Hitler seringkali digambarkan sebagai seorang lelaki yang sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sewaktu Perang Dunia kedua, Hitler telah bertindak membunuh kaum Yahudi sewaktu kejadian Holocaust yang telah meninggalkan sejarah hitam buat kaum Yahudi.
Namun begitu, adalah agak mengejutkan untuk kita ketahui bahawa Hitler juga mempunyai sisi baik dan lembut di dalam dirinya. Beliau seringkali digambarkan sebagai individu misteri yang menyimpan seribu rahsia.
Telah direkodkan di dalam sejarah, bahawa ibu kandung Hitler, Klara Hitler merupakan seorang wanita yang sangat lembut, baik dan penyayang. Adolf Hitler mempunyai hubungan yang sangat rapat dan baik bersama ibunya. Di dalam sebuah temu bual, adik perempuan Hitler yang bernama Paula, telah menggambarkan Hitler sebagai anak lelaki yang sangat baik dan taat pada ibunya sendiri. Hitler juga seringkali didera secara kasar oleh ayah kandungnya sewaktu beliau masih kecil. Menurut Paula, pada kebiasaannya selepas Hitler didera atau dipukul oleh ayahnya, beliau akan dipujuk dengan lembut oleh ibu kandungnya.
Pada tahun 1903, Alois Hitler iaitu bapa kandung Adolf Hitler telah meninggal dunia akibat serangan jantung, meninggalkan Klara Hitler bersorangan menjadi seorang ibu tunggal. Menurut Ian Kershaw, penulis buku “Hitler: A biography”, sewaktu Hitler berusia 16 tahun, beliau berpura-pura mengidap sebuah penyakit bagi menyakinkan ibunya bahawa beliau tidak sesuai untuk ke sekolah. Hitler bercita-cita untuk menjadi seorang ahli muzik dan pelukis yang terkenal dan mempunyai minat yang sangat sedikit di dalam bidang akademik.
Klara Hitler juga pernah menghadiahkan sebuah piano kepada Hitler oleh kerana anak lelakinya itu begitu mencintai muzik. Setiap tahun, pada ulangtahun kelahiran ibunya, Hitler akan menghadiahkan ibunya tiket untuk melihat persembahan teater. Menurut Adolf Hitler sendiri, saat ini di dalam kehidupannya merupakan saat yang paling bahagia buat dirinya dan beliau berasa seolah-olah beliau sedang berada di dalam mimpi yang sangat indah.
Namun begitu, dunia Hitler telah berubah menjadi suram apabila Klara Hitler telah didiagnos mengidap penyakit barah payudara yang sangat kronik. Keluarga mereka telah bertemu dengan Eduard Bloch, seorang doktor Yahudi. Menurut Bloch, sebahagian daripada payudara Klara harus dibuang di dalam sebuah pembedahan yang amat berisiko tinggi. Selepas usai pembedahan tersebut, Klara telah menjalani rawatan susulan yang sangat menyakitkan di rumahnya. Ketika ini, menurut Paula, Adolf Hitler telah mencurahkan segala kasih sayangnya buat ibunya dan selalu memberikannya layanan yang terbaik. Klara Hitler telah meninggal dunia pada umur 47 tahun akibat barah payudara.
Adolf Hitler berasa sangat sedih serta murung selepas kematian ibunya. Di dalam sebuah memoir yang ditulis oleh Bloch, Bloch mengatakan bahawa beliau tidak pernah melihat individu yang lebih sedih melebihi Hitler selepas kematian ibunya.
Bagi memberikan penghormatan buat ibunya, pada setiap tahun pada hari kelahiran ibunya, Hitler akan menganugerahkan ibu-ibu terpilih di German untuk menerima pingat ‘The Mother’s cross’, bagi menghargai usaha mereka membesarkan anak-anak mereka. Malah, menurut rekod sejarah, dikatakan bahawa Hitler sentiasa membawa gambar ibunya bersama beliau sehinggalah saat akhir beliau menghembuskan nafas.
Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa punca utama Hitler begitu membenci kaum Yahudi adalah kerana Bloch yang berketurunan Yahudi tidak mampu untuk menyelamatkan ibunya. Di samping itu, ada juga riwayat lain yang mengatakan bahawa Hitler sangat berterima kasih kepada Bloch kerana beliau masih berusaha untuk menyelamatkan ibunya dan sering menghantar kad ucapan pos kepada doktor tersebut. Namun begitu, punca utama Hitler menjadi anti kepada kaum yahudi masih lagi menjadi misteri yang belum dirungkai.
Hitler juga pernah berhijrah ke Vienna dengan memegang harapan untuk menjadi seorang ahli artis atau seorang pelukis yang berjaya. Beliau telah cuba memohon untuk memasuki “Academy of Fine Arts Vienna”, namun permohonnya telah ditolak sebanyak dua kali. Ketika itu, Hitler hidup sebagai gelandangan yang miskin dan seringkali menumpang tidur di bawah jambatan-jambatan dan menumpang makan di ‘soup kitchen’ yang berdekatan. Dikatakan, Hitler telah cuba untuk menyara kehidupannya dengan menjual lukisan-lukisannya di jalanan Vienna. Di dalam autobigrafinya yang berjudul “Ment Kampf”, Hitler telah menulis mengenai harapannya untuk menjadi pelukis terkenal yang tidak pernah kesampaian.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih