Jika ditanya penulis tentang perihal pembu_nuh bersiri, pendapat penulis mudah saja. Pembu_nuh bersiri ialah pen.gga.nas domestik yang mengan_cam keamanan orang awam dan didorong oleh motif-motif yang adakalanya pelik bin ajaib. Dalam lipatan sejarah, terdapat beberapa pembu_nuh bersiri yang mengumpul angka kema_tian yang ramai, satu angka yang menggerunkan sehingga hari ini.

  • Harold Shipman

Secara luaran, Shipman menjawat jawatan yang mulia di sisi masyarakat iaitu sebagai doktor. Doktor seharusnya berperanan merawat dan memulihkan pesakit mengikut kepakaran mereka. Tetapi dalam kes Shipman, pembu_nuh bersiri paling digeruni di Britain ini memilih mencabut nyawa 218 pesakit (bilangan sebenar berkemungkinan 250 orang pesakit).

Dia dikatakan melakukan pembu_nuhan sejak tahun 1972 dan bertanggungjawab membu_nuh 71 pesakit semasa berkhidmat sebagai doktor buat kali pertama. Baki pembu_nuhan dikatakan dilakukan di hospital kedua tempat dia bekerja selepas Shipman dibuang dari hospital sebelumnya kerana bertelagah dengan doktor-doktor lain dan bersikap angkuh.

IKLAN: Anda sedang mencari novel thriller? The Patriots baru terbitkan novel keempat kami. Boleh beli di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

Pada tahun 1998, rahsia Shipman sebagai pembu_nuh bersiri mula terbongkar apabila seorang pengurus rumah pengebumian dan seorang doktor tempatan merasa pelik dengan bilangan sijil pembakaran ma_yat yang tinggi yang dikeluarkannya. Satu lagi persamaan ialah kebanyakan pesakit ditemui dalam keadaan duduk dan berpakaian lengkap, bukan berada di katil bagi pesakit yang tenat.

Bagaimanapun, siasatan yang dijalankan tidak mendatangkan hasil sekaligus membolehkan Shipman membu_nuh lagi sebanyak tiga kali. Namun begitu, nasibnya berubah apabila anak perempuan mangsa terakhirnya, Kathleen Grundy menuduhnya bukan saja sebagai pembu_nuh tetapi cuba menuntut hak harta pusaka dengan wasiat palsu.

Tidak seperti mangsa lain, ma_yatnya tidak dibakar sekaligus membolehkan bedah siasat dijalankan. Hasil pemeriksaan pasca-kema_tian mendapati Grundy disuntik dengan sejumlah besar diamorfin, dadah sama yang digunakan Shipman untuk membu_nuh mangsanya. Dia kemudiannya ditahan dan didakwa di mahkamah untuk 15 pembu_nuhan yang sah dilakukannya.

Pada akhir perbicaraan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Shipman pada tahun 2000. Empat tahun kemudian, dia memilih mengambil nyawanya sendiri di penjara tanpa mengakui satu pun pembu_nuhan yang dilakukan.

  • Belle Gunness

Pada akhir abad ke-19, wujud seorang wanita bernama Belle Gunness yang memainkan peranan sebagai Black Widow. Black Widow di sini bukan watak Marvel Comics ya tetapi gelaran kepada pembu_nuh bersiri wanita. Dalam kes Gunness, dia dikatakan bertanggungjawab membu_nuh 15 orang lelaki dengan tujuan menuntut insuran selepas berkahwin dengan mereka.

Untuk menuntut wang insuran, dia berusaha memastikan kema_tian setiap suaminya kelihatan seperti kemalangan biasa. Walaupun dalam banyak kes wujud keraguan terhadap semua kes kema_tian yang difailkan, syarikat insuran pada akhirnya meluluskan setiap tuntutan insuran yang dibuat Gunness. Tiada siapa pun tahu berapa orang yang dibu.nu.hnya tetapi dia dikatakan ma_ti dalam keadaan menge_rikan.

Pada Februari 1908, ladang milik Gunness dibakar. Selepas berjaya memadamkan api, pihak berkuasa menemui ma_yatnya tanpa kepala dan ma_yat anak-anaknya yang rentung terbakar. Selain mereka, pihak berkuasa turut menemui ma_yat-ma_yat mangsa pembu_nuhan Gunness termasuk lelaki yang mahu mengahwininya dan beberapa orang kanak-kanak.

  • Ed Gein

Bagi sesiapa yang pernah menonton filem Psycho dan siri televisyen Bates Motel, pasti sudah mengagak watak Norman Bates diinspirasikan oleh kisah pembu_nuh bersiri Ed Gein. Didera oleh bapa yang bersikap kaki botol dan terlalu dikongkong oleh ibunya yang berfahaman Puritan, ini mengakibatkan dia takut kepada wanita dan seks.

Dalam tempoh lima tahun, Gein kehilangan bapa, ibu dan adiknya sekaligus tinggal bersendirian di ladang mereka di Wisconsin. Akibatnya, satu bahagian rumah ditutup untuk dijadikan tempat pemujaan ibunya.

Pada satu hari, pihak berkuasa tiba di ladangnya bagi menyiasat kehilangan pemilik kedai perkakas, Bernice Worden. Sebaik tiba, alangkah terkejutnya mereka melihat ma_yat Worden tanpa kepala digantung pada kasau rumah berkenaan. Hasil pemeriksaan mendedahkan lebih banyak keng_erian termasuk perkakas rumah diperbuat daripada organ manusia dan wajah manusia sebagai hiasan dinding.

Gein mengakui semua itu diambil daripada ma_yat-ma_yat yang dicuri dari kawasan perkuburan dan menambah bertanggungjawab membu_nuh Worden dan seorang lagi wanita. Dia berbuat demikian kerana merasakan ia boleh menghidupkan kembali ibunya. Gein disahkan menghidap skizofrenia sekaligus tidak layak untuk dibicarakan dan menghabiskan baki hayatnya di hospital mental.

  • John Wayne Gacy

Badut pembu_nuh? Satu-satunya badut pembu_nuh yang boleh difikirkan penulis ialah Joker, antagonis utama Batman dalam DC Comics. Siapa sangka, wujud badut pembu_nuh berupa seorang pembu_nuh bersiri bernama John Wayne Gacy.

Secara luaran, Gacy dianggap tonggak utama masyarakat dan selalu menghiburkan orang ramai sebagai badut untuk keraian kanak-kanak tempatan. Tetapi semua itu berubah apabila pihak berkuasa menyerbu dan menggeledah rumahnya pada tahun 1978. Serbuan dibuat selepas seorang remaja berusia 15 tahun yang hilang dikatakan kali terakhir dilihat di kediamannya.

Sebaik tiba, kejutan besar menanti di ruang bawah tanah Gacy. Di sinilah, pihak berkuasa menemui 29 ma_yat kanak-kanak dan remaja yang mereput yang telah diliwat dan dib.unuh.nya. Penemuan ini turut mengundang kritikan terhadap pihak berkuasa kerana gagal menyiasat Gacy dalam beberapa kes kehilangan kanak-kanak dan remaja dengan dia seharusnya diletakkan sebagai suspek utama.

Selain ma_yat yang ditemui di ruang bawah tanah, Gacy turut mengakui membu_nuh beberapa orang lelaki dan mencampakkan ma_yat ke dalam sebuah tasik sebagai cara pelupusan. Dia didakwa di mahkamah dan didapati bersalah untuk 33 tuduhan b.unu.h sebelum dihukum ma_ti dengan suntikan ma_ut pada 1994.

  • Jeffrey Dahmer

Apabila ditahan pihak berkuasa Milwaukee, Wisconsin pada 1991, pihak polis menyangka penahanan Jeffrey Dahmer sebagai satu lagi penahanan biasa. Tetapi apabila mereka memeriksa apartmen miliknya, sangkaan mereka nyata meleset.

Di sinilah, polis Milwaukee menemui ma_yat-ma_yat yang telah dilapah, kepala-kepala yang telah dipenggal, bahagian kemaluan dan tab mandi berisi asid sebagai cara melupuskan 17 mangsa pembu_nuhannya.

Dahmer melakukan pembu_nuhan pertamanya pada 1978 semasa berusia 18 tahun dan terus melakukannya sehingga ditahan pada 1991. Dia juga pernah dipenjarakan selama setahun pada 1988 kerana memberi dadah dan mencabul kehormatan seorang remaja lelaki. Kebanyakan mangsa Dahmer ialah remaja berlainan etnik dengan ada ketikanya sesetengah ma_yat diproses sebagai makanan untuknya.

Pendedahan sensasi sebegini mengakibatkan Dahmer dikenakan hukuman penjara 957 tahun pada 1992. Dia kemudian kembali ke negeri cacing dua tahun kemudian selepas dis.er.ang dan diti_kam beberapa kali oleh seorang rakan banduan.

  • Ted Bundy

Kacak, berpendidikan tinggi dan pandai berkata-kata – kelebihan sebegini seharusnya digunakan Ted Bundy untuk berjaya dalam mana-mana bidang yang diceburinya. Bagaimanapun, kelebihan inilah yang menjadi kunci untuk menggoda mangsanya seterusnya membawa kepada pembu_nuhan mereka.

Berstatus anak luar nikah tanpa mengetahui bapa kandungnya yang sebenar, Bundy dibesarkan oleh ibu dan neneknya dengan banyak terjebak dengan masalah semasa remaja. Selepas berjaya mengubah kehidupan termasuk meraih ijazah dari Universiti Washington, keinginan psikopatinya mula timbul dengan mangsa pertama dibu.nu.h pada 1966 di Seattle.

Memandangkan sasaran utamanya ialah pelajar kolej atau universiti, ramai wanita menjadi mangsanya di kawasan barat daya Pasifik, Utah dan Colorado. Walaupun ditahan pihak berkuasa atas dakwaan penculikan di Colorado, Bundy berjaya melepaskan diri daripada pihak berkuasa sebanyak dua kali. Selepas itu, dia melarikan diri ke Florida pada 1978 dan membu_nuh lagi dengan mangsa terakhirnya seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.

IKLAN: Anda sedang mencari novel thriller? The Patriots baru terbitkan novel keempat kami. Boleh beli di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

Seminggu selepas pembu_nuhan terakhirnya, Bundy ditahan polis selepas didapati memandu sebuah kereta curi. Tidak ramai tahu perbicaraannya merupakan perbicaraan pertama yang disiarkan secara langsung di televisyen. Memilih untuk membela diri di kamar mahkamah, Bundy menjadi bintang perbicaraanya dan menjadi tumpuan pihak media.

Namun begitu, itu tidak menghalang pihak juri daripada mendapati dirinya bersalah atas kesalahan membu_nuh di beberapa negeri. Bundy kemudiannya cuba menangguhkan proses hukuman ma_ti dengan cara mengakui pembu_nuhan yang dilakukannya dan mendedahkan lokasi ma_yat mangsanya.

Bagi keluarga-keluarga mangsanya, apa yang dilakukannya itu merupakan sesuatu yang kejam dan cubaan memanipulasi sistem keadilan. Pada 1989, Bundy dihukum ma_ti menerusi kerusi elektrik tanpa mendedahkan bilangan sebenar mangsanya. Penulis percaya dengan melihat tempoh aktifnya sebagai pembu_nuh dari 1966 hingga 1978, bilangan sebenar mangsanya boleh mencecah ratusan orang.

  • H. Holmes

Nama Herman Webster Mudgett mungkin dipandang sepi sesiapa yang mendengarnya. Tetapi jika nama H. H. Holmes disebut, ramai orang tahu inilah pembu_nuh bersiri paling digeruni di Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19. Satu sebab ramai takut dengan kelibatnya ialah kewujudan rumah pembu_nuhan yang dibina Holmes di Chicago.

Rumah pembu_nuhan ini disamarkan sebagai sebuah motel di mana para penginapnya yang menginap tidak akan keluar lagi. Sesiapa yang menginap akan dib.unu.h sama ada untuk penipuan insuran atau sebagai komoditi perdagangan organ dan tulang haram. Mereka yang ingin lari akan berputus asa kerana setiap laluan yang digunakan akan berakhir dengan jalan ma_ti.

Bagaimanapun, Holmes akhirnya dicekup polis selepas salah seorang rakan jenayahnya memilih memberi maklumat kepada mereka. Langkah tersebut dibuat selepas pembu_nuh bersiri itu gagal memberi wang yang dijanjikan kepadanya. Holmes didapati bersalah atas kesalahan membu_nuh empat individu tetapi ramai percaya ramai orang ma_ti dib.un.uh di rumah pembu_nuhannya. Ini berikutan dia boleh saja melupuskan ma_yat dengan ruang pembakar atau menjual r.angka-r.angka mangsanya kepada sekolah-sekolah perubatan.

Dia kemudiannya mengakui membu_nuh 27 orang sebelum dih.uk.um ga.ntu.ng pada 1896. Wujud teori sesetengah pihak terutama keturunan Holmes yang mendakwa dia ialah Jack the Ripper yang menghantui London, England pada tahun 1888 sebelum mencetuskan huru-hara di Chicago lima tahun kemudian. Apakah ini bermakna Jack dan Holmes ialah orang yang sama? Hanya Tuhan saja yang tahu…

RUJUKAN:

Maranzani, B. (2017). 8 of History’s Most Notorious Serial DITAPIS. History.

——-

Kalau anda minat dengan topik pembunuhan bersiri, kami nak ajak anda untuk beli buku terbaru kami. Sebuah novel Thriller berkaitan dengan pemb.nu.h bers.iri. Boleh beli di https://shp.ee/47yzq2k


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.