Pertemp*ran Pulau Ramree (atau Operasi Matador) dilancarkan pada bulan Januari dan Februari 1945, semasa Per*ng Dunia Kedua, melibatkan sebahagian dari ser*ngan Kor India XV di Medan Selatan dalam sepanjang Kempen di Burma.
Pulau Ramree (Yangbye Kywan) terletak di luar pantai Burma, 110 km di selatan Akyab (sekarang Sittwe). Pulau ini telah ditawan oleh Tentera Imperial Jepun pada awal tahun 1942, bersama-sama dengan seluruh Burma Selatan.
Pada Januari 1945, pasukan Sekutu melancarkan ser*ngan untuk merebut kembali Ramree dan jirannya Pulau Cheduba dengan tujuan untuk membina pangkalan udara di pulau-pulau tersebut sebagai langkah persediaan untuk kempen di daratan.
Di Ramree, pasukan pengawal Jepun memberi tentangan yang kuat tetapi pada 1 Februari, Briged Infantri India ke-71 tiba di Sane manakala sebahagian dari Briged Infantri India ke-36 yang merupakan pasukan simpanan telah menawan Pulau Sagu Kuyun dan memberi laluan kepada pasukan marin di Pulau Cheduba.
Ketika British mengepung kubu kuat Jepun, 900 anggota tentera Jepun meninggalkan pangkalan itu untuk bergabung dengan batalion tentera Jepun yang lebih besar di pulau seber*ng.
900 orang tentera Jepun ini berjalan kaki menggunakan laluan paya bakau sepanjang 16 km dan ketika mereka melalui jalan itu, mereka menyedari bahawa British sebenarnya telah pun mengepung seluruh kawasan itu.
Terper*ngkap di dalam paya yang penuh dengan lumpur, bala bencana hutan tropika mula menyer*ng tentera Jepun, seperti kala jengking, nyamuk tropika dan sudah tentunya buaya air masin kerana itu adalah habitat mereka.
Penentangan Jepun di pulau itu berakhir pada 17 Februari tetapi sekatan pihak Sekutu dikekalkan hingga 22 Februari, menyebabkan banyak kapal penyelamat tenggelam dan angka k*rban tentera Jepun yang bersembunyi di paya bakau meningkat.
Hanya kira-kira 500 orang tentera sahaja berjaya melarikan diri. Pulau Cheduba telah ditinggalkan Jepun dan Briged Afrika Timur ke-22 dihantar oleh British untuk merampas Pulau Ramree.
Terdapat beberapa laporan mendakwa ramai anggota tentera Jepun dibaham dan menjadi makanan buaya air masin dikawasan paya bakau yang merupakan habitat reptilia pemangsa ganas itu.
Beberapa askar British, termasuk aktivis naturalis Bruce Wright, yang turut serta dalam pertemp*ran itu, mendakwa bahawa banyak buaya air masin yang berasal dari populasi kawasan paya bakau di Pulau Ramree memangsakan anggota tentera Jepun yang terper*ngkap pada waktu malam dan memakan ramai tentera.
Wright memberi pener*ngan dalam buku Wildlife Sketches Near and Far (1962), yang dipetik oleh Frank McLynn,
“Malam itu (19 Februari 1945) adalah malam yang paling dahsyat yang pernah dialami oleh mana-mana anggota krew M. L. (Motor Launch). Tembakan rambang dilepaskan dalam kegelapan di paya bakau, bersama dengan jeritan manusia yang merintih kesakitan ketika tubuh mereka sedang dikoyak-koyak oleh rahang reptilia besar, dan bunyi yang menakutkan ketika buaya menghancurkan makanan mereka dengan berputar-putar menbuatkan neraka terasa amat dekat dengan dunia. Pada waktu subuh, burung pemakan bangkai tiba untuk membersihkan apa yang ditinggalkan oleh buaya. Kira-kira seribu tentera Jepun yang memasuki paya Ramree, hanya kira-kira dua puluh orang yang masih hidup.” —Wright
Sekiranya dakwaan Wright itu benar, maka benarlah jika ser*ngan buaya Pulau Ramree didakwa sebagai ser*ngan yang paling dahsyat pernah tercatat dalam sejarah dunia.
The British Burmese Star Association mungkin memberi kepercayaan kepada kisah ser*ngan paya ini tetapi kelihatan berlaku percanggahan pendapat melibatkan angka 20 orang Jepun yang terselamat dalam satu ser*ngan dan 900 orang Jepun yang ditinggalkan untuk mempertahankan diri di paya bakau tersebut.
Dalam memoirnya, An Odyssey in War and Peace, Leftenan Jeneral J.F.R. Jacob menceritakan pengalamannya semasa pertemp*ran,
“Lebih dari 1000 tentera pertahanan Jepun berundur ke paya bakau yang dipenuhi buaya. Kami masuk dengan perahu dan jurubahasa menggunakan pembesar suara bagi mendesak mereka menyerah dan keluar. Tiada seorang pun yang keluar. Buaya air masin, ada yang sepanjang 20 kaki lebih, kerap mengunjungi paya ini. Jadi, tidak sukar untuk membayangkan apa yang berlaku kepada orang Jepun yang berlindung di hutan paya bakau!”
Kenyataan tokoh-tokoh ini telah dipertikaikan oleh sejarawan lain, yang menyebut peristiwa itu sebagai mitos. McLynn menulis :
“Sekiranya ‘ribuan buaya’ terlibat dalam pembun*han beramai-ramai, seperti dalam mitos ini, bagaimana pemangsa ini dapat bertahan sebelum ini dan bagaimana mereka akan bertahan kemudian? Ekosistem paya bakau, dengan kehidupan mamalia yang berlebihan, tidak akan membiarkan kewujudan begitu ramai orang Sauria sebelum kedatangan orang Jepun (haiwan juga tidak terkecuali dari hukum populasi yang berlebihan dan kebuluran).”
Guinness Book of World Records telah menyenaraikannya sebagai “ser*ngan buaya paling dahsyat di dunia” dan “paling banyak kem*tian melibatkan ser*ngan buaya” tetapi para saintis dan sejarawan telah menolaknya sebagai dakwaan yang tidak masuk akal.
Dalam catatan rasmi sejarah British (War Against Japan vol IV, The Reconquest of Burma, 1965) hanya merujuknya sebagai “kawasan paya bakau yang dipenuhi buaya”.
RUJUKAN:
An Odyssey Of War And Peace – JFR Jacob
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih