Ketika Herod lahir di Judea, salah satu daripada kerajaan Purba Yahudi yang pernah berdiri di bumi Syam (Levant), kerajaan itu berada dibawah taklukan Empayar Rom ketika itu. Setiap raja atau pun gabenor yang dilantik untuk menttadbir Judea adalah atas perkenan Empayar Rom itu sendiri. Ketika Herod lahir, ayahnya ialah salah seorang pegawal kerajaan untuk raja boneka Rom bernama Hyrcanus.

Namun, pada tahun 40 SM, dicatatkan bahawa raja ini pun mangkat dan digantikan oleh Antigonus. Namun, Antigonus tidak seperti Hyracanus, Antigonus memilih untuk membebaskan Judea dari pengaruh Rom. Tentera-tentera sempadan Rom dihalau keluar dari Rom, bahkan Antigonus juga mahu menghapuskan mereka-mereka yang ada kaitan dengan Hyracanus dan yang berkonspirasi meletakkan Judea dibawah jajahan Rom. Ini membuatkan Herod melarikan diri dari Judea menuju ke pusat pemerintahan Hom, dan merayu pada Julius Caesar untuk menghantarkan bantuan.

Sebenarnya si Herod ini sudah tentu, dibenci oleh bangsanya kerana berkerjasama dengan penakluk dan penjajah seperti Rom. Manakala Rom pula memandang Herod adalah seorang yang lemah dan peminta sedekah yang sebenarnya tidak layak untuk mewakili Rom di Judea. Namun, memandangkan Rom juga terdesak memerlukan boneka baru untuk mentadbir wilayah taklukannya itu, dan tiada pilihan lain yang lebih tepat seperti Herod, maka Herod dilantik oleh senat Rom dan Caesar sebagai raja Judea memandangkan tidak ada pilihan lain.

Raja Herod kembali ke Judea selepas diberikan ribuan tentera Legion Rom untuk bersama dengannya untuk menakluk semua kerajaan Judea daripada Antigonus. Bersama dengan Judea ialah jeneral perang Rom yang terkenal dengan kisah cinta Celeopatra dari Mesir Purba pada waktu terkemudiannya. Akhirnnya pada 37 SM, maka Judea berjaya ditakluki oleh Herod. Namun, penaklukan Herod ke atas Judea yang bermula dengan kepungan selama 40 hari itu berakhir dengan tumpahan darah nyawa bangsa-bangsa Yahudi yang dikhianti oleh Herod demi sebuah kuasa.

Herod yang cuba menghentikan tentera Rom yang menyerbu ke dalam Judea tidak dapat berbuat apa-apa kerana Marc Anthony tidak mengendahkannya. Marc Anthony hanya meninggalkan Judea apabila kemusnahan yang cukup membinasakan berlaku pada Judea, meninggalkan Herod untuk jadi raja yang memerintah puing-puing kehancuran. Marc Anthony juga meninggalkan Herod bersama dengan tentera-tentera Rom yang ditugaskan untuk mengawasi Herod.

Selepas berkuasa menjadi raja, langkah pertama Herod ialah mahu mendapatkan pengiktirafan daripada bangsanya sendiri. Lantas, puteri raja dari dinasti yang digulingkannya sendiri iaitu Dinasti Hasmonean bernama Mariamne pada 32 SM. Perkahwinan yang bersifat politik itu adalah dengan harapan perajaan Herod lebih kuat namun bangsanya tetap menolak dirinya menjadi raja.

Ini telah membuatkan Herod perlahan-lahan terjun ke lembah paranoid. Dia mula merasakan bahawa setiap hari, saat, minit dan jam akan ada operasi pembunuhan bakal dijalankan ke atasnya. Lagi-lagi daripada keluarganya sendiri. Jadi, dari sikap paranoid itu, Herod mula bertukar menjadi seorang kejam. Maka, antara benda kejam pertama yang dilakukannya ialah abang iparnya dilemaskan sendiri dalam kolam mandinya hanya kerana dia takutkan Rom lebih berminat untuk menjadikan abang iparnya sebagai Raja Judea.

Lalu pada tahun 31SM, Herod menerima pengkhabaran bahawa Rom terjerumus ke perang saudara antara Marc Anthony dan Octavian Caesar. Pada perebutan kuasa itu, Herod telah berpihak kepada Marc Anthony namun akhirnya Marc Anthony ditewaskan. Ini membuatkan Herod terus mengirimkan surat-surat kepada Octavian, menyatakan taat setianya meski dia pernah satu ketika, membelakangi lelaki itu. Mujurlah Octavian masih berterusan menjadikan Herod sebagai raja di Judea memandangkan tiada pilihan lain yang lebih sesuai pada pandangan matanya.

