USA tak pernah berhenti untuk ‘menghiburkan’ warga dunia melalui berita tempatannya, selain penglibatan di pentas global. Dan jujurnya, kali ni aku terasa di persimpangan ketika membaca berita yang ini.

Dah menjadi tradisi sebelum perlawanan bola kaki amerika (american football Rolling on the floor laughing) dimulakan, lagu kebangsaan Negeri Bersatu Amerika/Amerika Syarikat dimainkan, dan semua pemain perlu berdiri sambil meletakkan tangan kanan di dada.

Tapi sejak 2016, seorang pemain yang bernama Colin Kaepernick telah memulakan ‘tradisi’ baru, iaitu melutut ketika Star-Spangled Banner berkumandang. Tindakan beliau pada mulanya disebabkan protes kepada jarak sosial bangsa yang jauh antara warga kulit putih dengan warga bangsa lain, ditambah dengan keganasan polis negeri terhadap bangsa selain kulit putih yang berleluasa di serata negara. Selain itu, protes ni juga berpunca dari Trump sendiri yang mengarahkan pentadbiran NFL untuk memecat pemain-pemain yang turut serta dalam protes ni.

Sehingga hari ni, Kaepernick yang berumur 32 tahun ni masih tak diambil mana² pasukan untuk bermain, selepas dipecat pada tahun 2017.

Gerakan melutut ni juga disertai seorang pemain bola sepak wanita kebangsaan USA, Megan Rapinoe pada tahun tu juga. Turut memprotes atas sebab sama, terasa bahawa bangsa lain di USA tidak mendapat tempat sewajarnya dalam kelas sosial, terasa disisihkan, dan dah tentu – Trump juga.

Budaya ni kembali mendapat tempat di media US tahun ni, apabila Drew Brees, quarterback New Orleans Saints dalam wawancaranya baru² ni dgn Yahoo Sports menyatakan beliau tak pernah setuju dengan apa-apa tindakan yang tidak menghormati bendera dan lagu kebangsaan USA.

Malangnya, kenyataan Brees menimbulkan kemarahan pelbagai pihak termasuk rakan-rakan pemainnya sendiri, dan beliau terus menciap dan memuat naik video di Twitter, memohon maaf atas keceluparan(?) tersebut.

Maafnya itu menarik perhatian Presiden US sendiri, sehingga Trump menciap x bersetuju dgn maaf Brees tu, “We should be standing up straight and tall, ideally with a salute, or a hand on heart. There are other things you can protest, but not our Great American Flag – NO KNEELING!”

Dilemma kan? Antara menyokong pergerakan membela mangsa akibat keganasan dan ketidaksamarataan bangsa, dengan patriotisme kepada negara sendiri. Kematian George Floyd baru-baru ni pun turut menambah rencah dalam persimpangan ni.

Adakah perlu hilang hormat pada lambang patriotik negara – demi perjuangan hak kebebasan dan sama rata? Tepuk dada tanya selera.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

"Jack of all trades; master of none - but better than master of one." Anggota TDM yang masih mencari irama dalam lirik yang ingin dimelodikan di dalam bentuk tulisan keamanan. Ilmu itu pengaman, dan mengamankan.

Comments are closed.