Ramai beranggapan sangat sukar untuk menjana keuntungan apabila bermain muzik terutama jika band bermula daripada scene underground dan bergenre rock.

Malahan untuk menjadi seorang jutawan melalui bidang muzik adalah hanya satu mimpi di siang hari.

Namun jangan terkejut kerana terdapat beberapa kumpulan pemuzik yang berjaya meraih pendapatan yang begitu banyak? Apakah kumpulan itu, yang pasti bukan BTS. Berikut adalah 6 band rock paling kaya di dunia.

1. U2

Band rock yang dianggotai oleh Bono, The Edge, Adam Clayton dan Larry Mullen Jr miliki kekayaan yang menjangkau nilai $700 juta.

Kesemua kekayaan itu berjaya diperoleh melalui penjualan album, konsert jelajah dan persembahan muzik.

Malahan kekayaan peribadi pemain gitar bass U2 iaitu Adam Clayton mencapai $13 juta. Manakala bagi gitar utama iaitu The Egde, kekayaannya adalah bernilai sekitar $240 juta.

2. Metallica

Band rock yang dianggotai oleh Lars Ulrich, James Hetfield, Kirk Hammett dan Robert Trujillo tidak perlu dikenali lagi.

Hal ini demikian kerana kumpulan ini banyak memberi impak kepada kebangkitan genre thrash metal dunia. Malah ianya turut memberi kesan kepada industri muzik Malaysia dengan penubuhan Punisher dan Nemesis.

Metallica juga merupakan antara empat raja thrash metal dunia bersama-sama  Anthrax, Megadeth dan Slayer.

Tahukah anda sejak penubuhan Metallica, album kumpulan itu telah terjual lebih 102 juta unit di seluruh dunia.

Kumpulan bergenre trash metal ini juga miliki kekayaan bernilai $1 bilion. Lebih mengejutkan setiap ahli kumpulan ini berjaya mencapai status jutawan dengan hanya bermain muzik sahaja.

3. The Beatles

Kumpulan yang dianggotai oleh John Lennon, Paul Mcartney, Ringo Starr dan George Harrison boleh dikatakan sebagai godfather of rock.

The Beatles juga merupakan kumpulan terawal yang membawa pengaruh rock n roll dalam muzik mereka hingga mampu memberi kesan kepada perkembangan industri muzik bertahun-tahun selepas itu.

Hari ini, hanya tinggal Paul McCartney dan Ringo Starr yang masih lagi meneruskan kehidupan setelah pemergian dua orang kawan mereka.

Buat pengetahuan anda semua, aset kumpulan The Beatles sekitar $1.2 bilion. Malah sehingga sekarang The Beatles masih lagi menjana keuntungan melalui penjualan album mereka yang mendapat permintaan tinggi dari peminat.

Kehadiran platform penstriman dalam talian seperti Spotify dan apple music juga terus membuatkan The Beatles mendapat royalti daripada lagu-lagu yang ada.

4. Pink Floyd

Pink Floyd yang dianggotai oleh David Gilmour, Roger Waters, Rick Wright, Nick Mason dan Sid Barrett adalah salah satu kumpulan rock terkenal di dunia.

Kumpulan ini juga membawa genre progresif rock dengan variasi yang segar. Malah sehingga ke hari ini Pink Floyd masih lagi memberi kesan kepada industri muzik dunia.

Buat pengetahuan anda semua, album kumpulan ini terjual sekitar 121 juta unit di seluruh dunia dengan “Dark Side of the Moon” serta “The Wall” menjadi album terlaris Pink Floyd.

Walau bagaimanapun, jangka hayat kumpulan ini tidak lama apabila terbubar secara rasmi pada 1990an. Namun begitu, kumpulan itu pada hari ini dikatakan bernilai sekitar $800 juta.

Hal tersebut boleh dilihat melalui aset-aset daripada bekas ahli kumpulan seperti Sid Barret ($5 juta), Nick Mason & David Gilmour ($150 juta), Rick Wright ($70 juta) dan bagi Roger Waters pula bernilai $310 juta.

5. The Rolling Stone

The Rolling Stone adalah band bergenre blues-rock yang sangat popular pada era 1960an. Kumpulan ini telah mengalami begitu banyak pertukaran ahli sepanjangan zaman. Bahkan jika dihitung, kumpulan ini memiliki lebih kurang 14 orang ahli.

Tahukah anda, The Rolling Stone berjaya menjual album mereka melebih 90 juta unit di seluruh dunia.

Pada hari ini, kumpulan yang dianggotai oleh Keith Richards, Mick Jagger, Ronnie Wood dan Charlie Watts telah mengumpul aset sebanyak $900 juta. Ianya merupakan jumlah yang sangat besar bagi seorang pemuzik.

6. Aerosmith

Aerosmith yang ianggotai oleh Steven Tyler, Tom Hamilton, Joey Kramer dan Joe Perry merupakan kumpulan rock Amerika ditubuhkan pada 1970.

Kumpulan itu membawa genre hard rock yang menggabungkan beberapa elemen daripada pop rock, heavy metal dan blues dalam muzik mereka.

Album dari kumpulan ini telah terjual sebanyak 85.6 juta unit di seluruh dunia dan kesemuannya ahli memiliki kekayaan yang cukup banyak.

Hal ini dapat dilihat dengan aset vokalis mereka iaitu Steven Tyler bernilai $130 juta, Tom Hamilton & Joey Kramer ($100 juta), Brad Whitford ($40 juta) dan Joe Perry ($120 juta).

Bagaimana pula dengan Malaysia, band rock manakah yang menjadi antara terkaya di negara kita? Mungkin Search, FTG, Butterfinggers, Spider dan OAG?

Artikel turut boleh dibaca di laman kewangan dan ekonomi kami, The Outlook. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Comments are closed.