Seringkali kita mendengar tentang teknologi ketenteraan, diadaptasi dan dipergunaluas dalam kehidupan awam. Internet dan telefon selular adalah contoh terbaik. Siapa sangka teknologi sebegini asalnya adalah dicipta dengan tujuan untuk digunakan dalam aspek ketenteraan, tapi akhirnya, seperti sekarang, menjadi satu kewajipan yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Tapi, adakalanya, keadaannya jadi terbalik – seuatu yang diwujudkan untuk kegunaan harian atau biasa, akhirnya dierapkan ke dalam penggunaan ketenteraan. Salah satunya adalah ghillie suit.

Sut ini tidak dapat diasingkan daripada dikaitkan dengan penembak hendap atau sniper. Sebut saja sniper, imej manusia berpakaian selreh seperti hantu raya atau bigfoot ini akan segera terjelma di mata. Dalam senario operasi biasa, di mana satu pasukan sniper terdiri daripada dua orang, kedua-duanya – sniper dan spotter, biasanya akanmengenakan sut ini. Ia adalah sejenis pakaian samaran yang direka untuk menyamai persekitaran oeprasi penembak tersebut.

Walaupun kita sering mengaitkan sut ini dengan rambu-ramba berwarna seperti daun hijau, sut ini juga sebenarnya terdapat dalam warna salji atau pasir. Kebiasaannya, ia terdiri daripada jaring atau pakaian yang ditutup dengan potongan-potongan longgar kain guni, kain celoreng atau sulur tumbuhan, yang kadangkala dibuat untuk menyerupai dedaun atau ranting-ranting kecil, dan ditambah dengan helaian daun yang terdapat di sesuatu persekitaran itu sendiri.

Sejarahnya, sut ini sebenarnya bukan dicipta untuk penggunaan tentera. Sebaliknya, ia sebenarnya telah direka oleh ghillies – yang memberikan nama kepada sut ini. Perkataan asalnya adalah Ghillie Dhu, diambil daripada perkataan gille – daripada bahasa Gaelic Scotland yang bermaksud “ orang suruhan” atau “ budak”. dalam bahasa Inggeris, terma ini merujuk kepada mereka yang membantu semasa pemburuan atau penghendapan rusa, atau ekspedisi memancing dijalankan di kawasan tanah tinggi Scotland.

Tujuan pemakaiannya adalah untuk memecahkan garisan bentuk manusia, ketika mereka menghendap dan mendekati binatang buruan seperti rusa. Disebabkan oleh bentuk yang terhasil adalah berceragah, ia menimbulkan kesukaran untuk pandangan manusia atau binatang sekalipun untuk mengenalpasti pemakainya. Sut ini juga adalah lebih mudah dibawa ke mana-mana, berbanding lain-lain alatan penyamaran seperti kotak kayu dan sebagainya.

Penggunaannya dalam aspek ketenteraan telah dimulakan oleh Lovat Scouts – sebuah rejimen Tanah Tinggi Scottish, yang telah dibentuk oleh Tentera British, semasa Perang Boer Kedua. Pada tahun 1916, Lovat Scouts kemudian berkembang menjadi unit sniper pertama Tentera British. Bagi sniper pasukan Tentera Ausralia pula, sut ini dipanggil “yowies”, kerana rupanya yang seakan sama dengan Yowie – makhluk mistikal seperti Yeti dan Bigfoot yang dikatakan hidup di kawasan liar Autralia.

Cara pemakaian ghillie suit

Selain daripada anggota tentera, sut ini juga dipakai oleh anggota polis terutamanya daripada pasukan khas, pemburu dan juga fotografer alam semulajadi untuk melindungkan diri mereka daripada musuh atau sasaran. Sut ini berfungsi dengan memberikan pemakainya pemecahan visual 3-dimensi, dan bukannya pemecahan linear. Jika dikeluarkan dengan cara yang betul, sut ini mampu menunjukkan pergerakan yang sama seperti tumbuhan yang berada di sekeliling pemakainya. Sesetengah sut diperbuat daripada bahan yang ringan dan mampu bernafas, yang membolehkan pemakainya memakai pakaian lain di lapisan bawah. Adakalanya, ia diperbuat daripada benang jerami, menjadikannya sangat panas.

Antara ghillie suit dan camo suit

Walaupun ianya berkesan, adakalanya sut ini tidak digunakan, terutamanya dalam persekitaran tropik seperti di negara kita. Kenapa? Dahla panas..berat pulak tu. Suhu di bawah sut ini boleh mencecah sehingga 50 °C (120 °F). Kalau diperbuat daripada kain guni pula, ianya mudah terbakar, melainkan jika ia dirawat dengan bahan penahan api. Mana taknya. Kalau kena si penembak tu beroperasi berdekatan dengan punca letupan seperti grenad asap atau fosforus putih, tak pasal-pasal rentung.

Sniper’s stress test

Untuk meningkatkan keselamatan, Pusat Sistem Personel Tentera US atau US Army Soldier Systems Center telah membangunkan sejenis fabrik yang bersifat anti-bakar dan malah mampu terpadam sendiri bagi menggantikan jut atau kain guni. Material ini telah diuji di medan pada lewat tahun 2007 di Sekolah Sniper School, Fort Benning dan telah mula dijadikan pemakaian isu standard sejak Jun 2008.

Di Malaysia, menjadi seorang sniper tidak hanya bergantung kepada kemahiran menembak semata. Antara ujian yang perlu dilalui adalah apa yang dipanggil sebagai sniper’s stress test. Dengan berpakaian ghillie suit penuh, anda diperlukan untuk berlari mendaki slope yang bersudut 45 darjah, siap dengan semua kelengkapan dalam masa 3 minit. Setelah sampai, dalam keadaan tercungap-cungap tu, anda perlu pasanag  senjata dan skop bersama-sama spotter anda dalam masa kurang 10 saat. Dari situ, tenang dan lepaskan tembakan. Dan bayangkan ketika itu, anda masih sedang cuba mengembalikan nafas anda. Ada berani?

Kalau jalan dalam shopping mall pun tercungap-cungap… you might want to rethink the whole thing… =WRA=


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aenid Abdullah, berkelulusan B.Ed.TESL ( Hons.) daripada Universiti Of Exeter, United Kingdom dalam bidang Bahasa Inggeris adalah anak desa berasal dari sebuah desa kecil di Kedah. Meski sudah jauh merantau, beliau tidak pernah lekang daripada kesukaannya terhadap sambal belacan,durian,petai dan harum bumi Malaysia tatkala disimbah hujan. Kecintaannya yang paling besar adalah terhadap dunia pertahanan, senjata, motorsikal berkuasa tinggi dan aktiviti-aktiviti mencabar.

Comments are closed.