Menurut statistik yang diperoleh dari World Economic Forum, China sekarang berada di kedudukan kedua sebagai negara pembelanja kajian saintifik dan pembangunan selepas AS. Tidak hairan jika negara-negara jiran sanggup diplomasi dengan China atas perkembangan ekonomi di Asia.
Sejak dahulu lagi, tamadun China adalah ‘kuasa besar’ di serantau Asia walaupun terpisah jauh dari tamadun-tamadun lain yang juga gah seperti Yunani Kuno, Rom, Mesir Kuno, dan Mesopotamia.

China menjadi negara Asia pendahulu dalam penciptaan teknologi baru mendahului negara lain, seperti juga China pada ribuan tahun dulu yang juga pencipta teknologi terdahulu dan ciptaannya tidak pernah tamadun-tamadun lain fikirkan.

Jilid buku Science and Civilization in China oleh Joseph Needham.

Dr. Joseph Needham ialah satu-satunya saintis Barat yang berusaha dedahkan pencapaian tamadun China untuk pembangunan teknologi dunia. Setibanya di China pada 1942, Needham semakin bersemangat untuk mengkaji tentang perkembangan sains dan teknologi negara ini kerana kecintaan dengan budaya China.

Kajian beliau terhadap sejarah, budaya, dan bahasa dari China ini membawa kepada perlaksanaan projek terbitan buku berjudul “Science and Civilization in China”. Projek ini tmenghasilkan 7 jilid buku yang merangkumi ilmu matematik dan perubatan China.

Untuk artikel ini, terdapat 8 ciptaan tamadun China yang telah saintis ini dedahkan yang mana ciptaan ini masih lagi digunakan oleh manusia pada abad ini.

1) CIPTAAN BERASASKAN KERTAS

Eropah biasanya membeli kepingan papyrus dari Mesir, kemudian menggunakannya untuk tujuan penulisan. Berbeza dengan China, mereka adalah terawal mencipta kepingan kertas seperti yang kita gunakan sekarang.

Mengikut catatan sejarah, seorang sida maharaja bernama Cai Lun ialah pengasas kepada penciptaan kertas ini. Walaupun kertas telah digunakan secara komersial sejak tahun 105, kertas telah digunapakai lebih lama sekitar abad ke-2 SM.

Kita tahu bahawa kertas telah dicipta pada 3,000 SM oleh orang Mesir Kuno, lebih tua dari penciptaan kertas dari China namun Eropah telah mengkormesialkan penggunaan kertas pada abad ke-14 dan ke-15 Masihi Di sinI China boleh dikatakan mendahului Eropah dalam penggunaan kertas.

China juga pencipta kepada produk kertas yang sinonim dalam kehidupan kita terutamanya dalam urusan pembersihan, iaitu kertas tisu. Kertas tisu dicipta pada tahun 851, semasa pemerintahan dinasti Tang namun ia menjadi popular semasa dinasti Ming (1368-1644) bermula dari penggunaan kerabat diraja. Manakala Barat pula mengkormesialkan penggunaan kertas tisu pada abad ke

19 Masihi setelah ‘direka cipta semula’ oleh Joseph C. Gayetty pada 1857.

Cetakan wang kertas China dinasti Yuan.

Satu lagi produk kerta yang dicipta oleh China ialah wang kertas yang menjadi mata wang China bermula abad ke-9 Masihi. Ciptaan kertas China terakhir ialah buku menu. Buku menu menjadi kegunaan bagi restoran kerana kedudukan China itu sendiri sebagai persinggahan para pedagang tempatan dan luar negara. Kerana ramai pedagang luar negara yang tidak memahami bahasa tempatan, buku menu dicipta pada zaman dinasti Song (960-1279).

2) TEKNOLOGI PERCETAKAN

Jika pembaca rasa bahawa Eropah ialah temadun pertama mempunyai teknologi percetakan, jangan lupa China lebih mendahului dalam teknologi ini. Dinasti Tang menjadi pelopor kepada penciptaan teknologi percetakan dengan mencetak buku pertama berjudul ‘Diamond Sutra’ pada tahun 868. Teknologi percetakan ketika itu ialah penggunaan blok kayu mencetak tulisan berdakwat ke atas kertas.

Muka surat buku Diamond Sutra, buku cetakan pertama dunia

Blok kayu yang permukaannya diukir dengan tulisan disapu dengan dakwat. Kemudian, blok kayu ini menampal ke atas kertas. Setelah selesai mencetak, dakwat yang dicetak itu dibiarkan kering. Mengikut rekod, sebuah blok kayu mampu mencetak sebanyak 20,000 keping kertas. Dari teknologi inilah banyak buku-buku keagamaan dihasilkan untuk kegunaan para sami Buddha.

Seabad kemudian, Bi Sheng menaiktaraf teknologi ini dengan mencipta mesin cetak yang menggerakkan tulisan karakter, blok kayu diganti dengan kepingan besi dan tanah liat. Di Barat, Johann Gutenberg mencetak kitab Bible pertama menggunakan mesin cetak pada tahun 1450-an.

3) ALKOHOL

Balang arak China

Kajian pada tahun 2004 dari University of Pennsylvania mendakwa bahawa tamadun China adalah tamadun pertama menemui cara menapai untuk menghasilkan alkohol. Para saintis mengkaji bahan organik kering yang ditrmui dalam balang kuno dan menemui orang China mula meminum arak seawal 9,000 tahun dulu.

Dikatakan pada 2,000 SM, isteri maharaja Yu the Great dari Dinasti Xia bernama Yi Di ialah pelopor penghasilan minuman alkohol. Minuman ini dikhaskan untuk suaminya. Di sinilah China menjadi pelopor pertama menghasilkan minuman alkohol sebelum Barat kormesialkannya.

4) GARFU

Ya, China pernah menghasilkan garfu, lebih tua dari Barat walaupun mereka ialah bangsa pertama menggunakan garfu dan sudu untuk menjamu selera.
Dalam makam Shi Huang Di iaitu maharaja China Pertama (259 SM – 210 SM), kumpulan ahli arkeologi menemui sejumlah utensil berbentuk seperti garfu sekarang. Agak aneh mengapa selepas kemangkatan baginda garfu tidak digunakan semula. Mungkin kesukaran masyarakat menggunakan utensil ini atau ia hanya kegunaan peribadi Shi Huang Di.

5) KOMPAS

Kompas kuno Dinasti Han

Kompas ialah antara ciptaan tamadun China yang amat popular. Ia dicipta pada abad ke-3 SM dan pada waktu itu kompas hanya dicipta untuk tujuan menilik nasib. Kemudian pada zaman Dinasti Song sekitar abad ke-10 Masihi barulah kompas digunakan untuk tujuan navigasi.
Berbeza dengan kompas kini yang petunjuknya ke arah utara, kompas China kuno pula petunjuknya ke arah selatan. Petunjuk dalam kompas China itu diperbuat dari batu magnetik bernama lodestone berbentuk seperti sudu.

Daya magnetik batu lodestone ini menunjukkan ke selatan, maka para pelayar China menjadikan selatan sebagai penunjuk kompas utama. Maka, tidak hairan jika ilmu navigasi China menjadi rujukan para pelayar seluruh dunia.

6) JAM MEKANIKAL

China juga pernah mencipta jam mekanikal versi mereka. Yang mengejutkan, jam tersebut direka oleh sami Buddha bernama Yi Xing. Beliau mencipta model jam mekanikal pertama pada tahun 725, dua abad sebelum para cendekiawan Barat mula fikirkan tentang konsep jam ini.

Model jam Yi Xing menggunakan titisan air sebagai sumber tenaga. Setitis air menggerakkan roda besar yang berpusing. 1 pusingan lengkap mewakili masa 24 jam.

Pada zaman dinasti Song, pegawai bernama Su Song menaiktaraf jam mekanikal itu dengan menambah hari dalam setiap bulan, fasa-fasa bulan, dan kedudukan beberapa planet dan bintang. Su Song kemudian membina menara jam dan menambah sistem panduan-rantai sebagai penggerak kepada jam mekanikal untuk bergerak tanpa guna titisan air.

7) PENGESAN GEMPA BUMI

Pasu seismometer Zhang Heng

2,000 tahun lalu China mereka sebuah pasu yang unik dan mampu mengesan gempa bernama pasu seismometer Zhang Heng. Dalam pasu tersebut terdiri dari bandul yang hanya digerakkan oleh gegaran bumi. Jika bandul itu bergerak, gerakannya memicu sistem tugas dalam pasu, kemudian melepaskan bola kecil dari mulut naga yang diukir di dinding pasu.

Muncung naga yang ke hadapan menunjukkan arah pusat gegaran. Bola yang dilepaskan dari mulut naga akan masuk ke mulut katak yang berada di bawah pasu. Sistem pasu yang rumit ini memberikan amaran bahawa gempa bumi bakal melanda. Pasu ini telah digunakan beratus-ratus tahun kerana kekerapan gempa bumi di China

Selepas China memahami ilmu seismologi ini, Barat menyusul dengan melopori graf gempa (seismograph) yang direka oleh Parsi pada abad ke-13 Masihi dan kemudian Perancis mereka mesin seismologi pada abad ke-18 Masihi.

8 ) ROKET

Sebelum teknologi eksplorasi angkasa China kini maju ke hadapan dari negara-negara Asia lain, China terlebih dahulu melopori penciptaan roket pada abad ke-3 Masihi. Berkat penciptaan roket ini, generasi China kini menjadikan ciptaan nenek moyang sebagai rujukan untuk membina kapal angkasa mereka.Roket direka pada zaman dinasti Song dengan sumbatkan tiub kertas dengan serbuk api, membentuk sebagai anak panah besar yang dilancarkan dengan busur. Roket kemudian menjadi senjata artileri kuno yang berkuasa bertempur dalam perang. Dari roket ini juga terciptalah bunga api yang selalu kita main semasa meraikan perayaan.

RUJUKAN:

Shatsylo, D. (23 September 2021). 8 Ancient Chinese Inventions the West Had Not Imagined. Ancient Origins.

Sexton, J. (1 April 2010). Knife and fork found in first emperor’s tomb. China.org.cn


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.