Letupan kuat memecah kesunyian petang hari Isnin itu. Kemudian disusuli beberapa letupan lagi berpunca dari kawasan perindustrian itu. Sebuah kilang bunga api di Sungai Buloh telah meletup!

Lebih 200 kediaman sekitar kawasan itu mengalami kerosakkan berpunca dari letupan itu. 26 nyawa terkorban dan 83 cedera akibat dari kejadian itu.

8 jentera bomba digerakkan ke tempat kejadian dan 14 ambulans digunakan untuk menghantar mangsa yang cedera ke hospital.

Operasi pemadaman kebakaran perlahan kerana masih ada simpanan mercun dan bunga api yang belum meletup dan tersimpan di kawasan kilang itu.

Operasi menjadi lebih perlahan pada hari ketiga, hujan lebat pada hari itu menyebabkan reaksi kimia daripada bahan pembuatan bunga api yang masih berada dalam tempat simpanan tercetus. Lebih kurang 50 anggota mengalami sesak nafas, bengkak, dan kegatalan pada kulit dan hidung akibat terdedah kepada udara yang telah tercemar dikawasan itu. Anggota bomba terlibat pada masa ini tidak dilengkapi dengan peralatan pernafasan.

Punca kemalangan berdasarkan laporan akhbar dan siasatan kemalangan.

1. Letupan berpunca dari bahan kimia tertumpah, menyebabkan percikan api dan merebak ke kawasan dapur kantin yang berada dekat dengan kawasan kimia itu tumpah. (Veena Babulai, 2017)

2. Sesi uji kaji produk baru berdekatan dengan kawasan simpanan bunga api dan mercun. Seorang pekerja dikatakan telah menguji kualiti bunga api yang dihasilkan didalam kawasan simpanan bunga api yang telah siap.

Kesan daripada kejadian ini ialah;

1. Akta 514, Akta kesihatan dan keselamatan pekerjaan digubal. Digazetkan pada 25 Feb 1994, akta yang mempunyai 15 bahagian, 67 seksyen dan 3 jadual.

Berbeza dengan Akta Kilang dan Jentera 1967(sebelum insiden bright sparkler), akta OSHA lebih kepada menjaga keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja. Akta kilang dan jentera lebih kepada jentera dalam kawasan tempat kerja sektor industri. Akta OSHA adalah tertakluk kepada semua tempat kerja.

KECUALI ;

• Dibawah ordinan perkapalan saudagar (Kapal yang tidak berlabuh)
• Ketenteraan. (Seluruh kawasan kem ketenteraan)
*Dua kawasan ini tertakluk kepada akta berlainan dan tentera adalah dibawah pengurusan tentera.

Akta ini mempunyai 3 prinsip utama yang dijadikan asas penggubalan iaitu :

i. Peraturan Kendiri (Self regulation)
Majikan mesti mempunyai sistem yang baik dalam pengurusan, polisi keselamatan, prosedur dalam pengurusan keselamatan contohnya.
ii. Perundingan (Consultation)
Majikan dan pekerja mempunyai pintu rundingan untuk setiap hal ditempat kerja.
iii. Kerjasama antara pekerja (Cooperation among employees)
Kerjasama majikan untuk menyediakan tempat kerja yang selamat, kerjasama pekerja untuk menjadikan tempat kerja itu selamat.

2.Unit Hazmat telah ditubuhkan pada 29 Oktober, 1992 dengan persetujuan Jemaah Menteri ekoran tragedi letupan kilang bunga api Bright Sparklers di Sungai Buloh, Selangor pada tahun 1991. Seramai 2,000 orang pegawai telah diberi latihan khusus berhubung ‘Hazmat Incident Command System’. Pulau Pinang merupakan Pusat Kecemerlangan Unit Hazmat di Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Jenis Pakaian Hazmat Team:

A)Tahap A melibatkan sebarang tumpahan kimia berbahaya.

B ) Tahap B berperanan membersihkan (nyah cemar) anggota bertugas daripada sebarang pencemaran berbahaya.

C) Tahap C dikenali sebagai ‘Suit Tyvek’. Jika kes melibatkan bahan radioaktif dan radiasi.

D) Tahap D dikenali sebagai ‘Bunker Gear’. Setiap anggota bomba wajib memakai pakaian ini semasa tugasan memadam kebakaran.

E) Tahap E Chemical Biological Radiological Nuclear Exposure (CBRNe). Dipakai ketika menangani ancaman kimia, biologi dan radiologi, nuklear dan letupan dalam peperangan.

3. Pengharaman aktiviti industri mercun dan bunga api. Aktiviti pemprosesan bunga api dan mercun diharamkan secara total selepas kejadian ini. Pengunaan untuk bunga api masih dibenar tetapi secara terkawal.

Pada tahun 2006, pemilik syarikat Bright Sparkler Sdn Bhd telah membayar ganti rugi kepada mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat dengan insiden ini. Syarikat ini juga didakwa diatas kesalahan melanggar peraturan dibawah akta Kilang dan Jentera 1967

Rujukan:

Che Anuar, Termizi (2015) Letupan kilang mercun di Sungai Buloh: Pengalaman Jaafar sebagai bomba. Utusan.

Veena Babulal (2017) Bright Sparklers Disaster: Lawyer seeking 18 plaintiffs to award damage. New Straits Times.

The Star (2016) Case closes after 15 years.

Fairuz Jumain & Hafiz Ismail(2015) Bomba, wira tak didendang. Sinar Harian.

Tragedi Letupan Kilang Mercun Bright Sparklers (1991). Youtube. https://www.youtube.com/watch?v=hYx-1m4bzFI&feature=youtu.be

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.