Menurut statistik, semakin anda miskin, semakin tinggi anda akan mempunyai masalah jantung. Kajian baru telah menunjukkan bahawa faktor yang membawa kepada fenomena ini ialah orang miskin tidak mempunyai tidur yang cukup.
Komitmen yang tinggi dan kadar pendapatan yang rendah bermaksud orang bekerja lebih masa ataupun melakukan dua tiga kerja ataupun bekerja di tempat yang teruk persekitarannya untuk bayaran yang lebih tinggi. Senario ini tidak cukup membantu untuk mendapatkan tidur yang baik. Selain itu, tekanan turut bertambah apabila menghadapi keserabutan di tempat kerja. Hal ini juga turut memberikan kesan kepada tidur.
Kajian terbaru ke atas 111,205 individu daripada lapan kajian sebelum ini di seluruh Eropah mendapati 13.4% kaitan antara pekerjaan dan sakit jantung disebabkan oleh kurangnya tidur. Faktor ini hanya muncul secara signifikan dalam kalangan lelaki.
Kajian-kajian lain mengaitkan tidur dengan pelbagai lagi kesejahteraan hidup seperti risiko kemurungan dan daya ingatan yang merosot. Mempunyai rehat yang cukup merupakan teras untuk mengembalikan semula tenaga tubuh badan. Sekiranya kita tidak cukup tidur, kita akan mudah berasa letih. Hubungan antara tidur dan kesihatan kardiovaskular telah pun kukuh. Ketika berlakunya letusan ekonomi di Jepun pada 1980-an, kematian akibat kerja berlebihan berpunca daripada masalah sakit jantung.
Kajian baru dibuat untuk menjawab persoalan hubungan antara tidur, pendapatan dan masalah kardiovaskular yang masih lagi belum cukup difahami. Kajian mendapati, terdapat kaitan yang cukup kuat antara tidur, status ekonomi dan masalah kardiovaskular dalam kalangan lelaki berbanding wanita. Dalam hal ini, penyelidik menyatakan umumnya perempuan telah pun terbeban dan tertekan dengan tanggungjawab di rumah. Maka, beban daripada tempat kerja mungkin sebahagian kecil daripada keseluruhan beban yang ditanggung oleh wanita.
Menurut penyelidik lagi, mereka sedar akan kesusahan untuk mengumpul data daripada banyak kajian lain yang bercampur-campur antara laporan yang dibuat sendiri dan yang diukur secara saintifik. Maka, masih terlalu awal untuk mengesahkan hubungan antara kehidupan miskin dan sakit jantung. Walau bagaimanapun, data yang dikumpul oleh mereka cukup besar dan telah memberikan petanda untuk masyarakat mengurangkan risiko sakit jantung dalam komuniti miskin.
RUJUKAN:
- Smith, G. D., & Hart, C. (2002). Life-course socioeconomic and behavioral influences on cardiovascular disease mortality: the collaborative study. American Journal of Public Health, 92(8), 1295-1298.
- Uehata, T. (1991). Long working hours and occupational stress-related cardiovascular attacks among middle-aged workers in Japan. Journal of human ergology, 20(2), 147-153.
- Nagai, M., Hoshide, S., & Kario, K. (2010). Sleep duration as a risk factor for cardiovascular disease-a review of the recent literature. Current cardiology reviews, 6(1), 54-61.
- Huge Study Hints at a Key Reason Why Poor People Have Higher Risk of Heart Disease. https://www.sciencealert.com/here-s-one-key-reason-why-poorer-people-might-have-a-higher-risk-of-heart-disease-a-lack-of-sleep
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih