Di antara pesakit AS yang dimasukkan ke hospital dengan COVID-19, 73% daripada mereka mempunyai sekurang-kurangnya penyakit lain sebelum ini, menurut satu laporan baharu dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).
“Di Amerika Syarikat, orang yang mempunyai faktor risiko kesihatan lain yang diiktiraf untuk jangkitan yang teruk dari jangkitan pernafasan adalah risiko yang lebih tinggi untuk penyakit yang teruk daripada COVID-19 berbanding mereka yang tidak mempunyai keadaan kesihatan sebegini,” kata laporan itu.
Sehingga 28 Mac, negeri dan wilayah AS telah melaporkan 122,653 kes koronavirus. Dalam 7,162 kes, pesakit mempunyai sejarah kesihatan, CDC berkata 71% daripada mereka dimasukkan ke hospital akibat COVID-19 dan 78% daripada mereka yang dimasukkan ke unit rawatan rapi mempunyai keadaan kesihatan yang sememangnya sudah sedia berisiko.
Keadaan sejarah kesihatan berisiko yang paling kerap dilaporkan dalam kalangan pesakit koronavirus AS adalah diabetes, penyakit paru-paru kronik, dan penyakit kardiovaskular.
Agensi juga berwaspada bahawa penemuannya masih awal dan analisis tersebut dikekang oleh faktor-faktor seperti kehilangan data kesihatan untuk hampir 95% pesakit, serta ketersediaan ujian virus korona yang terhad, dan kekurangan maklumat tentang hasil jangka panjang penyakit itu.
Namun, penemuan awal adalah setanding dengan negara-negara seperti China dan Itali, yang mana kedua-duanya mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi dan kes-kes yang teruk terdiri dalam kalangan pesakit yang ada penyakit mendasari.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China mendapati kadar kematian dalam kalangan pesakit mempunyai sejarah penyakit jantung, diabetes, penyakit pernafasan kronik, tekanan darah tinggi dan kanser jauh lebih tinggi berbanding purata yang terdapat di seluruh negara.
Institut Kesihatan Negara Itali mendapati bahawa 99% orang yang meninggal dunia dari COVID-19 mempunyai sekurang-kurangnya satu sejarah kesihatan sebelumnya.
“Strategi untuk melindungi semua orang dan terutama mereka yang mempunyai keadaan kesihatan yang mendasari, termasuk mengamalkan penjarakan sosial dan mencuci tangan, harus dilaksanakan oleh semua komuniti dan semua orang untuk membantu memperlahankan penyebaran COVID-19,” kata laporan CDC.
Agensi mengesyorkan bahawa sesiapa yang mempunyai sejarah kesihatan yang berisiko yang mengalami gejala COVID-19 – yang kerap kali merangkumi demam, batuk, dan sesak nafas – segera hubungi penyedia penjagaan kesihatan.
RUJUKAN:
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih