Selalu sangat kita baca kata-kata Tome Pires berkenaan Melaka. Antara yang selalu dipetik ialah tentang kehebatan Pelabuhan Melaka.

“Siapa berjaya menawan Melaka bererti dia akan memegang leher Venice.”

Jadi siapa sebenarnya Tome Pires ni?

Tomé Pires adalah seorang apotik (apothecary) berbangsa Portugis dan pembantu peribadi Putera Afonso (1475-1491 Masihi), anak kepada King John II. Ada yang mengatakan dia lahir pada tahun 1465, dan ada yang mengatakan pada tahun 1468. Lahir di Lisbon, Portugal.

Pada tahun 1511, dia dihantar ke Cochin untuk menyelia perdagangan ar4k dan bahan perubatan (opium).  Pires juga antara orang yang mengikuti rombongan p3rang alfonso de albuquerque semasa pen4klukan Melaka.

Dia mendiami Melaka selama hampir 3 tahun iaitu antara tahun 1512-1515. Rekod catatannya turut menyatakan yang dia pernah berkelana ke Tanah Jawa, Sumatera, Pasai dan Maluku. Selain itu, dia juga pernah menyebut tentang beberapa bandar lain dalam catatannya seperti Ceylon (Sri Lanka), Kali, Nigumbo dan Celabao.

Dia juga penulis catatan Suma Oriental yang merupakan tulisan terawal tentang dunia Timur. Suma Oriental adalah buku yang ditulis oleh Tome Pires pada tahun 1512-1515, mengandungi maklumat tentang wilayah Asia Timur dan Asia Tenggara pada abad ke-16. Buku ini sebenarnya merupakan laporan rasmi kepada Raja Emanuel. Ini juga bertujuan persediaan Portugis untuk mencari peluang perdagangan.

Pada tahun 1937, manuskrip asal Suma Oriental ditemui semula di Paris oleh Armandi Cortessao. Beliau telah menterjemah manuskrip itu ke Bahasa Inggeris dan diterbitkan pada tahun 1944.

Ia merupakan salah satu sumber yang paling awal tentang Kesultanan Melayu Melaka dan kawasan Nusantara. Ia mengandungi maklumat penting tentang sejarah, pentadbiran, kegiatan ekonomi, perdagangan, aspek-aspek sosial, botani dan etnografi rantau ini.

Pada tahun 1516, Pires dihantar ke Guangzhou sebagai duta rasmi Eropah yang pertama kepada Maharaja China (Dinasti Ming). Namun misi ini menemui kegagalan apabila kedatangannya tidak diterima oleh kerajaan Ming.

Tome Pires yang telah menunggu di Canton, selama dua tahun sementara mendapat kebenaran menuju ke Peking untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Ming telah dihalang daripada memasuki Kota Diraja.

Salah satu puncanya ialah hubungan diplomatik perdagangan China-Melaka, dimana pen4klukan Melaka telah mengganggu kepentingan China dalam perdagangan. Tindakan Admiral Portugis bernama Simao De Andrade yang tidak menghormati kedaulatan kerajaan Ming dengan membina lojing di Pulau Tamao (sekarang Pulau Lintin) tanpa persetujuan pihak berkuasa tempatan telah menambahkan lagi kebencian kerajaan Ming terhadap Portugis. Terdapat juga rekod mengatakan Portugis melakukan penculikan dan kemudian dijual sebagai hamba.

Catatan Portugis juga menyebut bahawa terdapat beberapa orang penterjemah yang mengikuti rombongan Portugis itu juga ditangkap dan dikenakan hukuman oleh kerajaan Ming.

Hari-hari terakhir hidupnya masih menjadi tanda tanya. Ada yang percaya dia diijatuhkan hukuman m4ti di China, ada juga yang mengatakan dia m4ti di China pada 1540 dalam tahanan China semasa berumur 70 tahun.

Ada juga pendapat yang mengatakan dia dibebaskan dari tahanan namun tidak dibenarkan keluar dari China, lalu dia meneruskan hidup di Wilayah Jiangsu sehingga akhir hayatnya.

Nota tambahan :

*Apotek dalam DBP bermaksud kedai ubat/ farmasi.

*Apothecary bermaksud pakar perubatan/ ahli farmasi dan boleh melakukan formulasi ubat untuk peyakit.

*Lojing bermaksud tempat penginapan. Dalam artikel ini merujuk kepada penempatan haram yang dibina oleh Portugis.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.