Hollywood dan Jepun dalam memberikan semangat kepada generasi muda mereka menghadapi cabaran globalisasi harus dijadikan teladan. Seni juga sebuah instrument mendidik. Dalam isu ini ialah hiburan yang merupakan cabang sebuah seni. Secara jujur, disebalik negatif industri hiburan Hollywood dan Jepun yang kita harus hindari, ada sesuatu yang kita harus belajar daripada mereka.
 
Betapa dua industri hiburan mereka memang banyak mengangkat peranan kanak-kanak dan remaja mendepani masalah disekitar mereka. Hollywood sebagai contoh dengan IT dan Stranger Things mereka. Watak utama ialah kanak-kanak bawah 12 tahun.
 
Tetapi kanak-kanak bawah 12 tahun dalam filem dan tv series mereka diajarkan tentang erti kebaikan melawan kejahatan, dan betapa anda sangat cool, heroic kalau berpihak kepada keadilan dan kebaikan. Betapa kejahatan adalah sesuatu yang menjijikkan dan harus dibenci.
 
IT memaparkan kepada kita The Lucky 7 yang berperanan melawan entiti yang jauh lebih berkuasa daripada mereka. Sama juga seperti Stranger Things, yang melibatkan lima sahabat melawan makhluk menakutkan daripada Upside Down. Apa yang ada pada kanak-kanak ini? Mereka tak ada adikuasa macam superhero. Jadi, apa yang mereka ada?
 
Mereka melawan makhluk yang lebih berkuasa yakni sangat jahat dengan kuasa persahabatan, kuasa kasih sayang, kuasa kelurusan (innocent), kuasa kelincahan dan kelicikan seorang kanak-kanak. Ini semua elemen yang boleh dikaitkan dengan kanak-kanak. Semua kanak-kanak mempunyai setiap satu daripada elemen di atas. Kanak-kanak yang menontonnya dapat kaitkan dengan diri mereka.
 
Dah tentu, remaja juga tidak ketinggalan dalam diangkat sebagai hero melawan kejahatan, jenayah bahkan melawan stigma masyarakat. Uzumaki Naruto daripada anime Naruto adalah contoh terbaik, menjadi inspirasi kepada kanak-kanak dan remaja bukan sahaja di Jepun malahan seluruh dunia. Dari seorang anak kecil yang menjadi mangsa stereotype masyarakat, menjadi mangsa cemuhan dan menjadi mangsa hanya kerana dia dilahirkan sebagai perumah kepada seekor rubah beerkor 9, maka dia berterusan ditindas padahal tidak pernah diminta menjadi sedemikian.
 
Animasi ini tidak mengajar kita menjadi seorang pendendam, pemarah dan rasa sentiasa teraniaya kerana sikap masyarakat. Animasi ini tidak mengajar supaya Naruto membakar seluruh Konoha, membunuh manusia di sana, atau menjadi seorang psiko yang mengganas sehingga berlaku pertumpahan darah.
 
Uzumaki Naruto mengajar kita dengan cara positif pun “dendam” ditindas, dicemuh, dipinggirkan mampu memberi kepuasan kepada kita. Uzumaki Naruto mengambil semua tindakan masyarakat ke atasnya sebagai azimat untuk dia berjaya. Sasarannya ialah menjadi seorang hokage. Naruto berusaha seumur hidupnya membuktikan tanggapan masyarakat ke atasnya adalah salah.
 
Maka kita semua, para audiences yang menonton animasi itu mengembara dari watak Naruto dibenci masyarakat sehingga akhirnya, Naruto berjaya membuktikan tanggapan masyarakat ke atasnya salah. Naruto akhirnya dijulang dan dipuja sebagai wira oleh seluruh Konoha, bahkan dunia ninja itu sendiri.
 
Untuk remaja pula, saya cadangkan kita mengangkat sebuah permainan video dan animasi Persona 3,4 dan 5. Ia kisah sekumpulan remaja melawan unsur negetif yang merosakkan masyarakat. Contohnya, Persona 4 adalah tentang kumpulan remaja melawan diri mereka sendiri dan tentang hipokritinya seorang manusia selain mereka cuba menyelesaikan kes pembunuhan bersiri di pekan tempat mereka tinggal.
 
Persona 5 tentang kumpulan remaja yang tekad untuk melawan penjenayah-penjenayah yang bertopengkan kedudukan, pangkat, nama yang merosakkan masyarakat. Dari seorang guru yang seharusnya mendidik anak bangsa, kepada tokoh besar dalam dunia seni, mafia yang merosakkan anak bangsa dengan dadah dan kongsi gelapnya, kapitalis yang memanjat tangga kekayaan dengan cara menjijikkan dan dah tentu, penjenayah paling licik iaitu politikus. Mereka melawan kejahatan demi sebuah keadilan dan perjuangan mereka,
 
Bahkan karya seperti Persona mengajar remaja ini, biar sehabis banyak mana pun keadilan dan reformasi ke atas masyarakat yang mereka mahu tegakkan, tanggungjawab sosial mereka sebagai remaja seperti bersekolah, cuba sehabis baik dalam peperiksaan, membina hubungan yang baik dengan keluarga, rakan-rakan dan masyarakat tetap rencah utama seorang remaja dan kanak-kanak.
 
Kau bayangkan kanak-kanak-remaja jenis yang bagaimana akan terbentuk menekuni karya-karya yang aku sebutkan di atas? Mereka secara automatik akan jadi seorang yang mempunyai visi, mahu melakukan reformasi mengubah masyarakat, bahkan cuba untuk menjadikan diri mereka sehabis baik demi menepati watak-watak dalam hidupan mereka.
 
Kita di Malaysia bagaimana? Hampir tiada watak-watak dalam hiburan kita berasaskan budak sekolah yang beraksi dengan personaliti yang luar biasa, memperjuangkan keadilan dan sebagainya. Kalau ada watak utama seorang budak sekolah, ia kisah tentang jatuh cinta pada seorang guru semata-mata. Adapun karya yang sering disumbat ke dalam minda budak sekolah sama ada kanak-kanak atau remaja ialah bagaimana kita meng-romanticized-kan watak-watak kumpulan gangster seolah-olah menjadi samseng dan gangster adalah sesuatu yang cool.
 
Selain itu, kisah tentang budak-budak sekolah Juvana seolah-olah menjadi pelajar seorang sekolah Juvana adalah sesuatu yang amat cool. Ramailah yang nak jadi macam Malik (KL Gangster) atau Lan Todak (Juvana). Tidak hairanlah ada yang berlagak laksana gangster membakar rumah tahfiz kerana sebuah dendam dan dadah. Tak hairanlah tularnya video-video yang memaparkan anak muda kita membuli orang yang lemah dan meniru gaya watak gangster dalam filem yang ditonton mereka.
 
Yang perempuan pula lagi sadis. Mereka dihadapkan dengan kisah fantasi yang tak berpijak pada realiti. Mereka diajarkan cinta adalah semata-mata matlamat dalam hidup. Sebab itu ramai yang tergadai maruah mereka di atas toto, motor-motor dan tilam motel murah demi mengejar matlamat cinta yang dihadapkan pada mereka dalam karya-karya cinta yang tak berpijak pada realiti yang sedang dilambakkan dalam masyrakat.
 
Ingatlah wahai masyarakat, kanak-kanak dan remaja ialah pewaris kepada negara dan peradaban yang kita sedang bina. Adalah tanggungjawab kita bersama mencipta generasi yang bagaimana yang akan menampung peradaban dan negara kita. Apakah akan datang nanti generasi yang meneruskan kegemilangan dan kecemerlangan kita, atau generasi yang menghumbankan sebuah peradaban ke kancah kehancuran?
 
Gambar: Kumpulan vigilante Phantom Thieves (Persona 5) yang dianggotai remaja sekitar 16-17 tahun menghadapi masyarakat yang bergelumang dalam korupsi.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply