Semasa Per*ng Austro-Prusia pada tahun 1866, Liechtenstein menghantar sejumlah pasukan tentera seramai 80 orang anggota untuk mempertahankan Brenner Pass, sebuah kawasan gunung yang berada di sempadan antara Austria dan Itali sementara 20 orang askar ditinggalkan sebagai unit simpanan.
Sementara itu unit pasukan yang dikerahkan berada di pergunungan itu untuk mempertahankan wilayah tersebut daripada ser*ngan orang Itali yang bersekutu dengan Prussia.
Brenner Pass
Namun sebenarnya mereka tak buat apa-apa pun di sana, seolah-olah mereka dihantar untuk berehat di sebuah pergunungan yang indah, minum wain dan bir, merokok, berpesta dan bersantai sahaja.
Manakala di teater per*ng yang utama pula, Pertemp*ran Königgrätz telah memberikan Prussia kemenangan yang besar, sekaligus menamatkan pertemp*ran itu tetapi tidak menghentikan sepenuhnya Per*ng Austro-Prussia.
Oleh itu, askar-askar Liechtenstein boleh pulang ke kampung halaman tanpa sebarang masalah, seolah-olah baru balik dari bercuti.
Jika sebelum ini kita biasa membaca berapa kiraan kekuatan tentera masing-masing sebelum dan selepas per*ng, dah tentu lah jumlah askar selepas tamat per*ng akan berkurangan kerana terkorb*n atau hilang, tetapi yang ini lain macam sikit.
Sekembalinya askar-askar Liechtenstein yang yang ditugaskan untuk ‘mempertahankan’ Brenner Pass, jumlah anggota mereka yang asalnya hanya 80 orang telah bertambah menjadi 81 orang.
Menurut The World at W*r, seorang pegawai perhubungan pihak Austria menyertai pasukan mereka. Namun ada beberapa pihak mendakwa pegawai itu adalah orang Itali.
Fakta Tambahan :
• Liechtenstein adalah satu-satunya negara di dunia yang dinamakan sempena nama orang yang ‘membelinya.’
• Liechtenstein adalah negara keempat yang terkecil di Eropah selepas Vatican, Monaco dan San Marino.
• Liechtenstein pada dasarnya merupakan sebuah negara yang sangat neutral, mereka bahkan berjaya menghindari dari terlibat dalam Per*ng Dunia Pertama dan Per*ng Dunia Kedua.
• Liechtenstein merupakan negara dengan penduduknya berbahasa Jerman dan telah merdeka dari Jerman.




No comments yet