Selepas peristiwa itu, paranoid Herod makin menjadi-jadi. Isterinya kini mula menjadi mangsa. Awalnya, dia meletakkan para pegawal peribadi untuk mengawasi isterinya, takut yang nanti isterinya akan menuntut takhtanya kalau dia mati nanti. Selepas tu, dia mendengar pula khabar-khabar angin yang disebarkan bahawa terdapat banyak ancaman yang bakal meragut nyawanya. Dia mula bersangka-sangka pada isterinya kononnya isterinya sedang merancang untuk membalas dendam ke atas Dinasti Hasmonean.

Akhirnya, dia mengarahkan agar isterinya dikapak di leher. Ketika kepala isterinya terpisah dari leher, barulah Herod menyedari dia buat membuat kesilapan besar dengan membunuh isterinya hanya kerana sangka buruknya. Maka, Herod mula memasuki fasa meratap, meratip dan menangisi isterinya. Bahkan dia mula mendapat halunisasi yang menampakkan bayangan isterinya menjerit kesakitan ketika meredah koridor-koridor istananya. Untuk mengelakkan halunisasi yang melibatkan isterinya menerjah mindanya pada setiap masa, maka Herod mengarahkan pembinaan kuil agung yang indah sebagai mengalihkan perhatiannya daripada sang isteri yang baru sahaja dia bunuh.

Ketika salah seorang rapat Caesar melawat Judea pada 15 SM, lalu dia jadi kagum dengan pembinaan kuil yang sedang dijalankan oleh Herod tanpa mengetahui bahawa Herod sedang dalam kondisi mental yang paling tak stabil dalam hidupnya. Judea menurut Marcus Agrippa pula dikatakan lebih maju dari kali terakhir ketika dijarah oleh Marc Anthony. Herod seboleh mungkin berlagak normal dihadapan Agrippa sehinggalah Agrippa kembali ke Rom.

Selepas itu, paranoid bahawa keadaan mentalnya yang tidak stabil itu akan disebarkan kepada Rom, maka dia menjadi semakin kejam. Sesiapa sahaja yang bercakap atau merungut atau menunjukkan tanda tidak senang dengan kegilaannya, akan dibunuh. Sekumpulan rabbi dan para pelajarnya ditanam hidup-hidup hanya kerana menjatuhkan patung helang imperial Rom dalam sebuah bangunan di kerajaan Judea. Dia kemudian membunuh dua orang anak sulungnya hanya kerana dia menyangka bahawa mereka berdua sedang merancang plot untuk menggulingkannya.

Pada 4SM, Herod telah jatuh sakit, dan kemudian idea bahawa dia tidak akan ditangisi apabila dia mangkat nanti terus menerjah ke dalam mindanya, terus Herod mengarahkan bahawa setiap bangsawan dikerahkan untuk melawatnya sakit. Kemudian, para bangawan ini diminta dikumpulkan di hippodrome (sejenis binaan yang menyerupai colloseum untuk keraian seperti sarkas). Arah Herod, apabila dia mati, maka para bangsawan itu juga harus dibunuh. Semuanya kerana dia merasakan para bangsawan ini tidak akan bersedih kalau dia mati.

Akhirnya pada tahun yang sama, Herod mangkat juga dalam keadaan menjerit kesakitan yang amat sangat. Dia dikatakan mati kerana kegagalan buah pinggangnya berfungsi. Pada saat kematiannya, dia dikatakan melihat visi isterinya yang tersayang yang dibunuhnya dan diseksa dengan wajah isterinya yang tidak sempurna kerana perbuatannya sendiri.

Mujurlah adik perempuan Herod tidak seperti Herod. Arahan Herod supaya para bangsawan dibunuh kalau dia mati dibatalkan oleh adik perempuannya. Maka seluruh kerajaan ketika itu meraihkan kematian Herod dengan laungan “Herod si gila sudah mati!” Bahkan, dikatakan bahawa keadaan kematian Herod yang menyeksakan itu dikatakan adalah balasan TUHAN ke atasnya yang terlalu kejam sepanjang pemerintahannya.

Rujukan:

John White (2014) All About History: Book Of Historic Leader. Imagine Publishing.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply