak dapat dilihat dari udara. Ini berpunca dia terlindung oleh pokok yang meninggi.

Disebabkan tekanan perasaan dan rasa putus asa, Yoshi mula mengalami halusinasi. Dia mula memikirkan apa yang terjadi sekiranya dia tidak pernah melakukan penjejalahan itu. Disebabkan dia kesunyian bersendiri dalam hutan tebal itu, dia mencipta watak seorang gadis untuk menemani dia.

Berbual lah dia dengan perempuan tu. Makan sama-sama, jalan sama-sama, pendek kata semua sama-sama.

Sampai satu keadaan, dia mahu segera berhenti daripada halusinasi dan berhenti putus asa. Dia mahu terus berusaha untuk keluar dari hutan tu. Hanya satu cara untuk dia keluarkan diri daripada keadaan itu, dengan kesakitan. Dia memegang pokok yang penuh dengan semut dan biarkan semut-semut tu gigit dia.

Jujurnya aku terkesan dengan babak Kevin menemui semula rakannya ini. Kevin tak berhenti berusaha untuk meneruskan pencarian Yoshi. Dia percaya Yoshi masih lagi hidup dan tak mahu pencarian ditamatkan. Dia sewa sebiji bot dan upah orang untuk teruskan pencarian sendiri. Semangat setiakawan yang bagi saya sangat hebat.

Tak semua orang ada pengalaman sebegitu. Dia beruntung kerana berjaya diselamatkan selepas tiga minggu terdampar dalam hutan tebal tu tanpa sebarang bekalan. Yoshi ni ada pengalaman tiga tahun dalam tentera laut Israel, sedikit sebanyak itu membantu.

Pada tahun 1993, dia menulis pengalamannya dalam sebuah buku bertajuk Tuichi dan buku ini laku keras. Buku keduanya keluar pada tahun 2008, bertajuk Laws of the Jungle: Jaguars Don’t Need Self-Help Books.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.