Krisis Covid-19 memaksa seluruh dunia berdepan situasi yang amat sukar. Malah, suka atau tidak mahupun bersedia atau tidak, krisis ini telah banyak mengubah landskap ekonomi, politik dan sosial masyarakat.

Malaysia bertuah kerana menjadi antara negara yang berupaya tangani pandemik ini dengan baik, biarpun terpaksa berdepan situasi ekonomi dan politik yang mencabar. Kerajaan Malaysia yang baru terbentuk perlu melalui ‘baptism of fire’ demi memastikan negara kekal stabil semasa mengharungi fasa-fasa sukar ini.

Dalam 3 bulan kebelakangan ini khususnya, agensi-agensi seperti Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Dalam Negeri sentiasa menjadi tumpuan media.

Namun sebetulnya, ada satu lagi Kementerian yang telah memainkan peranan yang cukup penting semasa krisis ini iaitu Kementerian Luar Negeri atau Wisma Putra yang diterajui DS Hishammuddin Tun Hussein. Peranan yang dimainkan Kementerian ini bukan kecil. Sebab itulah, tidak keterlaluan untuk menganggap Wisma Putra sebagai wira tidak didendang.

Paling utama ialah usaha Menteri Luar memperbaiki hubungan dua hala terutama dengan China, UAE, Arab Saudi dan India yang mana hubungan Malaysia dengan keempat-empat negara ini agak tegang sewaktu pemerintahan kerajaan sebelumnya.

Hubungan yang kembali akrab ini dapat dilihat menerusi beberapa siri bantuan yang disumbangkan oleh negara-negara ini termasuk:

1. China menyumbang lebih 700,000 peralatan perubatan.

2. UAE menyumbang lebih 7 tan bantuan perubatan.

3. Arab Saudi menyumbang lebih 7 juta barangan perubatan pelbagai guna.

4. India membenarkan 18 pesawat Malaysia memasuki negaranya untuk membawa keluar lebih 3,000 rakyat Malaysia yang terkandas.

Tidak cukup sekadar itu, menerusi keakraban Malaysia dengan banyak negara juga, Wisma Putra dapat menghubungkan beberapa kementerian tempatan dengan kementerian dan agensi di luar negara seterusnya menjalinkan pelbagai bentuk kerjasama.

Hasilnya, Malaysia bukan sahaja berjaya membawa balik lebih 20,000 rakyat Malaysia di 73 buah negara di seluruh dunia, malah kita dapat melaksanakan beberapa lagi kerjasama penting dengan negara luar termasuk dalam usaha membangunkan vaksin Covid-19 serta bekerjasama dengan UAE dan United Kingdom dalam bidang pendidikan serta ekonomi.

Yang disenaraikan ini hanya sebahagian. Kesimpulannya, sumbangan besar Wisma Putra yang diterajui DS Hishammuddin semasa krisis Covid-19 ini sama sekali tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak.

Sekalung tahniah dan terima kasih kepada DS Hishammuddin serta seluruh warga Wisma Putra atas segala usaha untuk kembali melonjakkan nama Malaysia di mata dunia.

Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan demi kepentingan rakyat dan negara. InsyaAllah!

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pengasas dan Presiden The Patriots. Man. Myth. Legend.

Comments are closed.