Hujan renyai-renyai kadangkala lebat tanpa henti serta suhu sejuk sedang melanda beberapa kawasan di Malaysia sejak beberapa hari yang lalu.
Pelbagai spekulasi mula berlegar-legar di alam maya berikut keadaan tersebut.
Apakah sebenarnya yang berlaku?
1) Hujan renyai-renyai kadangkala lebat tanpa henti yang melanda negara terutama selatan semenanjung sejak beberapa hari lalu disebabkan faktor luruan monsun.
– Umum mengetahui, negara kita sedang mengalamai musim angin monsun timur laut ketika ini yang kebiasaannya bermula sekitar bulan November setiap tahun sehingga ke bulan Mac tahun berikutnya.
Angin monsun timur laut berlaku ketika kawasan hemisfera utara sedang mengalami musim sejuk manakala kawasan di hemisfera selatan pula sedang mengalami musim panas.
Keadaan di hemisfera utara yang sejuk menyebabkan wujudnya sel-sel tekanan udara tinggi di sekitar pedalaman Asia khususnya di kawasan Siberia dan Mongolia.
Pada masa yang sama, keadaan di hemisfera selatan yang panas menyebabkan wujudkan sel- sel tekanan udara rendah yang terjadi di sekitar Austaralia dan lautan sekitarnya.
Perbezaan tekanan udara antara dua kawasan tersebut akan mewujudkan cerun tekanan dari arah pedalaman Asia menuju ke benua Australia dan laut sekitarnya.
Akibatnya, akan wujud satu pola aliran udara dari pedalaman Asia menuju ke benua Australia.
Apabila udara ini bergerak keluar daripada sel tekanan tinggi di pedalaman Asia, ia akan dibiaskan ke kanan oleh daya koriolis yang berlaku disebabkan putaran bumi pada paksinya dan seterusnya menghasilkan sistem angin monsun timur laut.
Angin monsun ini kemudiannya akan terbias ke kiri setelah melintasi khatulistiwa akibat daya koriolis dan memasuki hemisfera selatan sebagai angin monsun barat laut.
Sepanjang musim monsun timur laut berlangsung, terdapat beberapa kali episod ledakkan udara sejuk yang kuat atau dipanggil luruan monsun keluar dari pendalaman asia dan bergerak ke arah Malaysia khususnya di kawasan pantai timur semenanjung yang boleh menyebabkan hujan lebat berserta angin kencang.
2) Wujudnya suatu kawasan bertekanan rendah yang dikenali sebagai pusaran borneo (telah diberi kod ” 90W “) berhampiran Borneo ~ Singapura baru-baru ini.
– Gandingan luruan monsun dengan kepelbagaian keadaan cuaca setempat, contohnya wujudnya kawasan bertekanan rendah yang terbentuk di sekitar Borneo.
Carta cuaca daripada pihak Jabatan Meteorologi Thailand menunjukkan wujudnya suatu kawasan bertekanan rendah yang diberi kod “90W” oleh Pusat Amaran Taufan Bersama pada 12 Januari 2018.
Ramalan arah gerakkan “90W” dengan menggunakan model ramalan berkomputer.
3) Kesan ayunan Madden-Julian turut mempengaruhi taburan hujan.
– Ayunan-ayunan atmosfera turut berperanan dalam menentukan corak taburan hujan.
Contohnya: Ayunan Madden-Julian ( MJO )
Secara ringkasnya MJO adalah sebahagian keragaman iklim dalam musim di kawasan tropika yang berayun dengan kekerapan sekali dalam tempoh 30 hari dan 60 hari.
Kedudukan terkini ayunan Madden-Julian pada 14 Januari 2018
..
Atas faktor-faktor di atas serta beberapa faktor sampingan yang lain, selain menyebabkan hujan berterusan, keadaan tersebut secara langsung menyebabkan suhu lebih sejuk berbanding hari biasa di beberapa kawasan.
..
Wallahu A’lam.
Rujukkan :
- Jabatan Meteorologi Malaysia
- Pusat Amaran Taufan Bersama
- NOAA
- nullschool.net
- Jabatan Meteorologi Thailand
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih