Tersenyum melihat gelagat netizen dalam isu basuh baju suami secara berasingan. Setelah dipertimbangkan, saya rasa benda ni menarik juga untuk dihurai dari satu perspektif yang saya rasa baik untuk kita fahami. Agar kita tak gaduh-gaduh dalam isu seremeh ini. Kita bergaduh banyak benda dah, takkan nak tambah lagi kan?

Kalau kita tengok, dalam isu ni ada dua pihak, pada dua kutub yang saling bertentangan. Satu pihak beria-ia menyokong. Satu pihak lagi beria-ia menghentam. Sampai ada yang kata “Benda ni takda dalil dari Hadis Sohih!”, “Merajakan suami” dan sebagainya. Haha, amboi, sabarlah dulu…

Kenapa ya, isu se-simple ini pun boleh menimbulkan polemik? Kerana orang kita tak faham letak duduk ilmu, tak faham letak duduk perbahasan. Kalau kita faham letak duduk ilmu, Allah… senang ja pun benda ni. Tak padan nak dibawa gaduh isu macam gini ni.

Kalau kita tengok pada posting asal, puan tu jelas nak menceritakan tentang Adab, bukan pasal Hukum. Memang bab Adab dengan Hukum ni dua benda beza. Sebagai contoh, ada benda yang harus dari segi Hukum, tapi kurang molek dari segi Adab.

Maka mari kita ikut kayu ukur penulis asal posting tu yang nak bahas isu ni dari sudut Adab, bukan Hukum. Kita assume saja dari segi Hukum, basuhan dari mesin tu memang suci, bukan isu bercampur najis ka mutanajis ka air mutlak ka apa ka.

Okay, bercakap dari sudut Adab, kita kena tahu, Adab ni benda common sense. Tak perlu dalil Quran Hadis pun kita sepatutnya dapat beza benda tu beradab atau tak. Kalau nak jugak dalil, paling kurang Nabi pernah bersabda bahawa, “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan Akhlak”.

Dari sini, kita dapat tahu yang Nabi diutuskan juga adalah untuk menyempurnakan Akhlak. Ini bermakna, Akhlak atau Adab tu memang dah sedia ada dalam diri manusia. Setiap tamadun bangsa ada adab budaya uruf mereka masing-masing. Hanyasanya Nabi datang adalah untuk sempurnakan Adab itu agar bertepatan dengan Syarak.

Memang dalam Islam, ada perihal Adab Suami Isteri. Isteri menghormati isteri tu suatu Adab yang bagus malah wajib menurut Hukum. Tapi kita kena tahu jugak, Adab ni ada yang umum dan ada yang khusus. Adab yang bersifat umum ni adalah seperti Adab-Adab yang ma’ruf diamalkan dalam kalangan masyarakat.

Sebagai contoh, amalan tunduk membongkok ketika jalan depan orang tua, tak menyampuk orang tua bersembang dan lain-lain lagi contoh Adab yang takda lah sampai perlu minta dalil untuk buat benda ni. Ni antara contoh Adab-Adab umum yang semua orang ma’ruf dah dalam masyarakat.

Tapi bagi Adab yang khusus pulak, ia adalah Adab yang tak semua orang lakukan. Ianya adalah atas inisiatif peribadi. Kalau kita nak asingkan baju suami atas alasan Adab, maka silakan. Bagus, moga diberi ganjaran pahala atas niat murni ni. Tapi tak perlu paksa orang lain ikut cara kita ni. Sebab benda ni adalah dalam Adab khusus yang kita sendiri sudi nak buat.

Tak semua orang mampu jadi sesolehah kita. Tak semua orang ada kefahaman yang sama tinggi dengan kita. Atau yang lebih molek lagi, tak semua orang sama dengan kita dalam mempraktikkan Adab terhadap suami. Mungkin bagi pandangan orang lain, basuh baju satu family sekaligus itulah lebih beradab bagi dirinya kerana ia lambang ikatan kesatuan dan kasih sayang keluarga. Malah menjimatkan air-elektrik juga salah satu adab kepada keluarga. Nak-nak di musim TNB harga Tel Aviv ni kan. Benda mudah tak perlu disusahkan.

Oleh itu, buat kedua-dua belah pihak sama ada di Kutub menyokong atau Kutub mengecam, ayuh sama-sama muhasabah. Benda simple ja, tak molek gaduh. Yang mengecam, fahamkan dulu tujuan dan sudut pandang penulis tu. Dan yang menyokong tu pulak, tak perlu nak paksa-paksa sebab ini hanya soal Adab Khusus sahaja, bukan Hukum. Relex…

Kadang tu, memang kita ada kefahaman. Kita tahu beza, ini bab Adab, ini bab Akhlak. Tapi walaupun kita ada kefahaman, kita juga perlu ada Hikmah dalam memberi penerangan. Kalau takda Hikmah, benda yang elok pun akan dipandang serong. Orang tua-tua kita dulu pun dalam mengajar Adab (Ta’dib), mereka hanya tunjuk melalui contoh tauladan, jaranglah diajar (Ta’lim) secara bersilibus dari buku. Oleh itu, selain perlu ada Kefahaman, perlu ada Kefaqihan, penting juga untuk kita ada Hikmah.

——
* Ni bukan posting tips rumah tangga atau fiqh munakahat. Saya tak layak dan tak berkenan pun nak bicara benda yang saya sendiri belum hadapi. Ini cuma perkongsian dhaif tentang “Nak faham letak duduk perbahasan” sahaja agar kita tak gaduh-gaduh.

Lagipun “percakaran” ni isu antara sesama orang perempuan, saya pun tak tau sapa betul sapa salah sebab perempuan selalunya betul. Jadi tak usah ler orang lelaki pulak pergi jadi batu api, jadilah pendamai pulak ye dak. Sekian ????


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

IBN JAWI merupakan penuntut bidang Engineering di sebuah universiti. Beliau juga giat dalam pengajian Turath Islami secara Talaqqi Sanad bagi mengimbangi aspek duniawi dan ukhrawi. Beliau yang meminati topik Falsafah, Sejarah dan Politik merangka usaha kebangkitan ummah melalui Kalam & Qalam. Walaupun memiliki aliran pemikiran tersendiri, namun beliau terbuka untuk bertukar pandangan dengan mana-mana aliran pemikiran agar dapat memahami cara berfikir kelompok berlainan.

Comments are closed.