Kalau bercakap tentang pahlawan pada zaman feudal Jepun, kita sering membicarakan ketakjuban kita pada kelas pahlawan seperti Ninja dan Samurai, tanpa kita mengetahui bahawa terdapat 5 kelas pahlawan lain yang terkenal di Jepun. Ya, artikel ini akan mengulas setiap deskripsi ringkas mengenai 7 kelas pahlawan ini, termasuklah Ninja dan Samurai.

  1. Samurai

Kurun pertama Masihi menyaksikan lahirnya Samurai yang merupakan pahlawan aristokrasi. Zaman feudal Jepun dikuasai oleh golongan Samurai yang juga merupakan pemilik tanah (landowner) dan juga ketua masyarakat. Samurai biasanya kaya bahkan samurai terendah dalam hierakri samurai itu lebih kaya daripada masyarakat biasa Jepun yang biasa.

Sejarah samurai bermula sebagai pemanah berkuda namun masa bergulir menukarkan mereka menjadi pahlawan yang lebih banyak bermain padang. Zirah besi yang dipakai oleh samurai bianya melibatkan besi berat, namun mula berevolusi seperti mana peranan mereka ketika awal penubuhan mereka. Sebagai contoh, lengan kanan lebih kurang pengunaan zirah berbanding tangan kanan bagi memudahkan penggunaan pedang yang biasanya ditarik daripada sarung yang tergantung di tepi pinggang. Oleh kerana mereka kemudiannya berubah menjadi seorang pertarung jarak dekat, maka pengunaan alatan seperti bekas busur mula diabaikan.

Zirah besi yang dipakai oleh Samurai ketika abad ke-17 Masihi

Senjata yang digunakan oleh samurai ialah pelbagai daripada sebilah lembing hingga ke sebuah belati. Namun tentunya, senjata yang paling dekat dengan jiwa seorang samurai ialah sepasang pedang yang sentiasa dibawa bersama. Pedang panjang berlengkung dikenali sebagai Katana manakala pedang pendek berlengkung pula ialah Wakizashi.

  1. Sohei

Mereka muncul pada sekitar abad ke-11 sehingga abad ke-16 Masihi. Samurai biasanya berlawan bersama dengan kumpulan yang dikenali sebagai Sohei yang merupakan pahlawan sami. Mereka disediakan oleh biara-biara agama Buddha di Jepun. Sohei biasanya berindak sebagai pelindung dan senjata ketika persengketaan antara setiap kuil di Jepun, juga tidak ketinggalan pergaduhan antara setiap Samurai. Kumpulan Sohei yang paling digeruni ketika itu dikatakan berasal daripada sebuah kuil yang terletak di Gunung Hiei.

Lukisan yang cuba mengambarkan seorang Sohei sebaik mungkin.
Lagi gambaran seorang Sohei.

Persenjataan yang dipakai oleh Sohei tidaklah seberat seperti Samurai. Mereka memakai zirah yang biasa digunakan tentera pejalan kaki melitupi jubah mereka. Kepala botak yang dicukur mereka biasa ditutup dengan kain dan tuala. Mereka bersenjatakan Naginata sejenis tombak pedang yang anda boleh baca sejarahnya di portal ini.

(Pautan mengenai Naginata: https://thepatriots.asia/naginata-tombak-pedang-untuk-samurai/)

  1. Ikko-Ikki

Mereka ialah sebuah lagi pahlawan agama yang muncul dalam sejarah Jepun, kira-kira abad ke-15 Masihi dulu. Mereka ialah pengikut mazhab Jodo-Shinshu dalam agama buddha. Mazhab ini agak ekstrem dalam agama Buddha yang menyebabkan mereka menjadi fanatik agama yang memberontak melawan pemerintah samurai. Namun, mereka bukanlah pahlawan elit, kerana mereka boleh diumpamakan gerakkan revolusi kecil oleh kumpulan fanatik agama yang percaya mereka harus membebaskan seluruh umat manusia dengan ajaran Buddha. Kemuncak kejayaan kumpulan iuni adalah berjaya mengawal provinsi Kaga di Jepun pada 1488 sebelum berjaya dikalahkan apabila Jepun disatukan abad seterusnya. Kiranya mereka ini ialah kumpulan tentera dari rakyat bawahan yang dipengaruhi oleh fanatikal agama.

  1. Ronin

Samurai yang terkeluar dari hierarki sama ada damiyo atau tuan mereka mati atau dimalukan, dia akan ditinggalkan tanpa tuan. Seorang samurai tanpa tuan digelar sebagai ronin, yang bermaksud “lelaki ombak”. Tanpa tanah, tuan dan juga pendapatan tetap, seorang Ronin menjadi seperti “mercenaries”. Seorang Ronin sangat diperlukan ketika abad ke-15 dan 16 kerana ketika Jepun tercampak ke zaman perang saudara sebelum disatukan.

  1. Ninja

Mungkin pahlawan paling misteri dalam sejarah Jepun. Mereka berbeza kebanyakan kelas pahlawan di Jepun. Mereka tidak bertarung dalam medan perang, sebaliknya memilih untuk melawan dari kegelapan menggunakan kelicikan dan kesenyapan mereka membunuh musuh. Banyak damiyo dalam sejarah Jepun selalu dikaitkan kematian mereka dengan ninja. Pada waktu malam, ninja akan berpakaian serba hitam manakala pada waktu siang pula, mereka berpakaian coklat muda.

  1. Ashigaru

Mereka ialah tentera umum biasa di Jepun ketika zaman feudal. Mereka berbeza dengan samurai kerana mereka bukanlah tentera elit yang mempunyai tanah dan kaya raya. Seorang Ashigaru memakai kelengkapan senjata yang pelbagai dan juga dianggap biasa pada zaman itu. Sebagai contoh, bagi pemakaian zirah, seorang Ashigaru sekadar memakai zirah yang sekadar berfungsi menutup hadapan dan belakang tubuh mereka. Senjata mereka pelbagai. Mereka dilihat berlawan menggunakan pedang, lembing, tombak, panah bahkan pada abad ke-16 Masihi, mereka turut dibekalkan senjata api.

  1. Tsukai-ban

Mereka adalah unit dalam tentera yang digunakan untuk menyampaikan info kepada setiap unit di medan perang pada waktu kekacauan. Tanpa mereka, informasi tidak dapat disampaikan dan menyelamatkan setiap pasukan yang berperang.

Rujukan:

Andrew Knighton. (2017) Samurai, Ninja, Ronin, And More – Seven Different Warrior Classes Of Feudal Japan. War History Online.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply