Pada 6 April 1453, sekitar 80, 000 t3ntera merapatkan barisannya di bawah panji Turki Uthmaniyah pimpinan Sultan Muhammad II. Di balik tembok, Kaisar Byzantium, Constantine IX, tengah memberi perintah kepada 7.000 t3nteranya untuk mempertahankan tembok kota mati-matian. Salah satu konfrontasi t3ntera paling bersej4rah dimulai. Konstantinopel dikepung selama hampir dua bulan, sebelum akhirnya dit4kluk pada 29 Mei 1453.

Jadi tulisan kali ini adalah untuk kongsikan beberapa fakta yang agak menarik berkaitan pen4klukan kota Konstantinopel yang menjadi rebutan dunia ketika itu.

Bukan Kali Pertama Konstantinopel Dit4klukkan

  • Sebelum Kota Konstantinopel dijadikan ibu kota bagi kerajaan Byzantium, iaitu Kekaisaran Romawi Timur, kota ini telah dikepung oleh beberapa kali oleh orang Parsi, Arab, Rusia, Bulgaria dan lain lain.
  • Pasukan Turki Uthmaniyah bukanlah yang pertama kali berhasil men4kluk kota ini. Kota ini pernah dit4kluk oleh T3ntera Salib pada 1204 dimana ketika ini mereka telah terjerat akibat hutang yang besar di bank bank yang terletak di Venice, Itali.
  • T3ntera Salib telah mendirikan Kekaisaran Latin sehingga tahun 1261, dan kemudian telah direbut kembali oleh orang orang Yunani untuk mengembalikan Kekaisaran Byzantium.

Bukan Sekadar Islam Lawan Kristian

  • Pegawai pegawai dari Jerman, Itali, dan Eropah Timur yang telah tunduk pada kekuasaan Turki Uthmaniyah iaitu Bosnia, Serbia dan Hungaria bergabung dengan t3ntera Islam termasuk t3ntera elit Janissari yang telah direkrut sejak kecil dari negeri negeri Kristian Eropah.
  • Constatine IX pula memiliki beribu ribu orang Yunani Ortodoks di bawah kepimpinannya. Dia sempat meminta bantuan Paus Nicholas V, namun tidak mendapat respon positif dari Vatikan dan Raja Raja Katolik di Barat.
  • Giovanni Giustiniani Longo dan para pelaut Itali datang membantu untuk mempertahankan Kota Konstatinopel.

Senjata Raksasa

  • Selain tembok yang tingginya 12 meter dari laut, sebuah rantai raksasa telah dibentangkan di muara Selat Tanduk Emas yang terbukti efektif menghentikan angkatan laut Uthmaniyah.
  • Api Yunani, iaitu api yang boleh terbakar di air, masih menjadi senjata rahsia pasukan Byzantium untuk mempertahankan diri mereka.
  • Pasukan Uthmaniyah juga mempunyai senjata rahsia iaitu meriam Basilica yang mampu menembak peluru seberat 272 kg sejauh 1.6 km.

Pertempuran Bawah Tanah

  • Pert3mpuran pasukan Uthmaniyah dan pasukan Byzantium tidak hanya terjadi di darat dan di laut, namun ada juga di bawah tanah.
  • Para t3ntera dari Jerman yang dikirim dari Serbia ditugaskan Sultan Muhammad Al-Fateh untuk melaksanakan misi itu. Tujuan menggali terowong itu adalah untuk meruntuhkan tapak tembok dan menara dengan cara merobohkan strukturnya.
  • T3ntera Byzantium turut menggali terowong untuk mempertahankan kota mereka dan mereka bert3mpur dengan pasukan Uthmaniyah di bawah tanah. Akhirnya pasukan Uthmaniyah dikalahkan dan mereka mengundurkan diri.

Fenomena Alam dan Ramalan

  • Ketika pengepungan terjadi, beberapa fenomena alam telah berlaku. Pada malam 22 Mei 1453, gerhana bulan telah berlaku. Pasukan Uthmaniyah yang dalam kelelahan bersorak menganggap itu sebagai tanda kemenangan mereka.
  • Pada 26 Mei 1453, Konstantinopel telah diselubungi kabus yang tebal dan cahaya aneh kelihatan di kubah Hagia Sophia, gereja terbesar di kota itu, sebelum ianya menghilang.
  • Pendeta Ortodoks melihatnya sebagai tanda buruk kerana beranggapan bahawa Roh Kudus telah meninggalkan Konstatinopel.

Lalai Menutup Pintu Gerbang

  • Disebabkan angkatan laut Uthmaniyah tidak dapat menembusi rantai di Teluk Emas, maka Sultan Muhammad Al-Fateh memerintahlkan angkatan lautnya untuk bergerak mengikut darat.
  • Dis3rang dari dua sisi, pertahanan Konstantinopel mula goyah. Kelalaian seorang t3ntera Itali dalam mengunci gerbang di salah satu pos pertahanan, gerbang Kerkoporta, telah membawa bencana pada pasukan Byzantium.
  • Seperti yang telah dinyatakan oleh Timothy E. Gregory dalam A History of Byzantium, “Para penyerang menyerbu masuk, memanjat temboknya dan meletakkan bendera Uthmaniyah di sana”.
  • Konstantinopel akhirnya berhasil ditembus dan kepanikan melanda seisi kota.

Penj4rahan 3 Hari 3 Malam

  • Sebelum s3rangan akhir dimulai, Sultan Muhammad Al-Fateh sempat menawarkan kesepakatan untuk Constantine IX. Dia dan pasukannya diminta menyerah dan dipersilakan untuk meninggalkan kota. Namun Constatine IX menolak dan memilih terus berp3rang.
  • Berawal dari kesalahan di gerbang Kerkoporta, Konstantinopel akhirnya jatuh dan kota itu dij4rah 3 hari 3 malam.
  • Constantine IX menanggalkan pakaian kebesarannya dan terjun menghalau serbuan pasukan Uthmaniyah dan Constantine IX m4ti dalam pertempuran tersebut.

Sej4rah Yang Kalah

  • Sehingga saat ini, kisah kejatuhan Konstantinopel banyak ditulis menggunakan sumber sumber Barat, terutama dari saksi mata orang orang Yunani dan Itali yang melarikan diri dari Konstantinopel setelah kota itu jatuh ke tangan t3ntera Islam.
  • Uniknya, sumber sezaman dari pihak Uthmaniyah tidak banyak dan baru ditulis selepas dari zaman berikut.
  • Tulisan Roger Crowley dalam Constantinople: The Last Great S!ege mengatakan bahawa, “1453 menjadi khas dan istimewa kerana dia adalah sej4rah yang banyak ditulis oleh kaum yang kalah”.

Bangkitnya Emp4yar yang Kuat

  • Konstantinopel diubah nama kepada Istanbul setelah berhasil dit4kluk. Sultan Muhammad Al-Fateh kemudiannya mengangkat dirinya sebagai Kayser-I Rum (Kaisar Rom) dan kekaisarannya yang dipimpin sebagai pewaris kerajaan Romawi.
  • Istanbul dibangunkan dengan sentuhan Islam dan gabungan seni bina Barat dan Timur. Selepas men4kluk Konstantinopel, Turki Uthmaniyah menjadi emp4yar yang kuat dari segi ket3nteraan, politik dan ekonomi sehingga akhir abad ke-17.
  • Melalui penulisan Halil Inalcik dalam An Economic and Social History of the Ottoman Empire, Volume 1, “Dapat dinyatakan, tanpa berlebihan, bahawa kekuatan emp4yar Ottoman di Timur secara substantial menyumbang dalam membentuk Eropah Moden”.

RUJUKAN

  1. Halil Inalcik, (1997), An Economic and Social History of the Ottoman Empire, Volume 1, Cambridge University Press.
  2. Johannes Fried, (2015), The Middle Ages, Harvard University Press.
  3. Timothy E. Gregory, (2010), A History of Byzantium, Wiley-Blackwell Publications

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan seorang Jurutera Mekanikal Lapangan di The Hub's Engineering Bergiat aktif dengan YADIM dan merupakan Presiden Kluster Belia di bawah YADIM iaitu Sahabat YADIM.

Comments are closed.