Diperturunkan wasiat Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dari Kesultanan Acheh Darussalam (1607-1636M) kepada waris baginda seperti berikut :
“… dan lagi raja-raja hendaklah mengamalkan lapan perkara….
1) Hendaklah selalu ingat akan Allah dan meneguhi janji dengan sekelian wazir-wazir dan menteri hulubalang dan sekelian pegawai dan dengan sekelian rakyat.
2) Janganlah raja-raja menghinakan alim-ulama dan yang ahli akal bijaksana.
3) Segala yang datang pada pihak musuh daripada seterunya jangan sekali-kali raja percaya.
4) Hendaklah raja memperbanyak alat senjata dan membeli kesayangan rakyat dan wazir sipahi (tentera), supaya jauhlah musuh raja, sebab ada yang menghalaukan dengan sayang.
5) Hendaklah raja menurun tangan, yakni murah. Hendaklah mengingat kesetiaan rakyat, wazir dan alim-ulama dan sekelian sipahi dengan membalas jasanya masing-masing dengan tertib.
6) Hendaklah raja menjalankan hukum dengan hukum Kitab Allah dan Sunnah Rasul, iaitu seperti yang telah tetap di dalam Qanun Al-Asyi Darussalam; Pertama Al-Quran, kedua Al-Hadis, ketiga Ijma’, keempat Qiyas, maka… keluar daripada itupun empat perkara: Pertama hukum, kedua adat, ketiga qanun, keempat resam.
7) Janganlah raja-raja itu duduk dengan orang yang jahat budi dan jahil.
8) Hendaklah raja-raja itu memeliharakan hati orang yang berbuat baik kepada raja dan kepada negeri dan kepada rakyat. Maka hendaklah raja memandang kepadanya serta memaniskan muka raja memandang mereka itu senantiasa senang hati, kerana ia banyak kebaktian kepada raja. Hendaklah raja itu memeriksa sekalian wazir-wazir dan hulubalang dan segala orang yang jahat dan durhaka dan tiada ia mengikut Qanun kerajaan. Maka tiap-tiap yang salah itu hendaklah dihukum dengan tertib supaya jangan zalim menjatuhkan hukum. ”
” Dan demikian lagi raja-raja hendaklah senantiasa ia memandang sekalian ulama dan bermesyuarat dengan alim ulama dan mendengar nasihat ulama. Dan hendaklah raja-raja itu menjauhkan diri dari bersahabat dengan ulama jahat dan ulama jahil dan ulama tamak, iaitu ulama-ulama yang suka memuji-muji raja dan maghzul*kan dia dan mengharap minta keridhaan raja. Maka ulama itu tamak, yakni tamak kepada dunia. Maka ulama itulah yang membikin huru-hara negeri dan yang memecah-belah rakyat, seperti dajjal…”
Hamka dalam ‘Dari Perbendaharaan Lama’
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih