Aku nak rekomen buku baharu Ninot Aziz berjudul “Lipur Lara Nusantara”.

Lipur lara? Ada kaitan dengan “penglipur lara”?

Ada. Buku ini adalah himpunan cerita rakyat yang disampaikan oleh penglipur lara secara turun-temurun.

Aku nak rekomen buku baharu Ninot Aziz berjudul “Lipur Lara Nusantara”.

Lipur lara? Ada kaitan dengan “penglipur lara”?

Ada. Buku ini adalah himpunan cerita rakyat yang disampaikan oleh penglipur lara secara turun-temurun.

Cerita rakyat tidak diketahui penciptanya dan dianggap sebagai warisan milik bersama. Dulu ia disampaikan oleh tukang cerita known as penglipur lara.

Penglipur lara ada banyak jenis: kalau Awang Batil bercerita sambil memukul batil, kalau Tarik Selampit main rebab.

Tradisi penglipur lara ada dalam semua tamadun: macam Bard dalam tamadun Celt (peribumi Britain, nenek moyang orang Scotland, Wales dan Ireland), Troubadour di Sepanyol dan Itali, Skald di Eropah Utara, Jianggu (講古) dalam masyarakat Cina dan Pansori (판소리) di Korea.

Lipur bermaksud hibur, lara bermaksud perasaan duka atau sedih. Jadi tujuan utama cerita rakyat adalah untuk menghibur, tapi pada masa yang sama juga bertujuan untuk mendidik.

Sistem nilai sesebuah bangsa selalunya digambarkan dalam cerita rakyatnya.

Macam cerita Mulan yang menjadi kebanggaan masyarakat Cina menonjolkan banyak nilai murni tamadun Cina seperti “filial piety” (berbakti kepada ibu bapa), kesetiaan kepada negara dan keberanian.

Dalam cerita rakyat Melayu pun ada ramai “Mulan” – Walinong Sari, Cik Siti Wan Kembang, Arduga, Siti Zubaidah. Mereka semua merupakan srikandi (female warriors) yang pandai bersilat gayung, melambung lembing dan berperang dengan negara besar.

Cerita rakyat boleh memangkin nasionalisme dengan menghidupkan roh & jiwa bangsa.

Negara bangsa Jerman berjaya ditubuhkan selepas penerbitan Kinder und Hausmärchen (Children’s and Household Tales) oleh Jacob & Wilhem Grimm pada 1812 yang menghimpunkan cerita2 rakyat Jerman.

Tujuan Brothers Grimm menghimpunkan cerita-cerita ni adalah untuk lawan Perancis yang mendominasi bangsa Jerman pada awal abad ke-19. Misalnya Westphalia (tanah tumpahnya darah Brothers Grimm) yang diperintah oleh Jérôme Bonaparte, adik Napoleon maharaja Perancis.

Cerita rakyat Grimm ada mesej tersirat: Princess yang innocent macam Cinderella melambangkan rakyat yang suci, tidak dijaga ibu ayah (penguasa Jerman yang lemah), dibuli watak jahat (kuasa asing) manakala Prince yang menyelamatkan Princess melambangkan pemerintah baharu.

Cerita rakyat berjaya menanam semangat dan kepercayaan orang Jerman untuk memerdekakan diri daripada cengkaman kuasa asing. Dan pada tahun 1871 akhirnya bangsa Jerman mendirikan negara bangsa yang bersatu.

Di Korea, Pansori memainkan peranan sama. Di zaman penjajahan Jepun (1910-1945), nasionalis mempopularkan Chunhyangjeon malah menjadikan ia filem Korea pertama pada tahun 1922. Tema melawan ketidakadilan dalam cerita dapat menyemarak nasionalisme orang Korea dengan mudah.

Kalau korang masih tak familiar dengan warisan cerita rakyat sendiri, maka buku ini wajib dimiliki korang. Banyak kisah yang ramai orang kita tak pernah dengar, macam “Ratu-Ratu Pattani” pernah dijadikan sebagai filem Queen of Langkasuka (2008) oleh Thailand.

Nak memiliki jiwa yang lebih tinggi, nak bina semula jati diri bangsa yang hilang, cerita rakyat adalah best starting point.

Beli di https://www.thepatriots.store/store/books/lipur-lara-nusantara-ninot-aziz/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.