Bercerita tentang Seneca Village, kampung integrasi yang terbina sekitar 1920an oleh imigran dari Jerman dan Ireland, selepas diduduki oleh orang kulit hitam yang disisih dari Downtown New York yang lebih maju ketika itu oleh orang kulit putih, hanya kerana mereka baru dibebaskan dari perhambaan.
Selepas tidak lagi menjadi hamba, mereka terpaksa bersaing dengan yang lain untuk mendapatkan kerja di situ, tetapi gagal dan terpaksa mendirikan penempatan lain untuk terus hidup.
Bermula dari seorang kulit hitam yang berjaya membeli tanah di Seneca Village, dan berkembang kepada berdozen-dozen pemilik tanah yang lain. Turut dibina ialah beberapa gereja, selain penempatan tersebut juga disertai imigran dari luar, dan akhirnya terdirilah eksperimen model penempatan campuran pertama di New York.
Malangnya, Seneca Village tidak dapat bertahan lama. Golongan elit New York yang kononnya ‘ambil perhatian’ tentang kesinambungan bandar dan alam semulajadi, beramai-ramai mengundi untuk membina Central Park di kawasan utara New York, yang mana antara tanah yang terlibat ialah Seneca Village itu sendiri.
Harus diingat, tanah di Seneca Village itu diduduki secara sah di sisi undang-undang. Tetapi suara penduduknya tidak kedengaran, walaupun mereka mempunyai hak mengundi sama dan setara dengan yang lain. Media massa ketika itu turut memainkan peranan, memburukkan keadaan dengan menyebarkan dakyah bahawa Seneca Village diduduki oleh golongan gasar; tak bertamadun, miskin, rumah yang tidak sempurna serta tidak merugikan sesiapa jika dirobohkan.
Hasilnya, terdirilah Central Park di New York, dengan korban perobohan pelbagai penempatan ketika itu, dan kini taman dalam bandar tu menjadi kebanggaan US amnya, dan New York khasnya. Acah simbiosis antara hutan konkrit dan alam semulajadi, katanya. Tapi bukan sedikit darah terkorban kerananya.
Ironik kan?
Tapi ini bukan cerita pasal taman tu sahaja. Nak cerita pasal dasar penerimaan sesuatu negara.
Penduduk US hari ni, majoritinya bukan orang asal tanah tersebut. Hasil pertemuan Columbus dan kemajuan teknologi perkapalan awal 1900an, US menjadi tempat penghijrahan pelbagai etnik dan bangsa dari pelbagai negara, terutamanya Eropah. US itu sendiri lahir dari dekolonisasi British selepas Perang Revolusi berakhir tahun 1783. Nampak macam perang menuntut kemerdekaan, tapi aku nampak perang lawan bapak sendiri. Yalah sama-sama sekulit putih, asal usul pun lebih kurang.
Berbanding dengan Malaysia, yang sebelum kedatangan British pun telah diduduki orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak, dan penjajah tu sendiri membawa imigran yang akhirnya kita terima dan hidup damai bersama selama 63 tahun lamanya.
Keterbukaan US terhadap imigran bagi aku ialah hipokrasi. Kepura-puraan atas nama kebebasan. Kerana menjulang nama ‘bebas’, terpaksa bertopengkan keterbukaan padahal sifat perkauman masih menebal.
Malaysia yang mengamalkan keterbukaan sederhana, lebih jelas harmoni dan keamanannya. Rakyat Malaysia sentiasa terbuka pintu dan tangannya, menerima tetamu dari serata dunia. Walaupun akhirnya bumi dipijak milik orang, tapi kita masih mampu senyum sentiasa.
Yalah, sampai seorang anggota bomba tak bersalah terkorban akibat ‘perang tanah’, kita masih mampu beralah. Baik kan orang Malaysia?
Tapi itulah, Kuala Lumpur bukan New York. Kita takkan sanggup robohkan Brickfield mahupun Petaling Street hanya ingin membina Taman Tasik Perdana kedua. Kita juga takkan menghamba-abdikan pelarian walaupun jurangnya jelas berbeza. Semua manusia boleh kata sama rata hidupnya di Malaysia, walaupun ramai yang tak nampak dengan mata.
Kekalkanlah senyumanmu, Kuala Lumpur. New York dan abang-abangmu yang lain tak perlu dicontohi.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih