Umum mengetahui Silat Seni Gayong merupakan seni mempertahankan diri yang sudah wujud sejak sekian lama di Malaysia. Namun tidak ramai mengetahui liku-liku perjalanan Silat Seni Gayong serta sejarah pengasasnya iaitu Dato’ Meor Abdul Rahman. Lebih-lebih lagi generasi muda.
Untuk menceritakan perihal sejarah Silat Seni Gayong tidak cukup sekadar dari sebuah artikel pendek. Liku-liku perjalanan Pengasasnya Almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman sangat panjang. Begitu juga untuk mengupas Seni Silat Gayong itu sendiri.
Untuk itu, penulis akan menceritakan secara ringkas tentang Almarum Dato’ Meor Abdul Rahman ketika di Singapura. Kerana apa yang penulis hendak tekankan adalah berkenaan sejarah ahli pertama Gayong yang berasal dari Pulau Sudong Singapura.
Pada tahun 1939 Dato’ Meor berhijrah ke Singapura untuk bekerja. Beliau bekerja di Navy Base sebagai mekanik sebelum bekerja di Gilman Barrack.
Ketika di Gillman Barrack beliau dipilih menjadi guru Kombat (Combat Instructor) untuk ahli-ahli Signal Corps British. Menjadikan Dato’ Meor orang Melayu pertama sebagai jurulatih kombat untuk Signal Corps.
Pada tahun 1942 berlakunya penaklukan Jepun di Singapura, Dato’ Meor dan keluarganya diarahkan untuk meninggalkan Singapura dan berpindah ke Pulau Sudong. Mereka menetap di sana setelah diterima oleh penduduk tempatan.
Pulau Sudong merupakan sebuah pulau karang yang cuma berkeluasan 209 hektar dan ada perkampungan orang Melayu ketika itu. Kini Pulau Sudong telah dimiliki oleh Tentera Singapura kerana pulau ini sebahagian dari perairan Singapura.
Ketika di
Pulau Sudong telah berlaku satu peristiwa penting dan bersejarah. Setelah
seminggu Dato’ Meor dan keluarga tinggal di sana, mereka telah mendapat berita
tentera Jepun akan berlabuh di Pulau Sudong. Orang kampung pulau tersebut mula
bimbang dengan kehadiran tentera Jepun.
Dato’ Meor diberi kepercayaan untuk melindungi pulau tersebut dan beliau bersetuju namun dengan syarat orang Pulau Sudong perlu masuk gayong.
Pada pagi 17 Februari 1942 ketika di rumah Penghulu Pulau Sudong, Dato’ Meor telah memperlimaukan 7 orang pemuda Pulau Sudong dan secara tak langsung mereka adalah orang terawal sebagai ahli Gayong.
Dato’ Meor telah merancang strategi, beliau mengarahkan supaya semua wanita dan anak dara berlindung di rumahnya yang dah dibacakan doa dan mereka bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Rumah-rumah digeledah, dan ketika tiba di rumah Dato’ Meor alangkah terkejutnya tentera Jepun bila melihat perempuan-perempuan dalam rumah itu betukar menjadi hodoh dan buruk. Bertempiaran lari tentera Jepun meninggalkan Pulau Sudong.
Pada tahun 1947 Dato’ Meor dan keluarganya telah kembali ke Singapura dan dipelawa bekerja di Malayan Secret Service. Pada 23 Disember 1947, Dato’ Meor dikurniakan Pingat Keberanian oleh King George VI atas keberanian beliau menentang penjajahan Jepun dan juga jasa beliau ketika menjadi jurulatih kombat untuk Signal Corps British.
Silat Seni Gayong telah berkembang ke sekitar Singapura hingga ke Studio Jalan Ampas. Antara yang belajar Gayong adalah selebriti terkenal ketika itu seperti Nordin Ahmad dan Kasma Booty. Kasma Booty merupakan wanita pertama yang diuji berjalan atas bara api dan tangan dikelar dengan pisau
(Nota; Selain daripada rujukan di internet, artikel ni juga merujuk nasihat Cikgu Sazali Dato’ Meor Abdul Rahman dan Saudara Jiman cucu Dato’ Meor Abdul Rahman dalam satu sesi interview bersama penulis)
Artikel ialah sumbangan Masril Mat Rodi untuk The Patriots.
Sumber:
Cikgu Sazali Dato Meor Abdul Rahman,
Wisma Sendo Perak. http://onnjadi.tripod.com/biografimahaguru.html
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih