Bermula tahun 2002, penjajah Israel telah membina satu kepungan yang digelar tembok pemisah (Separation Wall). Ketika tahun 2003, Israel telah membina tembok besar yang berukuran 143 kilometer yang di Tebing Barat, iaitu kawasan Palestin yang diletakkan di bawah pengawasan Israel selepas Perang Enam Hari 1967. Tembok itu telah melingkari Tebing Barat dan yang sebenarnya telah mengambil hak dan kehidupan 210,000 rakyat Palestin yang berada di 67 kampung, pekan dan bandar.

Sejak pembinaannya bermula 20 tahun lepas, kehidupan sekurang-kurangnya 3 juta rakyat Palestin yang berada di Tebing Barat dan Jerusalem telah berubah 360 darjah. Mereka perlu melalui pusat pemeriksaan tentera Israel setiap hari yang menjadikan itu sebagai rutin kehidupan. Tembok tersebut telah memisahkan rakyat Palestin dari tanah-tanah mereka.

Banyak juga mitos tentang tembok pemisah yang mungkin dicanangkan oleh media Barat untuk mengubah naratif dan menafikan tindakan jenayah mereka rakyat Palestin yang berada Tebing Barat. Mereka juga mengatakan pembinaan Tembok Pemisah (Separation Wall) ini adalah di atas nama keselamatan untuk melindungi rakyat Palestin di Tebing Barat dari ser.an.gan keganasan rakyat Palestin di Gaza.

Jadi, mari saya kongsikan 7 mitos berkaitan dengan Separation Wall yang mungkin kita tak tahu.

  • Tembok Pemisah ini mengikut The Green Line 1949

Ini adalah anggapan yang biasa di mana kita menganggap bahawa Separation Wall ini mengikut The Green Line, iaitu satu garis sempadan yang dilukis oleh Israel dan Jordan selepas peristiwa An-Nakbah 1948. Tetapi kalau nak tahu, Separation Wall ini dibina dengan tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Mengikut kumpulan hak asasi manusia Israel iaitu B’Tselem, sebanyak 85 peratus dari tembok tersebut telah melebihi dan masuk ke kawasan Tebing Barat dengan sengaja untuk merampas tanah rakyat Palestin yang ada untuk membina penempatan haram Israel.

Separation Wall ini dikatakan sudah tidak lagi berada di atas garis sempadan. Mengikut B’Tselem lagi, dinding yang telah dibina dan bakal dibina adalah sepanjang 712 kilometer iaitu 2 kali ganda dari penjangnya Green Line iaitu 320 kilometer.

  • Tembok ini memisahkan antara rakyat Israel dan rakyat Palestin

Alasan mereka untuk membina tembok pemisah ini adalah untuk menghalang rakyat Palestin    yang tiada kebenaran untuk memasuki Israel dan menye.ra.ng mereka ketika berlakunya Intifada Kedua (Intifada Al-Aqsa). Walaupun begitu, sebahagian besar dari tembok tersebut telah dicartakan secara berhati-hati untuk memastikan pendatang haram Israel berada di dalam Israel, manakala mereka juga nak pastikan bahawa rakyat Palestin terus dipinggirkan, dan sebenarnya tembok ini telah memisahkan antara rakyat Palestin itu sendiri.

  • Tembok ini hanyalah pagar

Benar jika dikatakan sebahagian dari Separation Wall mengandungi pagar elektrik, kawat duri dan jalan yang berturap. Walaupun begitu, ia tetap memberi kesan kepada rakyat Palestin jika mereka menghampirinya.

Sebagai contoh, pada tahun 2013, seorang budak lelaki bernama Samir Awad yang berumur 16 tahun telah ditembak dari belakang oleh askar Israel di kawasan luar kampungnya di Budrus, barat laut Ramallah. Samir ketika itu yang sedang bermain dengan rakan-rakannya telah memanjat pagar besi yang telah menyebabkan dia terperangkap di antara Tembok Pemisah dan juga pagar besi tadi.

Askar Israel telah menembak Samir di kaki, dan ketika Samir cuba untuk melarikan diri, dia sekali lagi ditembak dari jarak dekat menggunakan peluru hidup dan Samir pun meninggal dunia di tempat kejadian. Ini menunjukkan tembok ini bukan hanya sebagai pagar, tetapi ‘penjara’ bagi rakyat Palestin di Tebing Barat.

  • Tembok ini tidak mengehadkan kebebasan pergerakan rakyat Palestin

B’Tselem telah merekodkan sebanyak 84 pintu yang telah dibuat di Tembok Pemisah dengan mengatakan bahawa pintu-pintu ini hanyalah pertunjukan oleh Israel untuk menunjukkan mereka tidaklah mengehadkan pergerakan rakyat Palestin.’

Mereka menambah lagi pada tahun 2016, hanya 9 pintu sahaja yang dibuka setiap hari; 10 dibuka hanya beberapa hari dalam seminggu dan ketika musim menuai buah Zaitun; dan 65 pintu lagi hanya dibuka ketika musim menuai buah Zaitun.

Tambahan lagi, mengikut laporan 2014 oleh Medical Aid for Palestinians (MAP), hak kesihatan rakyat Palestin diabaikan oleh Tembok Pemisah Israel. Ini sebenarnya telah melanggar hak asasi manusia yang digariskan dalam satu Konvensyen Keempat Geneva di mana,

“the occupying power [which] has the duty of ensuring and maintaining […], the medical and hospital establishments and services, public health and hygiene in the occupied territory.”

  • Tembok ini adalah untuk melindungi sempadan negara

Israel sering mengatakan bahawa Tembok Pemisah itu adalah dibina atas dasar keselamatan untuk menghentikan kemasukan rakyat Palestin dari memasuki kawasan mereka. Dan seperti yang telah ditulis di atas bahawa Tembok Pemisah ini sendiri tidak mengikut Green Line yang telah dipersetujui oleh undang-undang antarabangsa. Bagaimana mereka boleh katakan untuk menjaga sempadan negara?

  • Tembok ini tiada kaitan dengan penempatan haram Israel.

Tembok Pemisah ini sebenarnya adalah alat untuk Israel meluaskan penempatan haram mereka. Logiknya adalah bagaimana mereka telah meletakkan pendatang haram Israel dan rakyat Palestin sendiri dikeluarkan dari kawasan mereka.

Ada dua buah kawasan di Tebing Barat yang menjadi menjadi kepentingan Israel iaitu Immanuel dan Ariel. Kedua-dua kawasan ini telah adalah di bawah kekuasaan Israel di digunakan untuk menempatkan sekurang-kurangnya 20,000 pendatang haram Israel di dalam Tebing Barat. Kedua-dua kawasan ini diwartakan haram untuk Israel oleh komuniti undang-undang antarabangsa untuk menubuhkan penempatan mereka tetapi mereka tidak mengendahkan pengumuman tersebut.

  • Tembok ini telah selesai dibina

Walaupun pembinaan tembok ini bermula tahun 2002, tetapi ia masih belum selesai. Menurut OCHAoPT, hanya sekitar 65.3 peratus (465km) dari projek yang berukuran 712km yang sudah diselesaikan.

Israel sebenarnya sudah menguasai lebih dari 60 peratus kawasan Tebing Barat melalui pusat pemerintahan di Area C dibawah perjanjian Oslo (Oslo Accords). Garis masa untuk pembinaan tembok pemisah ini selesai tidak diketahui. Apa yang jelas adalah Israel tidak berniat untuk merobohkan tembok ini walaupun sebenarnya tembok ini adalah solusi sementara kepada Intifada Kedua.

Mereka hanya mahu menguasai lebih lagi kawasan dan tanah untuk membina penempatan mereka.

RUJUKAN:

Avram S. Bonstein, Crossing The Line Between The West Bank and The Israel, 2003, University of Pennsylvania Press

Ghazi Falah, The 1948 Israeli-Palestinian War and Its Aftermath, 1996, Taylor and Francis Ltd.

Gregory Harms, The Palestine-Israel Conflict: A Basic Introduction, 2017, Pluto Press

AKHBAR:

Soldiers Who Killed Unarmed Palestinian Say In Defense: Israel Rarely Charges for Such Offenses. Soldiers who killed unarmed Palestinian say in defense: Israel rarely charges for such offenses – Israel News – Haaretz.com


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan seorang Jurutera Mekanikal Lapangan di The Hub's Engineering Bergiat aktif dengan YADIM dan merupakan Presiden Kluster Belia di bawah YADIM iaitu Sahabat YADIM.

Comments are closed.